Sinopsis Dhia Sofea di Tv3

5
sinopsis dhia sofea

Sinopsis Dhia Sofea di Tv3. Istimewa buat penonton setia drama Melayu, sebuah drama bersiri terbaru bertajuk DHIA SOFEA bakal menghiasi Slot Samarinda Tv3 bagi menggantikan Bukan Isteri Sempurna yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Drama bersiri 15 episod terbitan Rashbir Media Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Rashid Sibir, dan skrip ditulis oleh beliau sendiri bersama Basri Musa. 


Dhia Sofea mempertaruhkan Amyra Rosli dan pendatang baru, Fadlan Hazim sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Maria Farida, Sharifah Haslinda, Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Raja Ema, Dato’ Eizlan Yusof, Faye Kusairi, Puteri Octovia, Roy Azman, Norlia Ghani.



Buah tangan terbaru Rashid Sibir ini bakal bersiaran mulai 14 Oktober 2015, setiap Rab dan Khamis pada jam 10 malam, di Tv3. 

Sinopsis Dhia Sofea di Tv3

Mengisahkan Dhia Sofea yang mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam. 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Mak Yam tidak mengenali wanita berkenaan kerana ketika menyerahkan bayi, dia menutup wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu berserta dengan seutas rantai berhuruf. Dari saat itu mereka tidak pernah kembali.

Mak Yam menjaga dan membesarkan Dhia seperti anaknya sendiri. Din, seorang anak yatim paitu juga turut menumpang kasih Mak Yam. Din dalam diam menyimpan perasaan cinta terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya sehingga Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ.

Dhia masih lagi menyimpan rantai berhuruf M sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).

Dhia membuat keputusan mendekati Lorena untuk menyiasat siapa sebenarnya wanita itu. Dia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non di Kuala Lumpur sebegai alasan untuk menyiasat latar belakang Lorena.

Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.
 
Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly. Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Dhia Sofea di Tv3

Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. okeh.

    ini cerita makcik-makcik dan bini-bini kat luar sana suka tengok.

    ReplyDelete
  2. ya...pelakon lelaki dan wanita pun boleh tahan juga..

    ReplyDelete
  3. apapun Amyra Rosli gua minat...haha

    ReplyDelete
  4. Ternanti-nanti juga apa yang disembunyikan oleh Dolly dan Lorena tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top