Sinopsis Kau Aku Kita di Tv3. Dua individu berbeza namun memiliki nama yang sama iaitu Iman Firdaus. Firdaus hidup dalam kemewahan dan merupakan seorang selebriti yang digilai ramai. Lain pula dengan Iman, seorang yatim piatu dan mengharungi kehidupan yang sukar dek kerana tidak mempunyai pelajaran.
Kisah dua insan ini dipertontonkan di dalam sebuah drama bersiri terbaru bertajuk KAU, AKU, KITA di Slot Lestary yang bersiaran mulai 28 Oktober 2015, setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Tv3.
Kau, Aku, Kita merupakan sebuah lagi drama adaptasi novel terkenal dari tajuk yang sama karya Orkid Edyliyne. Drama ini adalah buah tangan terbaru JS Pictures Sdn Bhd di bawah arahan Azman Yahya @ Jinggo dan skrip digarap oleh Rehal Nuharis.
Drama bersiri 13 episod ini menampilkan pelakon popular Syarul Ridzwan dan Janna Nick yang pernah membintangi Syurga Nur sebagai teraju utama. Turut dibantu oleh Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria.
Sinopsis drama Kau Aku Kita
Mengisahkan dua individu berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus.
Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman, manakala si
jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus. Iman merupakan seorang gadis yatim
piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan
adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang
memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba
mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika Iman diancam
gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para
peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.
Mereka berjumpa secara kebetulan kerana memiliki nama yang sama. Iman pada waktu itu dikejar lintah darat yang mahukan duitnya. Aus pula menyamar sebagai orang biasa untuk mengelak dari menjadi tumpuan peminat. Kumpulan penjahat itu kemudia menjerit nama 'Iman Firdaus' menyebabkan mereka berdua lari lintang pukang.
Disebabkan Iman tidak mempnya televisyen, dia tidaktahu yang Aus adalah seorang selebriti. Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Datuk Ashari Irfan
seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip
mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita.
Bapa Aus mahu anaknya berkahwin dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat kerana sudah tidak tahan mendengar gosip percintaan Aus. Aus pula sudah jatuh ati dengan Iman yang hidup dalam serba sederhana dan yang paling penting tidak mengetahui yang dirinya seorang artis.
Tanpa ragu-ragu Aus melamar Iman menjadi isterinya. Manakala Iman tidak pasti sama ada mampu membalas cinta Aus, baginya tanggungjawabnya terhadap adik-adik lebih penting. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka
memulakan hidup baru. Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor
Aus?
Selamat menonton!
Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Kau Aku Kita di Tv3
Kak yan dah tak minat cerita melayu..huhu
BalasPadamsama la.. saya pun dah bertahun tak tgk
Padamsalam perkenalan.
BalasPadamsaya juga dah lama tak mengikuti drama2 di tv. tapi bila baca sinopsis2 macam nak tengok :)
salam perkenalan.
BalasPadamsaya juga dah lama tak mengikuti drama2 di tv. tapi bila baca sinopsis2 macam nak tengok :)
Belum try tengok lagi cerita ni..tapi macam best ja ceritanya
BalasPadamowh ada citer baru ya, menarik jugak ni
BalasPadambest sgt cite kau aku kita ni...barisan pelakon yg mantap dan bersahaja...terbaik
BalasPadamDrama ni sangat layan dan Janna Nick pun semakin terkenal lepas cerita ni rasanya
BalasPadam