Renew Kad Pengenalan Denda RM10

18

Renew Kad Pengenalan Denda RM10. Baru-baru ni saya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk buat kad pengenalan/IC baru. Sebab saya masih menggunakan IC pertama yang dibuat masa berumur 13 tahun dulu. Yep.

Memang malas sangat nak ke JPN sebab kena ambil nombor giliran, ambil gambar, dan tunggu IC siap dalam masa sejam. Lagipun, bukan senang untuk dapat parking kawasan JPN yang terletak diWisma Persekutuan Kota Bharu. 

Artikel berkaitan: Harga Buat MyKad Kekal RM10

Tapi saya tak ada pilihan lain, kena jugak tukar kad pengenalan baru kerana yang sebelum ni dah out dated. Kebanyakkan urusan di bank tidak dapat diteruskan kerana cip pada IC lama tidak dapat dibaca oleh IC Reader. Imbasan cap jari juga tidak berhasil. "Jari awak dah besar dari cap jari yang disimpan dalam IC lama" - Pegawai Bank. K fine!! 

Renew Kad Pengenalan Denda RM10

Disebabkan malas nak bersesak-sesak di Wisma Persekutuan, saya buat kad pengenalan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong. Caranya senang je - ambil nombor, pergi ke kaunter setelah dipanggil, bagitahu yang anda nak buat IC baru, beri IC asal, imbas cap jari, dan terus ambil gambar. Tak perlu is borang kecuali nak tukar alamat.

buat ic denda rm10

Harga penggantian kad pengenalan berjumlah RM10 sahaja. Tetapi disebabkan saya lambat buat, saya dikenakan kompoun RM10 jadi semua sekali berjumlah RM20.

Oh, buat IC di RTC makan masa sedikit, IC anda tidak siap dalam masa satu jam seperti ibu pejabat JPN. Kad pengenalan saya siap dalam masa tiga minggu. Tak kisah lah.

Entri sebelum ini - Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

Terma kasih kerana membaca Renew Kad Pengenalan Denda RM10

Post a Comment

18Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. sangat senang sekarang ni. pastu proses dia cuma 1 jam je. kalau dulu mau seminggu. kalau kat sabah ni dulu katanya sebulan. tapi sekarang 1 jam pun dah setel.

    ReplyDelete
  2. malas betul kan bab kena renew benda ni

    ReplyDelete
  3. MV pun baru tukar kad pengenalan sebab cip dia rosak, kalau tidak memang malas la tukar, bayar cuma RM10 dapatdalam 2 jam siap

    ReplyDelete
  4. bayar jelah.

    kad tu bukan murah pun. haha..

    ReplyDelete
  5. still guna ic lama sebab cip tu x rosak lagi ..heheh

    ReplyDelete
  6. nak pergi buat urusan dengan jabatan kerajaan memang lemah sikit, sbb nak kena ambik cuti..hehehe.

    ReplyDelete
  7. mungkin gambar kat IC kiut dan comel..tak tunjuk pun dengan kami kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak.. IC tak siap lagi.. dua minggu lagi baru boleh pegi ambik hehe

      Delete
  8. tu la.

    sape suh lambat nak buat.

    ReplyDelete
  9. Tak memasal kena bayar.. Mohon bertabah ye

    ReplyDelete
  10. Eh alamak ada kena denda-denda pulak. Ni yang tak best ni

    ReplyDelete
  11. Mcm adik sy punya kes cip IC yg rosak...kena denda gak...sedangkan bukan salah menghilangkan IC atau kes2 lain....

    ReplyDelete
  12. Saya pun tukar kad pengenalan pertama tahun lepas(2015) di Putrajaya, tapi Alhamdulillah tiada denda yang dikenakan. Kenapa sis Nik kena denda ya?

    ReplyDelete
  13. ambo pun baru nak tukar kad kenaling... sebab nak renew kad atm. nak bagi ic potostat katanya tak ori... hahahaa..

    kena bayar rm10 eh?

    ReplyDelete
  14. kalau dah ganti, pastu lambat ambil ic kat jpn kne denda tak.?.dah nak setahun ic bkampung kat jpn putrajaya tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top