Cara Memohon Bil TM Melalui Email

7
Cara Memohon Bil TM Melalui Email. Bagi pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang masih belum tahu, mulai Januari 2016 bil Streamyx, Unifi, dan bil telefon bercetak yang dihantar ke rumah anda akan dicaj sebanyak RM5. 

Seperti yang saya sebut dalam entri sebelum ini - Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016, bagi mengelak dari dikenakan bayaran tambahan untuk bil, anda boleh memohon untuk menerima bil melalui email. Pelanggan boleh berbuat demikian dengan menghantar pemohonan ke 1) help@tm.com.my, 2) hubungi TM careline (100), atau 3) berkunjung ke TMPoint berhampiran.

Artikel berkaitan: Unifi di Kelantan Ogos 2015

Jadi saya guna cara yang paling senang dan cepat iaitu dengan menghantar permohonan melalui email. Dalam email tersebut anda hanya perlu sertakan beberapa maklumat peribadi dan akaun TM anda. 

Cara Memohon Bil TM Melalui Email

Anda nak buat email secara formal pun boleh tapi pastikan maklumat yang yang diberikan tu tepat dan mudah difahami, kemudian hantarkan kepada [help@tm.com.my]. Siap! 

Selang beberapa minit anda akan mendapat balasan dari TM berbunyi: 


Proses permohonan akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga hari berkerja. Jadi, tunggulah sehingga anda mendapat email seterusnya dari TM. 

Saya masih tidak bersetuju dengan tindakan TM. Memang betul bil yang dihantar terus ke kotak email lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa. Tapi RM5 tu terlalu mahal. Macam mana dengan warga emas yang tiada email dan tidak tahu tentang sistem baru ni? B

Semoga entry ini dapat membantu pelanggan TM dalam menjimatkan duit poket sebanyak RM5. Kalau anda lebih suka bil bercetak terpulanglah. Saya tak sanggup nak bayar extra. Heee! 


Terima kasih kerana membaca Cara Memohon Bil TM Melalui Email
Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. RM5 tu besar jugak jumlahnya, bolehlah ia hantar melalui cara lain.

    ReplyDelete
  2. rasa tak berbaloi bayar 5 rggt untuk tu..

    ReplyDelete
  3. rm5 tuh .. banyak pulak nak kena bayar... herghh

    ReplyDelete
  4. Wow such a wonderful blog post, wish you happy new year 2016 enjoy

    ReplyDelete
  5. Rm5 tu untuk setiap bil ke? Mahal aihh.. berapa keping je padahal

    ReplyDelete
  6. Dah sent email pagi ni, asyik tertangguh juga, buka blog nik terus buat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top