Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3. Menyusuli Akulah Balqis yang bakal berakhir tidak lama lagi dan saksikan sebuah lagi drama terbaru yang bakal menghiasi Slot Akasia berjudul CINTA SI WEDDING PLANNER (CSWP) terbitan Primeworks Studios.
Drama bersiri 28 episod ini bakal menggandingkan Adi Putra bersama pelakon baru, Mira Filzah sebagai teraju utama. Seperti drama-drama Slot Akasia sebelum ini, CSWP juga merupakan drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Dhiyana.
Tarikh siaran Cinta Si Wedding Planner bakal bersiaran mulai 30 Disember 2015, setia Isnin hingga Khamis jam 7 malam, di Tv3.
Sinopsis drama Cinta Si Wedding Planner di Tv3
Izara Batrisya (Zara), seorang perunding perkahwinan (wedding planner) tida pernah menduga untuk berkasih dengan sepupunya sendiri, Bazli. Namun cinta yang dirahsiakan dari Mak Lang dan Pak Lang mereka terputus di tengah jalan. Bagi Zara, dalam hatinya hanya ada Bazli.
Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah
dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga
tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. Keperibadian dan sikap sopan santun Zara memikat hati pelanggannya, Puan Marina. Memandangkan Zara hidup seorang diri di Kuala Lumpur, Puan Marina mengambil Zara sebagai anak angkatnya.
Pertemuan Fariz dan Zara si wedding planner kerana berebutkan tempat parkir
telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz
adalah anak kedua dari empat cahaya mata Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan
berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz
terhadap Zara.
Fariz mengetahui kisah cinta Zara sebelum ini dan sedar bahawa gadis itu sedang cuba bangkit dari luluh kecewa cinta dan ingin melindungi Zara dari terus diganggu oleh Bazli. Fariz kemudian nekad untuk menjadikan Zara sebagai isterinya.
Puan Marina, yang sudah lama berkenan dengan Zara terus menghantar pinangan hingga
terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau
hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah
putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.
Bahtera perkahwinan Fariz dan Zara sangat bahagia. Fariz yang sebelum ini baran dan murung berubah selepas Zara hadir dalam hidupnya. Sementara itu, Zara pula mencuba
menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia
mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara
menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula
datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan
sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap
percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya
tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan
membawa diri ke bumi Auckland.
Entri sebelum ini - Fakta Menarik Star Wars The Force Awakens
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3
Macam best je ni ... :) amirah filzah .. uhhh .. :) lawa siut.
BalasPadamwahh..
BalasPadamawek tu cun la plak.
haha
wah ada adi putra, kena tengok la ni
BalasPadam