Bahaya Virus Zika

6
Bahaya Virus Zika. Seperti yang dihebahkan di portal berita beberapa hari kebelakangan ini, di mana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan amaran tentang virus zika yang disebabkan gigitan nyamuk.

Virus ini dibawa oleh nyamuk Aedes (bergantung kepada spesis) yang juga menyebabkan demam denggi dan chikungunya. Kini virus zika telah merebak secara besar-besaran ke 26 negara di benua Amerika. Lebih sejuta ke dilaporkan di Brazil dan dijangka meningkat sehingga 4 juta pada akhir tahun ini.

Saya sempat baca beberapa fakta tentang virus zika beberapa portal berita tempatan dan luar negara. Jadi saya ingin berkongsi menlalui entri ini.  

Simptom virus zika

Penyakit yang pertama kali dikesan di Uganda pada 1947 ini menunjukkan tanda-tanda atau simptom seperti:
  • demam berlarutan
  • sakit sendi dan otot
  • ruam
  • konjunktivitis
  • mata merah
Selain menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan orang dewasa, virus ini turut berisiko buat ibu mengandung. Ini kerana virus zika boleh tersebar kepada janin dan pringkat yang paling berisiko adalah dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

Baca: Harga Buat MyKad Kekal RM10

virus zika bayi

virus zika bayi

Terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom microcephaly, iaitu bayi yang dilahirkan berkepala kecil. Bayi bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal malah, berhadapan dengan kecacatan mental seumur hidup. Pengkaji percaya sindrom microcephaly ini mempunyai kaitan dengan virus zika walaupun punca sebenar masih belum diketahui.

Virus zika di Malaysia?

Walaupun setakat ini tiada sebarang kes dilaporkan di Malaysia, tetapi negara ini cukup popular dengan nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa zika. Nyamuk yang membawa virus zika berada di mana-mana termasuk negara di benua Amerika, Afrika, dan Asia.

Baca: Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2016


Virus zika berjangkit?

Menurut laporan BH, virus ini turut berjangkit melalui pemindahan darah dan hubungan intim.


Cara mencegah zika

Oleh kerana virus ini berpunca dari gigitan nyamuk,  anda disaran memusnahkan tempat pembiakannya. Sama seperti yang sering kita lakukan untuk mencegah nyamuk aedes. Bersihkan persekitaran kediaman dan hapuskan tempat takungan air.

Senarai negara berisiko tinggi

Orang ramai khususnya ibu mengandung disaran menangguhkan lawatan ke 22 buah negara yang berisiko dijangkiti virus zika.

Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname dan Venezuela. Di Caribbean: Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico, Cape Verde, di luar pantai barat Afrika dan Samoa di Pasifik Selatan.

Virus ini semakin menular dan tidak hanya tertumpu di negara-negara tertentu sahaja. Lebih membimbangkan, setakat ini vaksin atau penawar atau penawar bagi virus zika masih belum di temui.

sumber: BH, Awani, WHO


Terima kasih kerana membaca Bahaya Virus Zika
Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. dah tambah lagi satu nyamuk yang bawa bencana alam ni.

    satu demi satu bala yang datang.

    sabar..sabar.

    ReplyDelete
  2. risau betul dengan virus zika nie, especially sangat berisiko untuk ibu pregnant...

    semoga kita semua dilindungi...

    ReplyDelete
  3. setakat ni Malaysia masih tak ada jangkitan kan. tapi thailand dah ada 1 kes yang dikesan.

    ReplyDelete
  4. hebat mana pun manusia..tewas juga dengan sejenis virus yang ultra halus..

    risau juga ia boleh berjangkit melalui hubungan kelamin..

    ReplyDelete
  5. memang macam-macam sekarang ni penyakit banyak yang pelik-pelik, mudah-mudahn kita semua terhindar dari pelbagai virus dan jangkitan yang banyak merebak sekarang ini,aamiin...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top