Cara Tulis Entri Disukai Google

15
Cara Tulis Entri yang Disukai Google. Bagaimana nak jadikan entri blog anda mesra di enjin carian terutamanya Google? Ramai blogger yang berdepan masalah di mana artikel yang diterbitkan tidak muncul di laman carian.

Hal ini bukan sahaja menjejaskan prestasi blog malah, melunturkan semangat blogger. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan supaya artikel yang diterbitkan mendapat tempat terbaik dalam enjin carian..... jika kena caranya. Apa yang perlu anda lakukan adalah back to basic ---> Search Engine Optimization.
 
Tak susah, kalau kena dengan caranya, entri yang dihasilkan mampu menarik perhatian Google.

Cara Tulis Entri Disukai Google

Keywords, keywords, keywords - Bagi memastikan entri anda disukai Google, entri yang diterbitkan wajib mempunyai keywords atau kata kunci. Contohnya anda nak berkongsi entri berkaitan 'pengalaman guna oppo', oleh itu entri anda perlu diselitkan dengan beberapa ayat 'pengalaman guna oppo'.


Namun jangan terlalu mengulang ayat yang sama berkali-kali. Nanti entri anda akan ditendang ke halaman tujuh atau lapan di enjin carian. Anda akan dicop cuba untuk memanipulasi kata kunci.

Backlink berkualiti - Selitkan links/pautan entri terdahulu yang berkaitan. Ia boleh membantu menguatkan lagi entri baru. Selain itu, sediakan pautan laman rasmi produk atau info berkaitan. Ini menunjukkan blog anda boleh dipercayai kerana menyediakan informasi rasmi sebagai rujukan. Cari ini bukan sahaja boleh 'tackle' Google, malah memberikan trafik percuma kepada entri terdahulu.

Artikel berkaitan: Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

Letak tag ALT pada gambar - Ramai blogger ambil mudah soal ini. Gambar diletakkan dalam setiap entri bukan sekadar perhiasan. Memasukkan tag 'alt image' dan title description dengan keywords yang sama dengan tajuk boleh menguatkan lagi entri.

Cuba lihat gambar di bawah, gambar dari blog ini secara automatik muncul pada Google Image apabila memasukkan keywords berkaitan. Gambar tersebut sekaligus membawa pengunjung ke blog anda.

Search description - Jika menggunakan platform Blogspot, jangan lupa isi bahagian 'search description'. Search desription adalah ringkasan entri yang mengandungi kata kunci berkaitan dan ia akan terpapar pada laman carian. Tidak perlu panjang berjela, 3 - 4 baris sudah memadai.


Entri panjang dan berkualiti - Ingat, content is king. Google tidak pernah menetapkan syarat bilangan patah perkataan yang perlu ditulis. Tapi lebih selamat jika artikel anda tidak kurang dari 350 patah perkataan. Entri panjang dan berkualiti cukup disukai Google serta mudah untuk diindex oleh robot carian. Malas nak kira perkataan? C'mon guys, copy paste je dalam Words, jumlah perkataan akan tertera pada bahagian bawah sebelah kiri.

Baca: Beli Domain Murah malaysia

Semoga perkongsian ini dapat membantu. Bila artikel sentiasa berada di page pertama Google, baru la semangat sikit nak update blog. Untuk tips blogging sebelum ini boleh rujuk label  >>  Blogging

Entri sebelum ini - Gambar Jersi Kelantan TRW 2016

Terima kasih kerana membaca Cara Tulis Entri Disukai Google

Tags

Post a Comment

15Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. hi nik. PG pun masih banyak benda kena belajar. la ni asyik tukar nick name je. sure google pun bingung :D

    lama tak ziarah blog nik :)

    ReplyDelete
  2. Bagus tipsnya, akan saya cuba ikuti. :)

    ReplyDelete
  3. yup...memang betul semua tu..tak syak lagi.ehehe

    ReplyDelete
  4. Nice sharing... boleh saya improve lagi entri di blog saya.. :p

    ReplyDelete
  5. nampaknya saya perlu berguru dengan Nik untuk belajar semua ni..saya PM boleh ke?

    ReplyDelete
  6. tips paling mudah nak buat.. thanks artikel yang berguna ni

    ReplyDelete
  7. Tips best nak ikuti, senang saja nak bagi google suka entri kita ya

    ReplyDelete
  8. selalu terlupa nak masukkan kat search description tu..tq2..

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian. thorbaekkk

    ReplyDelete
  10. Jazakallahu khairn jzk, info yang sangat bermanfaat =)

    ReplyDelete
  11. saya pun jarang masukkan tag pada alt picture. After this, kena makesure tag ada pada setiap picture..

    tq sis.

    ReplyDelete
  12. Good sharing Nik, kena improve ikut tip-tip yang Nik bagi ni hihi

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top