Kebab Sedap di Kota Bharu

15
kebab sedap di kota bharu

Kebab Sedap di Kota Bharu. Bila sebut sahaja kebab, mesti terbayangkan aroma daging lembut yang diadun dengan rempah ratus istimewa. Ditambah pula dengan sos khas beserta roti, ia membuatkan hidangan ala Arab menjadi kegemaran ramai.

Kalau sebelum ni saya pernah review restoran yang menghidangkan makanan yang seakan sama, yang tu boleh baca pada entri - Just Doner Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu. Ada sebuah lagi restoran yang menyediakan kebab sedap iaitu di Pulau Melaka.

Saya tak pasti apa nama restoran ni sebab tak ada papan tanda atau label. Tapi bila search lokasi pada Instagram dan Facebook, ramai yang menamakan restoran ini sebagai Roti Tempayan Tok Arab Pulau Melaka. Seingat saya lama jugak pemilik kedai ni pernah berniaga di food court KB Mall sebelum berpindah ke Pulau Melaka.


Seperti kebanyakkan restoran ala Arab lain, makanan dihidangkan dalam portion yang banyak. Daging kambing/lembu/ayam, roti tempayan, dan salad. Selain dimasak dengan rempah khas ia turut hadir dengan sos istimewa yang menjadikan hidangan cukup menyelerakan.

Artikel berkaitan: Restoran Wau KB

Antara menu yang disediakan di sini adalah Adana Kebab Ayam/Daging/Kambing, Chicken Kufta, Chicken Cheese Mashroom, Nasi Bukhara, Ayam Tandoori, Chicken Chop, dan Fish & Chips. Harga pula berpatutan, tak sampai RM20 untuk satu hidangan.

Kebab Sedap di Kota Bharu

kebab sedap kota bharu 1

Saya sendiri dah banyak kali makan kat sini. Because I can't get enough. Menu yang saya pernah order adalah Adana Kebab Daging dan Chicken Cheese Mashroom. Sedap, tidak terlalu berminyak, dan tidak muak. Tekstur nasi bukharanya pula cukup lembut. Manakala roti tempayan dihidang panas dan tidak keras jika sejuk.

kebab dan roti tempayan pulau melaka
Chicken Cheese Mashroom

Adana Kebab Daging
Tempat duduk selesa, tetapi dekorasinya biasa sahaja dan tidak se-'hipster' seperti kebanyakkan restoran/kafe sekarang. Apa yang penting adalah rasa dan harga makanan tersebut. Apa yang boleh saya simpulkan, hidangannya sedap, berpatutan, dan berbaloi.

Baca: Cara Shopping di Lazada

Restoran kebab/roti tempayan Jalan Long Sulaiman Pulau Melaka ni terletak bersebelahan pasar Pulau Melaka berdekatan dengan rumah Allahyarham Tok Guru. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan beroperasi pada waktu malam sahaja.

#NKfoodreview - 8.8/10

Entri sebelum ini - Contoh Bil TM Melalui Email

Terima kasih kerana membaca Kebab Sedap di Kota Bharu

Post a Comment

15Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Mnarik..nti blik singgah kat sini..

    ReplyDelete
  2. Mnarik..nti blik singgah kat sini..

    ReplyDelete
  3. Nanti pergi KB boleh la singgah sana ^-^

    ReplyDelete
  4. Sempoiiiii ni...nanti masa melawat anak bley la cuba rasa cm na...tq info

    ReplyDelete
  5. dengan tengok gambar sahaja dah tahu sedapnya tu..terbaiklah Nik

    ReplyDelete
  6. Bestnya boleh makan kebab, MV pun dah lama tak merasa ni

    ReplyDelete
  7. tu dia, kalau balik kelantan kena cubalah ni

    ReplyDelete
  8. Memang sungguh menyelerakan tuh kebabnya.. terus kelaparan nih....

    ReplyDelete
  9. pehh..

    leh la belanja gua kebab nanti kann..

    ReplyDelete
  10. Kiranya hidangkan makanan arab la ni ye. memang nampak menarik.

    ReplyDelete
  11. waaaa...nak kene pergi ke sana dulu baru boleh pekena kebab yang sedap nih...huhu

    Jika berkelapangan, jemput join myliferia giveaway ye :)

    ReplyDelete
  12. Kalau sedap dan besar hidangannya, memang berbaloi kalau datang makan kat situ :D

    ReplyDelete
  13. kalau ke sana boleh le try kot ye..nampak macam sedap tu.harga pun boleh tahan murah :D

    ReplyDelete
  14. pehh cam sedap jeee..i kenot la tengok makanan camniiii..haha

    ReplyDelete
  15. kakda pun suka makan sini. Kebab Adana dia best!!hihi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top