Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016. Malam penghargaan buat blogger dan pengamal media sosial tempatan iaitu Malaysia Social Media Week Award 2016 (MSMW2016) telah berlangsung dengan jayanya semalam. Anugerah tahunan ini merupakan platform untuk mengiktiraf mereka yang aktif dalam menyampaikan maklumat di alam maya.
Apa yang saya suka tentang MSMW adalah sistem pengadilannya yang adil. Pemenang ditentukan dengan mengambil kira jumlah undian pembaca serta diadili juri profesional. Jadi, setiap pemenang mestilah menyampaikan maklumat yang berkualiti dan menarik serta mempunyai pengikut setia.
![]() |
Foto: https://www.facebook.com/sunwaypyramid/?fref=photo |
Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016 (Kategori Blogger)
- Best Blog of The Year 2016 - www.pembina.com.my
- Best Foodie Blog - www.mahamahu.com
- Best Lifestyle Blog - www.ruby.my
- Best Travel Blog - www.runawaybella.com
- Best Content Blog - www.cikguhailmi.com
- Best Video Blog - www.youtube.com/user/pojiegraphy
- Most Engaging Blog - www.kisahemasputih.com
- Most Entertaining Blog - huseinrider.blogspot.my
- Promising Blog of The Year - www.viramon.com
Menurut laporan Utusan, bermula 28 Dec 2015 hingga 24 Jan 2015 pihak MSMW menerima kira-kira 17,000 undian melalui Facebook, Twitter, dan Instagram lalu untuk menentukan penerima kategori penulis blog.
Kepada diri sendiri dan rakan blogger lain yang tidak pernah tercalon, jangan putus asa. Teruskan usaha dalam menulis content blog yang berkualiti dan tepat. Mana tahu, tahun depan boleh tercalon.
Entri sebelum ini - Kebab Sedap di Kota Bharu
Terima kasih kerana membaca Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016
hoho..
BalasPadamsenyum je tengok siapa yang menang.
tahniah dan semoga menang lagi.
Terima kasih kerana support kami. In Shaa Allah tahun depatn giliran anda pula...
BalasPadam