Cara Buat Rate Card untuk Blogger

16
rate card blogger

Cara Buat Rate Card untuk Blogger. Dah lama tak buat entry tips blogging. Okay kali ni saya nak kongsikan macam mana nak buat rate card atau sebut harga untuk seorang blogger. Jika blog anda sudah mendapat tempat dihati pembaca dan mendapat jumlah pengunjung yang memberangsangkan, pada satu tahap anda akan dihubungi syarikat untuk beriklan di blog.

Bagi seorang blogger, beriklan adalah salah satu sumber pendapatan blog. Menyediakan rate card merupakan cara untuk menyatakan jumlah bayaran atau kadar yang perlu dibayar oleh pengiklan. Iklan berbayar pada blog terdapat dua jenis iaitu:

Berkaitan: Tulis Entri Disukai Google

1. Banner- Iklan bergambar yang terdapat di bawah header, sidebar atau mana-mana lokasi dalam blog.
2. Advertorial - Juga disebut sebagai artikel berbayar di mana blogger menulis sebuah entri khas tentang sesuatu produk.

  
Tujuan buat rate card

Selain untuk menyatakan dengan jelas harga yang perlu dibayar oleh pengiklan, rate card juga dilihat sebagai dokumen persetujuan kedua-dua belah pihak. Ini kerana blogger telah menyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk beriklan dalam blog. Tambahan pula, rate card membuatkan blogger nampak lebih profesional dan bukan hanya sebuah blog cikai.

Cara Buat Rate Card untuk Blogger

Buat rate card/sebut harga ni sebenarnya mudah je. Anda hanya perlu masukkan beberapa informasi dengan terperinci, tersusun, dan mudah difahami pengiklan. Boleh buat dalam Microsoft Word atau Excel dan kemudian save dalam format PDF supaya mudah diakses pengiklan kelak.

Antara elemen yang perlu anda masukkan dalam rate card:

  • Logo blog - Jika tidak mempunyai logo, gunakan header blog buat sementara waktu
  • Pengenalan
  • Jenis, kedududukan, dan harga iklan
  • Syarat-syarat
  • Statistik blog - pageviews setiap bulan/3 bulan, unique views, bounce rate, ranking Alexa
  • Pengaruh di media sosial - Jumlah followers Instagram, Twitter, dan Facebook
  • Pencapaian - Jika blog anda pernah muncul di dada akhbar, atau pernah memenangi anugerah khas ntuk blogger dan dll.
  • Hubungi
  • Cara pembayaran

Contoh rate card


Berapa bayaran yang blogger kenakan untuk beriklan?

Tiada jumlah khusus berapa caj yang blogger kenakan bagi iklan banner atau advertorial. Segalanya bergantung kepada statistik blog dan... populariti blogger. Harga kena la logik, kalau blog baru dan pageviews kurang dari 50 sehari, takkan nak charge sampai RM150 kan? Kesian pengiklan bayar mahal tapi tak berbaloi sebab tade orang yang tengok iklan tu. 

Akan tetapi jika blog anda menerima ribuan pageviews setiap hari, jangan takut untuk negotiate harga kerana kadang kala pengiklan memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk buat promosi.

Berkaitan: Beli Domain Murah Malaysia

Saya pernah cerita dalam entri Cara Buat Duit dengan Blog di mana sewa iklan dan tulis advertorial merupakan salah satu lubuk rezeki dalam dunia blogging. Pengiklan dah mula nampak potensi blogger dalam mengiklankan produk mereka. Saya sendiri pernah dapat tawaran advertorial dari pengiklan antarabangsa. Seronok, sebab dibayar dalam USD. Hee!

Sebab sekarang ni ramai sangat blogger yang buat advertorial/review dalam blog mereka. Ada yang lebih banyak buat advertorial dari entri lain pun ada. Takpe lah, tu rezeki masing-masing. Sentiasa kemaskini blog dengan entri berkualiti, blog mesra pembaca, dan kuasai ilmu Search Engine Optimization (SEO). Lepas tu boleh la merasa hantar email rate card kepada pengiklan. Bye!

Entri sebelum ini - Sinopsis Mak Cun Pi New York
 
Terima kasih kerana membaca Cara Buat Rate Card untuk Blogger
Tags

Post a Comment

16Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Mmg benar tu.. Iklan dan blogger,,, suatu yg tak dpt dipisahkan...

    ReplyDelete
  2. Saya simpan ilmu ni sampai blog saya mendapat tempat di hati pembaca.. Terima kasih tuan.. :)

    ReplyDelete
  3. Memang terbaik... Sikit2 nleh simpan ilmu nie.. nnti bleh guna..

    ReplyDelete
  4. ada gak tengok blog...3 post pertama je cerita pasal owner blog ataupun kisah lain yang santai dan rileks..dan kesemua entri seterusnya tu semua cite event yang die pegi..ohoho..kelakar juga tengok..nak komen pun taktau nak komen apa..berita je penuh.

    rate ni bergantung le kepada blogger tu.tengok gak le bagaimana dan siapakah readernya..kalau blog cite pasal kecantikan, tetiba nak promote produk pertukangan, tak kena juga kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rezeki.. tapi janggal jugaklah bila tetiba baca entri lari niche asal blog.

      Delete
  5. info yang bagus..saya pun tengah belajar sekarang untuk membina blog yang hebat dikalangan para pembaca dan pengiklan.

    ReplyDelete
  6. oo mcm tu maksud rate card..

    btul jgk ea..biar nampak blog kita pro..

    ReplyDelete
  7. dah lama tak check rate.

    malas dah nak tukaq. pakai harga lama aje. haha..

    itupun ramai yang mintak diskaun.

    penat nak menjawab.

    ReplyDelete
  8. Baru lah tahu rate kalau nak gunakan servis blogger

    ReplyDelete
  9. untuk dpt menjana income dari blog..
    rate tu agak subjektif nak letak berapa..

    ReplyDelete
  10. iklan adalah penghasilan untuk seorang blogger

    ReplyDelete
  11. terima kasih berbagi informasinya...

    ReplyDelete
  12. hai, singgah baca blog you. thanks for the info!

    ReplyDelete
  13. Sangat membantu artikel ini. Kebetulan ada prospek bertanyakan mengenai rate pengiklanan sidebar.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top