Pemain Import Baru Kelantan Julai 2016. Berikutan prestasi kurang memberangsangkan pasukan The Red Warriors dalam saingan Liga Super dan Piala FA, Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) menandatangani dua pemain import bagi menguatkan pasukan.
KAFA mengikat bekas pemain Birmingham City, Morgaro Gomis, yang berasal dari Perancis namun memiliki kerakyatan Senegal. Gomis,31, menggantikan tempat Jonathan Lucca selaku defensive midfielder.
Ketua jurulatih, Velizar Emilov Popov, turut memilih pemain tengah kelahiran Brazil, Wander Luiz, selaku pemain import kedua yang menyertai Kelantan pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia.

Kehadiran dua awang import ini telah dinilai dari segenap aspek oleh Popov dan KAFA terutama setelah mendapati Dramane Troare tidak begitu serasi dengan Blazhe Ilijoski di bahagian serangan. Manakala Lucca telah menamatkan kontrak di atas persetujuan bersama.
Kedua-dua pemian ini diberi kepercayaan dalam menguat dan mengembalikan prestasi pasukan dalam baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia yang baru sahaja bermula.
Aksi Gomis bagaimanapun telah mendapat pujian penyokong TRW setelah membantu pasukan membelasah Terengganu 6-1 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia beberapa hari lalu.
Entri sebelum ini - Cara Buat Rate Card Blogger
Terima kasih kerana membaca Pemain Import Baru Kelantan Julai 2016
Entri sebelum ini - Cara Buat Rate Card Blogger
Terima kasih kerana membaca Pemain Import Baru Kelantan Julai 2016
nampak ada kesan lepas menumpaskan Terengganu tu
BalasPadamAritu terengganu dh kena baham, pasnie sapa la pulak.. hoho
BalasPadamxleh nak ukur lagi..hari tu terengganu main xckup org..
BalasPadam