Tarikh Pelancaran Pokemon Go Malaysia

13

Tarikh Pelancaran Pokemon Go Malaysia. Sejak beberapa hari ni bila bukak je media sosial pasti ada berita tentang Pokemon Go. It is literally all over the internet. Di saat berita kegagalan rampasan kuasa di Turki, masalah ekonomi dunia, dan kisah cinta Taylor Swift dan Tom Hiddleston menguasai tajuk berita, tiba-tiba muncul gelombang Pokemon Go.

Siapa tidak kenal Pokemon, siri kartun dari Jepun yang pernah popular sekitar tahun 2000. Jika dahulu aksi Pokemon boleh dilihat di kaca tv dan peminat boleh beli serta kumpul kad Pokemon.

Apa itu Pokemon Go?

Pokemon Go adalah permainan video yang boleh dimainkan pada peranti iOS dan Android. Jika sebelum ini peminat perlu mengumpul kad, kini anda boleh menangkap Pokemon di dunia sebenar. Dengan mengaktifkan Global Positioning System (GPS), anda perlu mencari Pokemon yang hanya boleh dilihat pada skrin telefon pintar.


Dengan menggabungkan dunia sebenar dan dunia Pokemon, permainan ini memberikan pengalaman menarik kerana pengguna boleh memburu Pokemon di lokasi berbeza. Menambahkan lagi keunikkan permainan video ini, anda boleh berlawan atau bertukar karakter Pokemon dengan pemain lain.

Baca: Ciri dan Fungsi Baru iOS 10

Tarikh Pelancaran Pokemon Go Malaysia

Walaubagaimanapun, permainan video yang telah mencata 30 juta muat turun ini hanya dilancarkan di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, German, dan United Kingdom sahaja. Beberapa hari lalu ada khabar angin mengatakan Pokemon Go akan boleh di muat turun di Malaysia pada minggu ini. Berita ini tidak benar kerana telah salah ertikan selepas Wall Street Journal melaporkan Pokemon Go bakal dilancarkan di Jepun. Media menganggap ia akan turut dilancarkan di rantau Asia.


Menurut pembangun permainan popular ini, Niatic, mereka tidak mempunyai tarikh tetap untuk melancarkan Pokemon Go di negara lain termasuk Malaysia. Namun mereka sedang berkerja keras untuk melebarkan sayap ke beberapa buah negara lagi.

Baca:  Tips Bisnes Air Balang

Disebabkan ramai yang tidak sabar menantikan permainan ini sampai ke negara mereka, ramai yang sanggup melakukan pelbagai cara pada peranti masing-masing untuk memuat turun Pokemon Go.

Fenomena Pokemon Go


Sambutan hangat Pokemon Go menyebabkan seorang barista dari New Zealand sanggup berhenti kerja untuk bermain dan menjadi pelatih Pokemon sepenuh masa. Ada juga yang terpaksa menceroboh kawasan persendirian untuk menangkap karakter Pokemon yang sukar untuk dijumpai.


Ya.. saya pernah melalui zaman kumpul kad Pokemon dan tukar dengan kawan-kawan kat sekolah. Saya tak berminat nak main game ni cuma nak tengok sampai bila Pokemon Go ni boleh bertahan.

Entri sebelum ini - Pemain Import Baru Kelantan Julai 2016

Terima kasih kerana membaca Tarikh Pelancaran Pokemon Go Malaysia

Tags

Post a Comment

13Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. nampak game ni macam banyak kesan buruk kan?akak ni lagi la tak minat..faktor usia..ekeeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. faktor usia kot.. tapi ramai je adults main game ni haha

      Delete
  2. Teringat zaman2 dulu main wechat add orang secara random bila pegi tempat2 yg berlainan..

    ReplyDelete
  3. boleh main, tapi kena waktu cuti, memang leh ketagih sangat ni

    ReplyDelete
  4. Kena standby powerbank siap-siap nak main game ni.

    ReplyDelete
  5. sampai ada sanggup berhenti keja tuh..kuat betul penangan pokemon Go nih..

    ReplyDelete
  6. best sangat ek game ni? tengok katun pokemon pon best. layan dengan anak astro

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah samapi puluhan juta download mesti best..

      Delete
  7. tak sabar tunggu official release. nanti dah keluar, jom kita pokemon hunting sama2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih menunggu pokemon go ;(

      Delete
    2. tengah sabar menant jugak ni.. tapi takut terjebak je. hehe!

      Delete
  8. Pokemon Go ni nampak menarik, tapi bila tengok cara ia dimainkan... rasa macam leceh la pulak. Nak kena keluar rumah bagai haha

    ReplyDelete
  9. sampai polis pun nak pantau game ni. memang kiranya banyak negatif ya?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top