Huawei Honor 8 - Berkualiti dan Berbaloi. Honor 8 direka untuk memenuhi permintaan generasi muda yang inginkan smartphone dengan fungsi terkini, elegen, kamera berkualiti, dan harga mampu milik. Telefon terbaru dari Huawei ini bukanlah telefon alternatif yang lebih murah dari versi premium, tetapi adalah telefon pintar terbaik dengan fungsi terbaik yang pernah dihasilkan Huawei.
Honor 8 cukup popular di pasaran pada ketika ini. Iklannya boleh dilihat di mana sahaja. Tidak hairanlah ia telah terjual lebih 1.5 juta unit sejak hari pertama dilancarkan.
Berdasarkan review mereka yang pakar dalam gajet, Honor 8 adalah antara peranti Android terbaik tahun ini. Kenapa? Jom baca sampai habis.
Honor 8 - Berkualiti dan Berbaloi
Kamera - Seperti iPhone 7 Plus, Honor 8 dilengkapi dengan dwi-kamera, aperture f/2.2, dan hybrid auto focus. Satu lens untuk merakam warna manakala lens keduai untuk monochrome. Huawei menjelaskan gabungan lens ni bertindak untuk merakam gambar yang lebih baik dan jelas dari segi pemfokusan.
![]() |
Gambar: androidpit.com |
Baca: Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus
Software - Honor 8 dikuasakan oleh pemprosesan milik Huawei sendiri iaitu Emotion UI 4.1, 4GB RAM, Android 6.0 Marshmallow (Emotion UI 4.1) yang membuatkan peranti ini beroperasi dengan lancar. Peranti ini juga turut menyokong kad MikroSD bersaiz nano sehingga 256GB.
Skrin - Honor 8 hadir dengan paparan 5.2 inci 1080 IPTS di mana menghasilkan grafik yang mengagumkan dari segi ketajaman dan menghasilkan warna yang terang. Menariknya, pengguna boleh mengubah warna paparan mengikut citarasa masing-masing.
Pengimbas cap jari - Ciri pengimbas cap jari yang terdapat di belakang turut berfungsi sebagai SmartKey. hanya sentuh pada sensor tanpa menekan butang, pemilik telefon akan dibawa ke aplikasi terakhir yang digunakan. Pemgimbas ini mengambil masa selama 0.4 saat iaitu terpantas berbanding semua peranti yang mempunyai fungsi sama.
Bateri - Hadir dengan bateri 300 mAH serta pengecasan pantas melalui port pengecasan UBS-C. Jangka hayat bateri kurang mengagumkan. Cukup untuk pengguna yang menggunakan telefon sepanjang hari (moderate users).
IR Blaster - kehadiran IR Blaster iaitu kemampuan peranti untuk mengawal 200,000 perantik elektronik lain melalui infra red cukup melegakan. Ciri ini jarang sekali boleh dilihat pada peranti lain.
Kelebihan dan kekurangan Honor 8
HONOR 8
|
|
KELEBIHAN
|
KEKURANGAN
|
Design dan reka bentuk menarik
|
Bateri
tidak mengagumkan
|
Kamera berkualiti
|
Speaker mengecewakan
|
Lancar
|
Mudah
calar dan licin
|
Kemaskini software sekurang-kurangnya 2 tahun
|
|
Menyokong IR Blaster
|
|
Menyokong kad MicroSD
|
Harga Honor 8 Malaysia
Jika anda mahukan telefon pintar high-end dengan ciri terkini dengan harga yang mampu milik, Honor 8 adalah pilihan terbaik. Honor 8 Malaysia dijual bermula RM1,699.Kalau nak Honor 8 dengan harga yang lebih rendah, beli di Lazada. Anda boleh rujuk mana-mana banner dan link Honor 8 yang ada dalam blog ini.


Entri sebelum ini - 6 Episod Kartun yang Diharamkan
Terima kasih kerana membaca Huawei Honor 8 - Berkualiti dan Berbaloi

Entri sebelum ini - 6 Episod Kartun yang Diharamkan
Terima kasih kerana membaca Huawei Honor 8 - Berkualiti dan Berbaloi
harga ya..agak menakutkan sedikit pada saya yang belum hebat kuasa membeli
BalasPadamkalaulah mampu
BalasPadamkena kumpul duit la ni sikit2.. cukup ja boleh la beli..
BalasPadamphone ni best! haritu waktu pergi launching , terus jatuh hati nak miliki satu
BalasPadamTgh tgok hp baru juga ni...
BalasPadamAda ralat pada kapasiti bateri . 300mAh atau 3000mAh ?
BalasPadam