Harga Terkini Rawatan Hospital Kerajaan

9

Harga Terkini Rawatan Hospital Kerajaan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan yang harga rawatan hospital kerajaan akan dinaikkan sehingga 50% berkuatkuasa 1 Disember 2016. Kenaikkan harga ini hanya melibatkan pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2 sahaja.

Rakyat tidak perlu risau dengan kenaikkan harga ini kerana pesakit yang memilih untuk dirawat di kelas 3 dan pesakit luar, harga rawatan dan wad masih sama. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia iaitu kira-kira 90% dirawat di kelas 3.

Baca: Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2017

Berikut merupakan harga/kadar baru bagi rawatan dan wad di hospital kerajaan bermula 1 Disember 2016.

Harga Terkini Rawatan Hospital Kerajaan

harga rawatan hospital kerajaan

Harga baru ini meliputi semua jenis rawatan melibatkan warganegara seperti wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.

Tiada caj untuk ubat-ubatan

Hospital dan klinik kesihatan tidak akan mengenakan caj terhadap ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit. 


Tindakan kerajaan menaikkan caj rawatan ini adalah kerana ingin mengurangkan subsidi terhadap kelas 1 dan 2 yang rata-ratanya dinikmati golongan berkemampuan. Selain itu menurut laporan Kosmo, caj rawatan hospital kerajaan tidak pernah dinaikkan sejak 1982.

Entri sebelum ini - Fakta menarik Fantastic Beast and Where To Find Them

Terima kasih kerana membaca Harga Terkini Rawatan Hospital Kerajaan

Tags

Catat Ulasan

9Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Masih ingat dulu adik dirawat di rumah sakit ini, terimakasih sudah pernah merawat adik saya. :)

    BalasPadam
  2. Wah lumayan ya harganya, Berrti harga bisa naik turun ya kak?

    BalasPadam
  3. wad kelas 3 memang sesak dan terpaksa kongsi ramai-ramai..

    BalasPadam
  4. Semua harga naik sekarang nie.. sabar jela

    BalasPadam
  5. kesianlah rakyat sekarang ni. jangan bagi sakitlah kiranya.

    BalasPadam
  6. Bertabahlah rakyat Malaysia, sekarang semua benda nak meningkat..Memang sahut sangat seruan kerajaan utk ada 2 kerja..berhuhu lah kita.

    BalasPadam
  7. Kesian kat pesakit cancer kemoterapi. Sebab biasanya pesakit cancer warded lama bila kena kemo..

    BalasPadam
  8. wah .. lumayan tinggi harga rawatan hospitalnya...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top