Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu di Tv3. Menggantikan 7 Hari Mencintaimu yang mendapat respon positif dari penonton, Tv3 membawakan sebuah lagi drama bagi mengisi Slot Akasia yang bertajuk BIAR AKU JADI PENUNGGU.
Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd di bawah arahan Michael Ang ini juga merpakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama karya Arsha.
Biar Aku Jadi Penunggu menampilkan gandingan Ashraf Muslim dan Janna Nick sebagai pelakon utama dan turut dibintangi Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika,
Azar Azmi, Amir Rahim, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy
Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, dan Wilma Muhammad.
Drama bersiri 28 episod ini bakal bersiaran mulai 26 Disember 2016, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, di Tv3.
Iffat Hamani dan Afeef Adwan berkawan sejak di bangku sekolah. Namun,
persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan
Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-citanya.
Iffat yang dalam diam menyimpan perasaan terhadap Afeef begitu gembiran menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka mempunyai peluang untuk bahagia sebaik Afeef pulang ke tanah air. Namun saban tahu menunggu, Afeef hilang tanpa khabar berita. Iffat setia menunggu biarpun dia terluka.
Afeef akhirna muncul setelah tiga tahun menghilang, tapi dia pulang bersama seorang kanak-kanak. Kebenaran terbongkar apabila Afeef mengaku budak itu ialah anaknya bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Akan tetapi hubungan mereka musnah ditengah jalan kerana Damia curang dan tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dani kini Afeef kembali untuk menunaikan janjinya pada Iffat.
Sudah menjadi impian Iffat untuk bersama dengan Afeef. Bahkan anak Afeef dilayan seperti anaknya sendiri. Ketika hubungan mereka bertiga semakin teguh, Rafaal, rakan Iffat yang memendam perasaan terhadapnya membuatkan Afeef cemburu. Manakala Damia kembal menagih cinta Afeef dan anak mereka.
Lagu tema / OST: Ronnie Hussein Biar Aku Jadi Penunggu
Entri sebelum ini - Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu di Tv3
menarik juga jalan cerita ni
BalasPadamowh macam pernah ternampak cerita ni umi saya tengok semalam haha
BalasPadamalaa tak minat janna nick la plak..huhu
BalasPadammacam best, tapi selalu dapat tengok half way ja dari pukul 7.30pm sebab balik kerja kul 7. hhihi
BalasPadamTunggu viral macam 7 hari mencintaiku baru tengok... aci dak? 😂😂😂
BalasPadamok a tu madam.. saya ni tak tengok lansung drama tv. hehe! update kat blog je
Padam