Cara Semak Samsung Original

11

Cara Semak Telefon Samsung Original. Siapa tak kenal jenama Samsung? Kini Samsung bukan sahaja dikenali dengan jenama barangan elektrik tetapi peneraju telefon pintar dunia. Kehebatan peranti Samsung diukur dari segi kualiti, design menarik, ciri/fungsi terkini, serta harga yang mampu milik.


Ciri-ciri itu yang membuatkan majoriti dari pengguna telefon pintar dunia mengguna jenama Samsung.  Di Malaysia pula, Samsung menjadi peneraju telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android. Jika tidak, mengapa mereka berani mengeluarkan beberapa model setiap tahun. Ini semua untuk memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkan ciri terkini selain setiap dengan jenama Samsung.


Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab menciplak peranti Samsung untuk mengaburi mata pelanggan. Lebih teruk, mereka mengambil kesempatan ke atas pelanggan yang tidak mempunyai pengetahuan tentang gajet dengan menjual telefon clone dengan harga original.

Ini sudah pasti menimbulkan rasa marah pengguna apabila telefon yang dibeli cepat rosak atau tidak berfungsi dengan baik.

Berkaitan: Huawei Honor 8 - Berkualiti dan Berbaloi

Cara Semak Samsung Original 

Mungkin fizikal telefon Samsung original dan palsu tidak dapat dipastikan jika dilihat dengan mata lasar. Tapi sebaik anda memegangnya, anda boleh kesan material yang digunakan tidak sebaik telefon tulen. Apatah lagi jika mengaktifkan telefon tersebut.

Anda boleh kesan jika peranti Samsung anda palsu melalui:
  • Skrin diperbuat dari kaca yang tidak berkualiti
  • Skrin tidak terang dan jelas seperti telefon asli
  • Butang sensor perlu ditekan dengan lebih kuat
  • Jarak antara butang home, power, dan volume, tampak tidak selari
  • Komponen berdekatan bateri peranti tidak sama seperti original
  • Telefon palsu tidak mempunyai cop yang sah
  • Kamera tidak berkualiti
  • Touch screen tidak lancar 
  • Bunyi speaker pecah
  • Packaging atau kotak telefon berkualiti rendah
  • Peniaga tidak menggalakkan anda menghantar telefon ke Samsung service center jika berlaku kerosakkan, sebaliknya memberitahu kedainya turut menyediakan servis sama.
Kenalpasti nombor IMEI Samsung

Setiap peranti Samsung mempunyai nombor siri tersendiri seperti IMEI (International Mobile Equipment Identity), MEID (Mobile Equipment Identifier), CDN, dan ICCID. Anda boleh temui nombor siri pada:

1. Di belakang telefon. Terdapat nombor Imei di belakang setiap telefon pintar Samsung.


2. Di bahagian Settings > General > About device > Status


3. Pada bateri. Untuk peranti Samsung yang dilengkapi bateri yang boleh dibuka, nombor model dan Imei telefon tertera pada bateri.


4. Kotak telefon. Setiap kota telefon original akan memaparkan informasi produk. Nombor Imei terletak di atas bar code.


Semak nombor Imei Samsung

Layari http://www.imeipro.info/samsung_imei_check.html dan masukkan nombor IMEI untuk semak sama ada peranti Samsung anda berada dalam pengkalan data.


Jika peranti anda original ia akan memaparkan informasi produk, namun jika sebaliknya, ini bermakna Samsung anda CLONE!

Entri sebelum ini - Ulasan Siri Stranger Things

Terima kasih kerana membaca  Cara Semak Samsung Original

Tags

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. tq for sharing.. at least dapat tau samsung original ke x. sbb busyra pengguna samsung. hehe

    ReplyDelete
  2. entah sampai sekarang saya kurang gemar dengan telefon jenama samsung

    ReplyDelete
  3. Samsung dah not in my list anymore.haha..sejak pakai Xiaomi ni dah rasa best dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samsung was never on my list. Walaupun berkualiti tapi saya team Oppo dan iPhone. hehe

      Delete
  4. Baru tahu ada web boleh semak nombor imei... Yg touch screen tu paling mudah nak tgk ori ke x kan

    ReplyDelete
  5. Tidak berapa berkenan dengan Samsung sebab ada pengalaman selepas setahun pakai dah lag. Stratergi marketing supaya keep up changing latest version.:(

    ReplyDelete
  6. nice sharing, tapi tak minat gak samsung

    ReplyDelete
  7. samsung aku original.

    itu yang penting.

    haha

    ReplyDelete
  8. Bleh dijadikan rujukan nk beli Samsung ni.. Walaupun dh xbrape mnat dgn samsung ni..huhu

    ReplyDelete
  9. Dah try tadi. Alhamdulillah nasib baik original. BTW info yang sangat bagus. Thanks tau!

    ReplyDelete
  10. mainkan pkv games dari indodewaqq untuk dapatkan bonus huang berlimpah, klik 180.215.200.34

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top