Senarai Rasmi Pemain JDT 2017. Liga Malaysia musim 2017 bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan
pastinya setiap pasukan telah pun membuat persediaan dari pengurusan
pasukan, kemudahan latihan, jurulatih, dan yang paling penting barisan
pemain.
Tumpuan semestinya terarah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang melalui musim yang membanggakan pada 2016 dengan merangkul gelaran juara Liga Super dan Piala FA. Meski pun gagal mempertahan kejuaraan Piala AFC, mampu mara ke separuh akhir sudah cukup menggembirakan penyokong.
Skuad JDT masih lagi memburu kejuaraan pada musim ini walaupun kehilangan penyerang berbisa mereka, Jorge Pareyra Diaz, kerana dilaporkan meminta gaji tinggi. Juan Martin Lucero dari Argentina yang dijual kepada kelab Mexico, dan Harris Harun pula dipinjamkan kepada kelab luar negara selama setahun.
Walaubagaimanapun pasukan kendalian Mario Gomez ini diperkuatkan oleh beberapa pemain import dan tempatan baru untuk bersaing dalam Liga M yang bakal bermula pada 20 Januari ini.
Berikut adalah senarai rasmi pemain yang bakal beraksi bersama JDT musim ini.
Senarai Rasmi Pemain JDT 2017
Penjaga gol
- Farizal Marlias
- Izham Tarmizi
- haziq Nadzli
Pertahanan
- Hasbullah Abu Bakar
- Marcos Antonio (Brazil)
- Aidil Zafuan
- S. Kunanlan
- Fazly Mazlan
- Fadhli Shas
- Dominic Tan
- Junior Eldstal
- Azrif Nasrulhaq
- Mahali Jasuli
Tengah
- Azamuddin Akil
- Afiq Fazail
- Amirul Hadi Zainal
- Safiq Rahim
- Gary Steven Robbat
- Safawi Rasid
- S. Chanturu
- R. Gopinathan
- Shakir Shaari
- Gonzalo Cabrera (Argentina)
Penyerang
- Hazwan Bakri
- Darren Lok
- Shahrul Azwari
- Brian Ferreira (Argentina)
- Jerónimo Barrales (Argentina)
Entri sebelum ini - Jadual Liga Super Kelantan 2017
Terima kasih kerana membaca Senarai Rasmi Pemain JDT 2017
dah skuad malaysia dah aku tengok.
BalasPadamhaha..
memang le.pasukan terbaik..
Padammesti terer2 ni
BalasPadamJDT terbaik
BalasPadamSorang kembar je rupanya yg jadi pemain Johor ek ..... Ingatkan dua dua sekali.
BalasPadamtahun lepas yang sorang tu dah blah..
Padamsebelum ni pun sorang tu main JDT II je
go JDT go...luaskan kuasamu ;)
BalasPadamtengok le musim ni..
BalasPadammampu bersaing atau tak.
pasukan lain pun mula hebat ni
i say dah tak sempat nak beli tiket piala sumbangsih, hihihi
BalasPadam