Siapa Kim Jong Nam. Tidak semena-mena nama Kim Jong-nam iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, menjadi tumpuan dunia selepas meninggal dunia. Kematian beliau menjadi bahan bualan dunia lebih-lebih lagi rakyat Malaysia kerana mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).
Jong-nam mati diracun oleh dua orang ejen wanita asing ketika berada di KLIA2 dan persoalan timbul apa motif beliau dibunuh dan mengapa di Malaysia? Nama Jong-nam hampir tidak diperkatakan sehinggalah kes pembunuhannya dilaporkan pada 13 Februari lalu.
Baca: Belajar Buat Blog
Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang mendiang Kim Jong-nam.
Baca: Belajar Buat Blog
Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang mendiang Kim Jong-nam.
Siapa Kim Jong Nam?
- Merupakan anak sulung mendiang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, hasil hubungan dengan aktres Song Hye Rim. Beliau juga abang tiri kepada pemimpin Korea Utara ketika ini iaitu Kim Jong-un.
- Sebagai anak sulung, beliau disebut sebagai pewaris bapanya sebagai pemimpin Korea Utara. Walaubagaimanapun, sebelum bapanya meninggal pada 2011 lagi dia terpaksa hidup dalam buangan.
- Sejak dari itu Jong-nam bagaikan pelarian dan terpaksa bersembunyi dari adik tirinya Jong-un yang menganggap Jong-nam sebagai ancaman untuk merampas takhtanya sebagai pemimpin Korea Utara.
- Sejak dilahir pada 1971 lagi, Jong-nam disembunyikan bapanya kerana datuknya tidak merestui hubungan Jong-il dengan aktres.
- Jong-Nam menyambung pelajarannya di Universiti Kim Il-Sung sebelum berkhidmat untuk Tentera Rakyat Korea (KPA) sehingga dia dilantik sebagai pegawai tinggi di Kementerian Keselamatan Awam pada tahun 1998
- Jong-nam turut mengetuai projek pembangunan teknologi maklumat Korea Utara dan pernah menemani bapanya ke Shanghai pada Januari 2001 untuk membincangkan hal berkaitan sektor teknologi maklumat.
- Beliau pernah ditahan beberapa kali kerana mendapati menggunakan passport palsu. Ketika ditahan di Tokyo, beliau menjelaskan kepada imegrese yang beliau hanya ingin melawat Disneyland. Setelah disiasat, Jong-nam merupakan pelanggan tetap spa-spa di Yoshiwaran yang terkenal dengan kawasan pelacuran.
- Malu dengan perbuatan Jong-nam, bapanya membatalkan lawatan ke China dan mengusir Jong-nam ke Macau.
- Selepas kematian mengejut bapanya pada 2011, jawatan pemimpin negara diserahkan kepada adik tirinya padahal Jong-nam lebih berhak.
- Dalam satu temubual Jong-nam menjelaskan namanya digugurkan dari pewaris kerana beliau lebih cenderung untuk melakukan reformasi selepas menerima pendidikan di Switzerland. Beliau dianggap membawa pemikiran Kapitalism.
- Melalui buku biografinya, "My father, Kim Jong-il, and Me", beliau dengan lantang mempersoalka kewibawaan Jong-un dalam memerintah Korea Utara. Katanya, rejim pimpinan Jong-un akan tumbang dalam masa terdekat kerana adiknya terlalu muda dan tidak mempunyai pengetahuan luan dalam bidang pentadbiran.
- Jong-nam meningalkan Macau pada 2012 selepas mendapati perisik Korea Utara ditangkap dan mengaku menerima arahan untuk membunuhnya pada 2010. Malah, terdapat beberapa percubaan untuk membunuhnya selepas kematian Jong-il.
- Jong-nam sering berada di Singapura dan macau sebelum dikesan berada di Malaysia pada 2014. Ketika dibunuh di KLIA2, Jong-nam dipercayai memasuki Malaysia menggunakan pasport Diplomatik atas nama Kim Chol.
Sumber: Astro Awani
Entri sebelum ini - Ulasan Filem Hacksaw Ridge
Terima kasih kerana membaca Siapa Kim Jong Nam
Kisah sedih untuk pemimpin yang dalam buangan.. Nyawa dalam taruhan
ReplyDeletePerempuan tu dengar2 dibayar untuk buat prank tapi sebenarnya bagi racun kepada Jong-Nam.. betul ke?
ReplyDeletemacam-macam, semoga PDRM kita bijak tangani masalah ni
ReplyDeleteHebat juga diorang ni kan. Boleh main racun kat tempat awam macam tu je
ReplyDeletefuhhh..ingatkan kisah mcm ni dlm.movie je..kat luar pun ada mcm ni...tp rasanya mcm suku sakat dia juga yg upah utk kematiannya
ReplyDeletethanks for info...
Macam-macam versi kes kematiannya... moga semuanya terungkai dan selesai dengan baik...
ReplyDeleteRasanya adik dia sendiri yang jadi master mind. Mungin sebab saya banyak terpengaruh dengan cerita cerita risikan ni he be.
ReplyDeleteMacam pelik pula.. Dalam banyak2 negara di dunia, kenapa berlaku di Malaysia? KOnspirasi apa pula n?
ReplyDeleteSeram baca...harap isu ini dpt diselesaikan dengan segera
ReplyDeleteboleh katakan jangan2 main dengan isu mcm ni..
ReplyDeleteberkait dengan keselamatan negara..