Lazada Birthday Blogger Contest

9

Lazada Birthday Blogger Contest. Kalau nak tahu pada bulan Mac merupakan birthday Lazada yang ke-5! Sepanjang lima tahun bertapak, Lazada menjadi peneraju e-dagang Malaysia dan Asia Tenggara walaupun bersaing dengan banyak portal beli-belah seumpanya.

Lazada menjadi pilihan kerana menawarkan barangan pada harga murah dan kualiti servis yang baik. Saya sendiri pernah beberapa kali beli barang di Lazada, contohnya jam tangan Casio, dua handbag jenama Mango, buku, pendrive, dan lain-lain. Sangat berpuas hati dengan kualiti produk dan servisnya.

Why do I love Lazada?

Murah - Sebab apa lagi kalau bukan kerana harga yang berpatutan! Produk yang dijual jauh lebih murah dari kedai fizikal. Jika browsing Lazada mesti makan masa lama sebab terpukau dengan potongan harga yang diberikan.
A post shared by nikkhazami (@nikkhazami) on

Lagi seronok kalau guna aplikasi Lazada pada smartphone. Tengah baring pun boleh window shopping. Tu tak cerita lagi pasal promosi dan jualan murah yang berjalan sepanjang tahun!

Berkaitan: Cara Shopping di Lazada

Laman web mesra pelanggan - Laman Lazada sendiri cukup menarik dan kemas. Setiap produk disusun mengikut kategori dan mudah dicapai pelanggan baru serta sentiasa menekankan promosi yang sedang berjalan. Ciri mesra pelanggan ini lebih memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian.

Produk idaman?

Memandangkan saya bercadang nak pindah bilik, tiga produk untuk melengkapkan bilik baru adalah:


Apa yang diperlukan oleh sorang blogger? Home office! Cukup tertarik dengan design meja ni, nampak moden dan kemas.


2. PU Leather Swivel Office Chair (White)   

You are the chair to my desk! Kerusi yang lembut dengan arm rest sangat membantu kalau nak duduk depan komputer berjam-jam.



3. LG 43" Smart Full HD LED TV 43LH570T   

First of all, I don't watch tv that much. Tapi memandangkan ini merupakan smart tv, jadi boleh la saya tonton Youtube dan movie pada skrin besar. Mana tahu kot-kot nak subscribe Netflix, boleh ber-Netflix and chill!


Improvements?

Setakat ni saya memang tak ada masalah dengan Lazada, cuma untuk menambah baik kualiti servis, Lazada perlu improve:

Packaging - Supaya barang tidak rosak semasa proses penghantaran.
Khidmat pelanggan - Memberi respon yang pantas terhadap masalah yang dihadapi pelanggan.

HAPPY BIRTHDAY LAZADA! Semoga kekal menjadi peneraju e-dagang Malaysia dan terima kasih kerana sentiasa berusaha dalam memenuhi permintaan pelanggan.


Lazada memang selalu anjurkan contest untuk blogger, yang pernah menang sebelum mesti tahu hadiah memang best! Kali ni kalau menang dapat voucher! Cepat join sebelum 23 Mac! Untuk maklumat lanjut rujuk sini >> http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Entri sebelum ini - Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus

Terima kasih kerana membaca Lazada Birthday Blogger Contest

Tags

Catat Ulasan

9Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Selamat hari lahir lazada ! Boleh tahan wishlist ni.. memang ciri2 wishlist seorang blogger yang berjaya.

    Wishlist ke3 tu pun menarik. Mungkin saya kena tukar wishlist saya balik :D

    Semoga berjaya !

    BalasPadam
  2. TV 43 inci tu pun saya nak la letak dekat rumah! rumah saya ada tv kecik ja hehehe. Good luck nik, saya pun join juga benda ni hehe.

    BalasPadam
  3. macam nak beli je smart tv tu..hohoo

    BalasPadam
  4. semoga berjaya dalam kontest tersebut...

    memang tidak dinafikan Lazada memudahkan orang Shopping...

    BalasPadam
  5. Moga-moga makin sukses la Lazada ni. Pastu bolehlah naikkan lagi komisen untuk affiliate ha3

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top