Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia. Samsung terkenal dengan sikap mereka yang sering mengeluarkan peranti terkini dan tidak perlu menunggu terlalu lama melihat produk dan teknologi baru. Terbaru, Samsung memperkenalkan dua telefon pintar berkuasa tinggi baru iaitu Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus.
Samsung kali ini bukan sahaja hadir dengan teknologi yang dipertingkatkan dan beberapa ciri baru, tetapi reka bentuknya turut diinovasi.
Ciri utama yang menarik perhatian adalah skrin S8 (5.8inci) dan S8+ (6.2 inci) dengan paparan 'Infinity Display' iaitu 80% skrin pada badan. Ia seolah-olah memenuhi impian pemilik telefon pintar yang selama ini mahukan skrin penuh dan tampak futuristik.
Spesifikasi Samsung S8 dan S8 Plus
Skrin
Samsung masih lagi mengekalkan rekaan tradisi mereka walaupun terdapat perubahan besar di bahagian hadapan. Tiada lagi butang 'Home', 'Back', dan 'Multitasking', kerana ketiga-tiga butang ini kini berada di atas skrin. Tidak dinafikan Infinity Display ini menjadikan S8 tampak elegen, segar, dan memberikan pengalaman paparan yang hebat sewaktu menonton video kerana ia tidak berbingkai.
Reka bentuk
Skrin lengkung atau 'edge' seperti sudah menjadi trademark Samsung. Rekaan kompak kedua-dua peranti ini membolehkan ia dikendalikan dengan sebelah tangan sahaja. S8 dan S8+ turut hadir dengan pengimbas cap jari yang terletak di belakang telefon bagi memudahkan pengguna mengakses peranti ini.
Kamera
Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuklah kamera premium 8MP F1.7 Smart autofocus sebagai kamera hadapan Galaxy S8 dan kamera belakang turut dikuasakan dengan 12MP F1.7 Dual Pixel bagi hasil gambar terbaik berbanding telefon dalam siri S sebelum ini.
Perbezaan antara S8 dan S8 Plus
Apa yang membezakan antara kedua-dua peranti ini adalah saiz dan kapasiti bateri sahaja.
Galaxy S8
|
Galaxy S8+
|
|
Sistem
Operasi
|
Android 7.0
|
|
Rangkaian
|
LTE Cat. 16*
*May differ by markets and mobile
operators
|
|
Skrin,
Berat
|
148.9 x 68.1 x 8.0 mm, 152g
|
159.5 x 73.4 x 8.1 mm, 173g
|
Pemprosesan
|
Octa core (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad), 64 bit, 10 nm
process
Octa core (2.35GHz Quad + 1.9GHz
Quad), 64 bit, 10 nm process
*May differ by markets and mobile
operators
|
|
Memori
|
4GB RAM (LPDDR4), 64GB (UFS 2.1)
*May differ by markets and mobile
operators
|
|
Skrin
|
5.8” (146.5mm)1 Quad HD+
(2960x1440), (570ppi)
|
6.2” (158.1mm)1 Quad HD+
(2960x1440), (529ppi)
|
kamera
|
Belakang: Dual Pixel 12MP OIS (F1.7),
Hadapan: 8MP AF (F1.7)
|
|
Bateri
|
3,000 mAh
|
3,500 mAh
|
Pengecasan pantas dengan menggunakan
wayar atau tanpa wayar.
|
||
Connectivity
|
Wi-Fi
802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5GHz), VHT80 MU-MIMO, 1024QAM
Bluetooth®
v 5.0 (LE up to 2Mbps), ANT+, USB Type-C, NFC,
Location (GPS, Galileo*, Glonass,
BeiDou*)
*Galileo and BeiDou coverage may be
limited.
|
|
NFC
|
Disediakan.
|
|
Sensor
|
Accelerometer, Barometer, Fingerprint
Sensor, Gyro Sensor,
Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Heart Rate Sensor, Proximity Sensor,
RGB Light Sensor, Iris Sensor,
Pressure Sensor
|
|
Audio
|
MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV,
WMA, AMR, AWB,
FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY,
RTTTL, RTX, OTA, DSF,
DFF
|
|
Video
|
MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI,
FLV, MKV, WEBM
|
Pemprosesan
S8 dan S8 Plus adalah peranti berkuasa tinggi yang menggunakan cip teknologi 10nm lapan teras. Memori 4GB RAM dan kapasiti storan 64GB yang menggunakan format UFS 2.1, menjadikan peranti ini yang terpantas dan cekap di pasaran.
Interface/Antaramuka
Setelah menerima banyak rungutan dari pengguna, Samsung akhirnya menggunakan interface TouchWiz yang lebih minimalis dan segar. Ia cukup berbeza dengan Grace UX yang digunakan Samsung sebelum ini.
Bixby
Selain itu, Samsung turut membawakan teknologi baru pada peranti iaitu pembantu maya, Bixby, yang beroperasi umpama Google Now.
Harga
Harga Samsung Galaxy S8 (RM3299) dan S8+ (RM3699) dan pre-order akan boleh dibuat bermla 11 April 2017
Entri sebelum ini - Masalah Beli-Belah Secara Online
Terima kasih kerana membaca Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia
Terima kasih kerana membaca Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia
mau koyak jugak poket kalau nak beli ni.. mesti harga dalam range dkt rm 3k nih.. huhuhuhu
BalasPadamSamsung mendahului Apple Iphone dalam penjualan telefon...
BalasPadamsiapa yang mampu dan perlu boleh usha-usha untuk mendapatnya..
Antara masalah Apple/iphone inovasi mereka semakin kurang sejak ketiadaan Steve Job. Kalau nak tambah beberapa features je keluar dah iphone baru.
Padamdari segi laptop pun kalau kita tengok apple jauh ketingalan dengan Microsoft dengan Microsoft mengeluarkan Microsoft Surface Studio yang mana merupakan produk yang kreatif.
Seperti yang kita bincang kat Denai Hati, jenama merupakan antara perkara paling penting bagi sesorang/company. Orang tetap akan beli.
Samsung semakin meningkatkan kuasanya dalam industri gajet dengan memperkenalkan rekaan terkini
BalasPadamsaya dah tak suka samsung, kuat hang
BalasPadamwah. ada gak lalu lalang iklan s8 ni kat timeline fb aida.
BalasPadamhmmmm menarik!
Keinginan ada..tapi harga 3 ribu lebih..tu yang terus kuburkan impian hanya mampu melihat
BalasPadamTu dia harga.. tapi kalau dah suka baikla dipinang aje..
BalasPadam