Kelebihan Instagram Live untuk Bisnes Online. Instagram sebelum ini mula menyokong Instagram Live dan ia menjadi popular sejak diperkenalkan pada November tahun lalu. Fungsi ini membolehkan pengguna berkongsi video dan berinteraksi pada masa nyata atau secara langsung sama seperti aplikasi lain yang menawarkan fungsi sama.
Instagram kini sudah menjadi antara laman sosial paling banyak dimuat turun. Aplikasi ini ringkas dan cukup mudah digunakan. Ia bukan sahaja digunakan untuk berkongsi gambar dengan pengikut, tetapi sebagai platfom berniaga.
Jika anda menjalankan bisnes di Instagram, tahukah yang Instagram Live boleh mengangkat strategi pemasaran bisnes anda ke peringkat seterusnya? Websitebuilder telah membuat kajian dan terbukti berkesan. Rujuk https://websitebuilder.org/resources/139-facts-about-instagram-one-should-be-aware-of-in-2017/ untuk lihat perkembangan dan statistik Instagram.
Untuk bisnes, Instagram Live menghubungkan komuniskasi dua hala dengan lebih nyata antara pengikut dan pelanggan tidak kira di mana anda berada. Ia seolah-olah anda berdepan secara 'face to face'.
Berkaitan: Waktu Terbaik Update Instagram
Berikut merpakan beberapa cara mudah menggunakan Instagram Live untuk mengembangkan bisnes online anda!
3 Kelebihan Instagram Live untuk Bisnes Online
Berinteraksi / Sesi Q&A
Setiap video yang disiarkan secara langsung mempunyai ruangan komen dibahagian bawah. Ini membolehkan penonton meninggalkan komen untuk bertanyakan tentang produk yang dijual dan anda membalasnya dalam sekelip mata. Jangan lupa untuk memberitahu yang anda bakal adakan sesi LIVE bagi mengelakkan mereka ketinggalan.
Apa yan anda boleh lakukan ketika penstriman? Promosi, demonstrasi, dan tutorial. Memandangkan Instagram Live tidak mempunyai had waktu, anda boleh melakukan penstriman selama mana yang ada mahu. Penjual hijab, scarf, inilah peluang anda untuk buat tutorial belit-belit tudung. Heee! Cuma pastikan buat persediaan awal seperti memasang tripod dan mempunyai pencahayaan yang baik supaya penonton boleh menyaksikan penstriman yang berkualiti.
Disebalik tabir
Disebalik tabir
Pelanggan sering lihat, like, dan komen gambar yang anda muat naik di Instagram. Tapi mereka tidak pernah tahu apa yang berlaku di belakang tabir. Tentang bagaimana kedai online anda beroperasi. Bukankah ini boleh menambahkan keterujaan pelanggan jika mereka boleh lihat bagaimana dibuat? Tunjukkan kepada mereka individu-individu yang berkerja keras dalam memastikan bisnes anda berjalan lancar. Lebih menarik, proses yang dilalui sebelum produk sampai ke tangan pembeli!
Gunakan kreativiti, tampil lain dari pesaing anda dan gunakan kesemua fungsi yang ada pada media sosial dengan sebaik mungkin. Kerana the secret to success lies in creativity!
Artikel sebelum ini - Sinopsis Menanti Februari
Terima kasih kerana membaca 3 Kelebihan Instagram Live untuk Bisnes Online
minat juga nak buat
BalasPadamPada pendapat peribadi saya, semua platform ada kelebihan. Facebook, blog, dan Instagram. Kalau dalam instagram ni dia lebih menumpukan pada fotografi. Rasa seronok dan teruja tengok barang yang kita terigin sangat tu. Dan yang paling best, Instagram simple, tak banyak iklan lain yang menyaratkan feed kita.
BalasPadamWaaaaa menarik ni..
BalasPadamGood info.
very good info..sekarang memang perlu terokai pemasaran video atau live ni
BalasPadamSopak Ada Penawarnya
dah lama tak main Instagram...biasalah nak save data
BalasPadamtapi live ig ni dia tak simpan . mcm kat FB. huhu
BalasPadamsekarang dah boleh save.
Padambanyak penambahbaikan. saya kurang fokus kat ig.
PadamMenarik info yang dikongsi Nik Khazami ni. terima kasih yer.. nanti akak cuba buat live masak2 heeee..
BalasPadamAkaun sy entah apa2 je..rasa nak buat baru je
BalasPadamtak payah buat baru kak. delete je gambar2 sebelum ni
PadamiG live belum penah try huhu.. Facebook live dah berkali2 huhu... followers berapa kerat je huhu
BalasPadamInfo yg baik & manfaat.. terima kasih share. Baru je tahu. Mohon share ya
BalasPadamTeringin nak buat..tapi macam segan pulak..follower pun ciput je
BalasPadamBest lah dah boleh buat instagram LIVE macam fesbuk
BalasPadam