Senarai Taman Tema Di Malaysia. Siapa cakap Malaysia ni tak ada tempat percutian menarik? Kita asyik mengagungkan negara luar yang mempunyai tempat menarik, tapi negara kita sendiri tidak kurang hebatnya.
Kalau sebut tentang tempat percutian menarik di Malaysia kita sering bayangkan keindahan pulau, makan best, lokasi bersejarah, tempat shopping murah........ Tapi tahukan anda Malaysia mempunyai banyak taman tema menarik dan antara yang terbaik di dunia?
Taman tema boleh dikatakan memenuhi keperluan percutian keranan pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu atau cuti sekolah. Selain itu taman tema sesuai dikunjungi oleh semua golongan.
Jom tengok senarai antara taman tema menarik yang ada di Malaysia.
Taman Tema di Selangor
Sunway Lagoon
Antara taman tema yang paling lama beroperasi di Malaysia. Sunway Lagoon dibuka sejak 1993 dan telah melalui banyak penambah baikkan dengan menambah beberapa tarikan baru buat pengunjung. Sunway Lagoon mempunyai beberapa tarikan menarik termasuklah berenang di pantai buatan, The Wildlife Park, The Scream Park, bungee jump, Extreme Park, selain tarikan utamanya, kolam renang yang luas.
Water World (i-City)
Ramai yang menyangka i-City cuma mempunyai taman bercahaya sahaja. Tetapi terdapat sebuah taman tema air iaitu Water World.Tarikan yang paling popular adalah Tornado Ride. Ia merupakan corong air setinggi 160 kaki yang pasti mencabar adrenaline setiap pengunjung. Kalau nak tahu Tornado Ride adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.Wet World Shah Alam
Antara taman tema air yang paling besar di Malaysia. Wet World Shah Alam menawarkan keseronokkan berganda buat seisi keluarga. Terdapat pelbagai tarikan di dalamnya seperti Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River, dan Kiddy Typoon Lagoon.
Harga tiket Wet World Water Park Shah Alam
- Kanak-kanak: (90cm - 130cm) RM 30
- Dewasa: 130cm dan ke atas RM 35
Asian Water Sports Village, Puchong
Okay, ini lain dari yang lain. Taman tema ini lebih menjurus kepada sukan air yang mencabar adrenaline. Permainan yang ditawarkan memang mencabar. Di sini anda boleh cuba aqua flying, turbo blasting, kayaking, jet skiing/drifting, lake swimming, fishing, dan sand sculpting.Harga tiket:
Weekdays: RM134/pax (Promo: RM39/pax)
Weekend & holidays: RM180/pax (Promo: RM49/pax)
Morib Gold Coast Resort
Nama taman tema air di Selangor ini sudah tidak asing lagi. Morib Gold Coast Resort bukan sahaja memiliki keseronokkan theme park, bahkan menawarkan resort mewah buat pengunjung. Terletak di Banting, ia mempunyai lebih 400 buah bilik yang memenuhi keperluan anda.
Uniknya, bilik-bilik hotel ini mengelilingi sebuah taman tema air yang dipanggil Water Amusement Park Resort. Selain itu, anda juga dapat menikmati pemandangan Selat Melaka yang indah.
Anda boleh menempah di Agoda untuk harga terendah. Tempah di sini - Agoda
Taman tema di Melaka
Gold Coast Melaka International Resort
Seperti Morib Gold Coast Resort, Gold Coast Melaka juga menawarkan percutian di dalam taman tema air. Saya pasti kanak-kanak akan gembira jika bercuti di sini kerana water park nya dibina seakan sebuah taman permainan di dalam air.Pelbagai keseronokkan yang boleh ditemui di sini seperti pelbagai jenis gelongsor yang mengujakan dan pantai berserta ombak buatan. Gold Coast Melaka water theme park ini dikelaskan sebagai percutian sempurna buat anak-anak.
Anda boleh menempah di Agoda untuk harga serendah RM104. Tempah di sini - Agoda
A'Famosa Resort
Melaka bukan hanya mempunyai lokasi tinggalan sejarah sahaja tetapi memiliki taman tema iaitu A'Famosa Resort yang mengambil nama sempena kubu Portugis yang terletak di negeri itu. Selain taman tema air yang menjadi terikan utama, A'Famosa Resort turut menawarkan padang golf, Animal World Safari, dan Cowboy Town.Tarikan utama adalah A' Famosa Water Park yang mempunyai 4 permainan utama yang menarik iaitu Family Raft Slide, Inner Tube Slide, Body Slide, dan High Speed Slide.
Anda tidak perlu risau keselamatan kanak-kanak kerana terdapat kolam khas berair cetek buat golongan ini.
Harga tiket A Famosa Water Park:
Kanak-Kanak - RM32
Dewasa - RM36
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Merupakan tarikan terbaharu pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara. Kolam renang di sini agak luas, bahkan mempunyai pantai dan ombak buatan yang tidak kurang hebatnya. Pelbagai jenis gelongsor yang tersedia di sini pasti menambahkan lagi keceriaan percutian anda di Melaka Wonderland.
Harga tiket Melaka Wonderland:
- Kanak-kanak - RM34
- Dewasa - RM40.50
- Warga emas/OKU - RM22.50
Taman Tema di Johor
Legoland
Legoland merupakan taman tema antarabangsa di Malaysia. Dibuka secara rasmi pada September 2012, Legonlan menerima ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara setiap tahun. Mana tidaknya, taman tema yang diinspirasikan dari mainan kanak-kanak ini mempunyai kira-kira 80 tarikan termasuklah Legoland Park, Water Park, dan Legoland Hotel.Harga tiket Legoland 2018:
Hello Kitty Town
Tidak jauh dari Legoland, terdapat sebuah lagi taman tema dari kartun popular iaitu Hello Kitty Town. Tiada taman tema air di sini, sebaliknya menempatkan permainan indoor, muzium, dan kafe. Kesemua item di sini bertemakan Hello Kitty.Terletak di Nusajaya, taman tema ini pasti memberikan keseronokan terutamanya kanak-kanak perempuan.
Harga tiket Hello Kitty Town:
Hello Kitty - RM85
Thomas Town - RM85
Kombo (Hello Kitty + Thomas Town) - RM125
Little Big Club
Little Big Club adalah sebahagian daripada Hello Kity Town. tetapi taman tema ini bertemakan siri animasi Bob The Builder, Pingu, Angelina Ballerina, dan Barney and Friends. Kanak-kanak psti akan teruja apabila dapat memasuki dunia dan berinteraksi dengan kartun yang selama ini mereka tonton di kaca tv.Harga tiket Little Big Club:
- 3 tahun dan ke atas - RM85
- Kombo: Hello Kitty + Thomas Town - RM125
Wet World Batu Pahat
Ini merupakan sebuah lagi taman tema air di Johor. Ramai penduduk tempatan memilih untuk beriadah di sini. Ini kerana ia adalah satu satunya taman tema air di Johor yang murah. Mula beroperasi sejak tahun 2000 ini, Wet World Batu Pahat tidak mengecewakan.Ia memiliki tarikan menarik seperti pantai buatan, aneka gelongsor, banana bot, air pancut, dan menaiki padel bot di tasik buatan.
Harga tiket Wet World Johor:
- Kanak-kanak - RM16
- Dewasa - RM18
Angry Birds Activity Park
Dibuka pada 2014, taman tema Angry Birds ini adalah yang pertama di Asia Tenggara. Diinspirasikan dari permainan video popular, Angry Birds Activity Park yang terletak di dalam pasaraya Komtar Johor Bahru City Center (JBCC) ini 24 permainan yang setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri. Peminan permainan video Angry Birds pasti tidak mahu melepaskan peluang merasai pengalaman seolah-olah berada dalam permainan tersebut.Taman Tema di Kedah
The Carnival Water Theme Park
Ini adalah satu-satunya taman tema yang anda boleh temui di Kedah. The Carnival Water Theme Park terletak di Sungai Petani dan menempatkan pelbagai keseronokkan untuk anda seisi keluarga.Antara tarikan yang ada di sini adalah;
- Wave Pool
- Lazy River
- Tube Slider
- High Speed Slides
Selain kolam renang, anda turut berpeluang menunggang kuda, bermain mini golf, dan wall climbing. Taman tema air di Kedah ini memang popular dan dipenuhi orang ramai khususnya pada hujung minggu.
Taman tema di Pahang
Genting Highland
Taman tema paling popular di Malaysia. Oleh kerana kedudukannya yang terletak di tanah tinggi, Genting Highland bersuhu rendah dan menjadi pilihan pengunjung yang ingin menikmati cuaca sejuk. Dinamakan sebagai taman tema indoor pertama di dunia, Genting Highland mempunyai pelbagai aktiviti menarik seperti kereta kabel, Haunted Adventure, The Snow World, dan sering menjadi venue persembahan oleh penghibur antarabangsa.Anda boleh baca di artikel berkaitan Taman Teman Genting di TeamTravel untuk lebih pencerahan.
Gambang Waterpark
Tiga tarikan utama yang menjanjikan keseronokan tersendiri iaitu Taman Safari, Taman Air dan aktiviti rekreasi. Selain taman air yang luas, Gambang Waterpark turut menawarkan pemanduan ATV, paintball, flying fox, sky trail, memanah dan cabaran balapan berhalang. Taman tema terbesar di Pantai Timur ini turut mempunyai resort yang bertemakan Arabian dan Caribbean Bay.Taman tema di Kuala Lumpur
Berjaya Times Square
Dengan keluasan 130,000, ia menjadikan Berjaya Times Square sebagai taman tema indoor terbesar di Malaysia. Terletak di aras 5 hingga 7 dalam kompleks membeli-belah, ia mempunyai pelbagai jenis permainan dan keseronokkan untuk seisi keluarga.Taman tema di Perak
Lost World of Tambun
Bukan main banyak lagi theme park di Malaysia. Boleh dikatakan setia negeri. Taman tema yang kami senaraikan di atas memang terbaik dapat menjadi tempat untuk anda menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga.
Terima kasih kerana membaca Senarai Taman Tema Di Malaysia
Menarik ni.. Kena cuba satu2 baru la orang kata cuti2 malaysia..hoho
BalasPadamsekarang tgh plan nak gi ke gambang waterpark pahang.. tempat nampak sangat menarik..hehehe
BalasPadamGambang tu mmg best...recommanded la. Seharian dok sana dr awal pg sampai kul 7.
BalasPadamsaya cuma pernah pergi Sunway Lagoon...
BalasPadamtempat yang lejen juga tu.
sama la. pastu desa water park. sekarang dah tutup kan..
PadamAda 3 tempat tak pergi lagi angry bird, tambun dengan gambang waterpark..
BalasPadambanyak lagi tempat saya belum gi. huhuh
BalasPadamBanyaknya taman tema yang belum sampai lagi. Sunway lagoon je yang dah masuk
BalasPadamPernah pergi yg Gambang waterpark je. Anak2 seronok sekali
BalasPadamBanyak juga ya team park dekat malaysia ni.
BalasPadam