Sinopsis Menanti Februari di Tv3

8
menanti februari

Sinopsis Menanti Februari di Tv3. Slot Samarinda Tv3 sekali lagi membawakan drama menarik bertajuk MENANTI FEBRUARI buat tontonan penonton setia saluran nombor satu Malaysia bermula 3 April 2017. 

Mendapat sentuhan pengarah Ayie Mustafa, drama Menanti Februari menampilkan pelakon terkenal seperti Zul Ariffin, Fathia Latiff, dan Afiq Muiz. Turut membantu Wan Nor Azlin, Riz Amin, Juedian Omar, dan Dato Rahim Razali.

menanti februari

Drama bersiri 16 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di Tv3. 

Sinopsis drama Menanti Februari di Tv3

Mengisahkan Arie dan Fiza yang disatukan atas dasar cinta. Perkahwinan ini menyebab Edi, rakan memendam rasa kerana dia turut menaruh perasaan terhadap Fiza. Namun perkahwinan yang diimpikan Fiza tidak kesampaian kerana Arie terlalu taksub dengan kerjaya sehingga mengabaikan isterinya. 

drama menanti februari

Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku pada bulan Februari. Arie kemudian ditakdirkan hilang ketika kemalangan di lautan. 6 bulan kemudian, Fiza dan Edi menjadi semakin akrab dan mereka dinikahkan. 

Tidak semena-mena, Arie ditemui selamat dan terpaksa berdepan dengan isterinya yang telah berkahwin dengan kawan baiknya sendiri...

 Lagu tema/ OST: iam Neeta - Sakit

Artikel sebelum ini - Sinopsis SHH I Love You

Terima kasih kerana membaca - Sinopsis Menanti Februari di Tv3
Tags

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Fathia berlakon..

    memang best..

    wajah yang cantik dan ada bakat..

    terbaik la

    ReplyDelete
  2. waa macam best,dah 2 hari terlepas ni , esok mesti tengok. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  3. lama x layan drama..boleh tengok ni nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa boleh layan..

      pasti memghiburkan..

      Delete
  4. Menanti februari tapi dia tanyangkan bulan April? hahaha

    ReplyDelete
  5. macam pernah tau sinopsis macam ni tapi cerita lain...rasa macam movie pearl harbour.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Berkemungkinan drama ni akan meningkatkan lagi populariti fathia.

    ReplyDelete
  7. cerita dah terlambat tayangannya..

    sekarang dah bulan 4

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top