Tempat Shopping dan Hotel Menarik di Kuala Lumpur

4

Tempat Shopping dan Hotel Menarik di Kuala Lumpur. Cuti hujung minggu dan cuti pendek kebiasaannya dihabiskan dengan menonton televisyen di rumah. Ini kerana kita pasti akan bayangkan tiket penerbangan, road trip yang memenatkan, dan bila sebut sahaja 'bercuti' kita akan bayangkan percutian ke luar negara.

Dek kerana tekanan di tempat kerja membuatkan anda malas untuk merancang percutian. Tapi dalam masa yang sama anda ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Tak perlu pergi jauh-jauh sebab masih banyak tempat percutian di Malaysia, dan salah satunya negeri yang menarik adalah Kuala Lumpur


You are already in KL? Perfect! Baca entri ni sampai habis kerana ia mungkin memberi idea kat mana nak bercuti nanti.

Tempat menarik di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur is the beating heart of Malaysia. Kota raya ini sentiasa sibuk baik siang atau malam. Mana tidaknya bandar ini memiliki banyak lokasi menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.


Plan nak bawa anak-anak belajar sambil berseronok? Tempat seperti Aquaria KLCC, Petrosains, Zoo Negara, Kidzania tersedia buat anda. Proses pembelajaran menjadi seronok buat anak-anak korang, mana tidaknya sambil belajar, sambil have fun.

Tempat shopping

Selain banyak tarikan menarik, Kuala Lumpur juga dalah syurga membeli-belah! Bunyinya agak klise tapi lambakkan shopping mall dan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan menyebabkan kenapa KL mendapat gelaran itu. Buat shopaholic, di sinilah 'heaven' buat anda. Cakap je barangan apa yang anda nak, pasti ada di KL.


Jika inginkan barangan berjenama antarabangsa, pusat membeli-belah seperti Midvalley Megamall, Pavillion mall, Berjaya Times Square, Suria KLCC, dan One Utama adalah tempatnya.

Ataupun kalau berhasrat nak shopping dan mencari barang pada harga yang murah, berkunjunglah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). Lokasi ini cukup popular dengan deretan kedai yang menawarkan pelbagai jenis barang keperluan seperti baju kurung, tudung, handbag, kasut, jeans, dan lain-lain. Paling penting ia dijual pada harga runtuh. Siapa sahaja yang datang ke Jalan TAR pasti akan rambang mata!


Hotel  Seri Pacific Kuala Lumpur

Alright, enough said about tempat menarik di Kuala Lumpur, let's talk about penginapan dan hotel di bandar yang tidak pernah sunyi ni. Seperti yang anda sedia maklum, kota raya ini memang sentiasa menjadi tumpuan dan pastinya industri perhotelan berkembang pesat demi menampung jumlah pelancong yang ramai.

Berkaitan: Pengalaman Menonton Aksi Man United di Old Trafford

Dari hotel bajet untuk backpackers hinggalah yang bertaraf lima bintang. Tapi jika anda mahukan penginapan yang selesa, tidak ada salahnya sekali sekala berbelanja lebih untuk menginap di tempat yang mewah seperti di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.


Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur menjadikan hotel ini strategik kerana dekat dengan pelbagai kemudahan terutamanya pengangkutan awam. Untuk mengetahuan, anda hanya perlu mengambil masa kurang dua minit sahaja untuk ke stesen LRT. Jika memilih untuk menaiki komuter, anda hanya berjalan selama lima minit sahaja untuk ke stesen komuter. Pengangkutan awam di Kuala Lumpur meman menjadi pilihan kerana tidak perlu menempuh kesesakkan lalu lintas terutamanya pelancong yang tidak biasa di bandar ini.

Apa yang menarik di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur?

Berkonsepkan modern dan mewah, jadi interior design hotel ni memang kelihatan sungguh elegan. Terdapat empat jenis bilik yang boleh dipilih oleh tetamu hotel ni seperti superior room, deluxe room, club floor, dan suites.


Selain bilik-bilik yang disediakan mempunyai ruang yang selesa anda pasti terpukau dengan dekorasi yang menghiasi setiap tingkat dan sudut hotel ini.

Bukan itu sahaja, fasiliti yang ditawarkan buat pengunjung tidak kurang hebatnya. Dilengkapi dengan swimming pool bersama ruang santai yang saya yakin boleh merehatkan minda setelah penat berkerja. Bagi anda yang gemar bersenam, jangan risau kerana jadual workout anda tidak terusik biarpun sedang bercuti. Hotel ini menyediakan gimnasium, yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan gym. Lagi satu kat sini ada menyediakan khidmat spa jadi pada sesiapa yang badan terasa lenguh dan perlukan urutan boleh la ke Tirta spa.


Seri Pacific Kuala Lumpur ni highly reccomended. Jika anda berminat untuk menempah hotel ni, Saya cadangkan membuat tempahan di Traveloka.com.  Kat situ siap ada Seri Pacific Hotel price and promotion. Memang murah kalau korang buat tempahan melalui Traveloka. Kalau nak di bandingkan dengan membuat booking direct trough hotel tu sendiri. Review dan pengalaman mereka yang pernah menginap di Hotel Seri Pacific pun memberangsangkan.

Harap anda tak pening kepala lagi nak rancang percutian di Kuala Lumpur!



Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. best kat kl ni macam2 ada

    ReplyDelete
  2. syukurlah tak turun KL selalu.

    Kalau tidak...penat nak bawa beg plastik bila shopping.

    ReplyDelete
  3. seriau juga nak pergi KLCC..

    takut orang halau kita nanti..

    hehehehe

    ReplyDelete
  4. Yg best holiday kt KL ni, hotel 4-5 bintang jauh mewah & murah kalau nak dibandingkn dengan Langkawi, Penang ataupun JB.

    Pening2, pi IKEA je dah settle puas shopping heheh ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top