Pengalaman Beli Barang di Hermo

10

Pengalaman Beli Barang di Hermo. Perempuan mana tak exited kalau cakap pasa makeup dan skincare. Macam-macam produk dan jenama digunakan, segalanya untuk tampil cantik. 

Kita semua menngunakan produk dari jenama yang pelbagai. Kalau produk yang diimport dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea, atau Eropah memang susah nak dapat di shopping mall atau drugstore. 

pengalaman beli barang di hermoMemang boleh order online, tapi kebanyakan produk luar negara ni sangat mahal dan terpaksa preorder, itu belum cerita pasal kos penghantaran lagi.


Sekarang dah tak payah pening kepala sebab kalau nak beli barang makeup dan skincare, boleh terus beli di laman Hermo! Ladies, this is where you buy your beauty products.

Hermo adalah sebuah laman e-dagang tetapi hanya memfokuskan pada produk kecantikan merangkumi kosmetik, penjagaan kulit, mandian, haruman, dan penjagaan rambut. Senang cerita, Hermo ni macam Malaysia online beauty store.

Pengalaman Beli Barang di Hermo

Ini bukan entri berbayar, kerana saya sendiri pernah dua kali beli barang di Hermo ni. Jadi saya nak share pengalaman beli barang di peruncit kecantikan atas talian Hermo ni memang berbaloi.


Setakat ni saya beli tiga produk dan kesemuanya sampai tepat pada masanya dan dalam keadaan baik. Dibungkus dalam kotak Hermo, setiap item siap ber-bubble wrap. Dari segi harga pulak memang murah. Saya dah semak dibeberapa e-dagang lain, ternyata Hermo paling murah.

Baca: Daniel Wellington Original Murah di Lazada

Antara produk yang saya beli di Hermo. Saya tinggalkan link di bawah mana tahu kalau korang pun nak beli jugak.. 


Beli barang di hermo

Kebetulan ketika pembelian pertama Hermo mengadakan promosi sempena ulang tahun perkhidmatan mereka yang ke-5. Jadi semua produk ada potongan harga. Dan yang paling best, dapat banyak free gift seperti goodies bag, cermin, dan beberapa skincare tester. Tester pulak bukan calang calang, saya dapat The Face Shop Chia Seed, Loreal Revitalift Laser X3 Day Cream & Pascucci Good Face Mask Snail.

BUY 2 FREE SHIPPING
Nak lagi best beli dua produk dan ke atas dapat menikmati penghantaran percuma.

Apa yang best tentang Hermo?
  • Bertapak di Malaysia
  • Produk 100 original
  • Tidak dijual oleh seller luar
  • Diuruskan sepenuhnya oleh Hermo
  • Banyak produk popular luar negara seperti Korea dan Taiwan
  • Harga berpatutan
  • Banyak pilihan produk dan jenama
Cara beli barang di Hermo

Cara shopping di Hermo ni dan sama je dengan e-dagang lain sebab websitenya mudah difahami dan mesra pelanggan sama ada melalui desktop mahupun aplikasi pada telefon pintar.

First sekali kena la daftar di www.hermo.my dulu



Senang! Memang kena sangat dengan tagline mereka iaitu "Turning beauty in a click." This is where you buy produk skincare Malaysia.

Girls, tunggu apa lagi pergi shopping --> www.hermo.my

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Spider-Man Homecoming

Terima kasih kerana membaca Pengalaman Beli Barang di Hermo

Tags

Post a Comment

10Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Nasib baik saya bukan girl.. Kalau tak terjebak juga nak beli.

    ReplyDelete
  2. Wajib terjah juga ni, tambah koleksi mekap

    ReplyDelete
  3. orang pompuan memang banyak tempat die gi beli barang mekap..:P

    ReplyDelete
  4. Wahhh macam best oo... Nanti nak gi survey juga hehehe

    ReplyDelete
  5. sekarang ni byk laman web e-commerce yg menjual pelbagai produk. makin mudah skg ni nak beli apa2 je secara online :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi shopping di HERMO ni.. Paling best yg free shipping tu..

    ReplyDelete
  7. hermo ni saya pernah lawat web dia, memang fokus kepada produk kecantikan wanita

    ReplyDelete
  8. oh rupanya hermo ni tempat nak beli produk kecantikan , Baru kawan tahu

    ReplyDelete
  9. Haritu baru beli je beli barang dekat Hermo, guna Ninja Van. Masha-Allah cepatnya servis dia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top