Sinopsis Andainya Takdir di Tv3. Mengisi Slot Samarinda kali ini, Tv3 menyajikan sebuah drama bersiri hebat bertajuk ANDAINYA TAKDIR buat tontonan penonton setianya.
Mendapat sentuhan pengarah berpengalaman Along Kamaruddin, drama terbitan A. Aida Production ini menggandingkan Shukri Yahaya dan Nina Iskanda sebagai pelakon utama. Andainya Takdir turt dibantu oleh Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin,Rosnah Mat Aris, dan ramai lagi.
Drama 16 episod ini mula bersiaran sejak 29 Mei lalu setiap Isnin hingga Khamis jam 10 makam hanya di Tv3.
Sinopsis drama Andainya Takdir di Slot Samarinda Tv3
Mengisahkan ketabahan Fatihah dalam mempertahankan rumah
tangganya bersama Airil yang penuh cabaran. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleeya dan kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting
kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Setiap perbuatan dan gerak geri Fatihah diperhatikan Airil. Fatihah akan dipukul walaupun silapnya hanya sebesar kuman.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya.
Nasib malang Fatihah ditambah dengan sikap ibu mertuanya, Normah. Normah menghasut, dan berprasangka buruk
sentiasa membuat Fatihah menjadi mangsa buli emosi. Normah sememangnya tidak disenangi
orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya.
Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil,
Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki
terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Dia cemburu dengan kecantikan Fatihah, tambahan pula Fatihah mempunyai Aleeya.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul
Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha
untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal
sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.
Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?
Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?
Lagu tema/ost Aindainya Takdir: Sabhi Saddi (Setia Menunggumu) , Aiman Tino (Permata Cinta) , Potret (Mungkin)
Entri sebelum ini - Cara beli Barang di Shopee
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Andainya Takdir di Tv3
Cerita ini mesti best kan..
BalasPadamjarang sekali tengok tv. jadi tak tau apa cerita baru sekarang yang ada
BalasPadamsaya tak tengok langsung. tahu update kat blog je.
PadamMacam best je cite ni..nanti nak tgok lah. Tq ya atas perkongsian ni
BalasPadamMacam best juga cerita ni. Nik follow ke?
BalasPadamtak tengok langsung.. sebab tak tengok tv sangat.. hehe
PadamSalam..... best tak cerita ni? takut menghampakan saja...tlong bagi review nanti ye
BalasPadamtak boleh nak review sebab saya sendiri tak tengok.. hehe!
PadamSaya tengok..
BalasPadam