Sinopsis Andainya Takdir di Tv3

9
sinopsis drama andainya takdir

Sinopsis Andainya Takdir di Tv3. Mengisi Slot Samarinda kali ini, Tv3 menyajikan sebuah drama bersiri hebat bertajuk ANDAINYA TAKDIR buat tontonan penonton setianya. 

Mendapat sentuhan pengarah berpengalaman Along Kamaruddin, drama terbitan A. Aida Production ini menggandingkan Shukri Yahaya dan Nina Iskanda sebagai pelakon utama. Andainya Takdir turt dibantu oleh Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin,Rosnah Mat Aris, dan ramai lagi. 


Drama 16 episod ini mula bersiaran sejak 29 Mei lalu setiap Isnin hingga Khamis jam 10 makam hanya di Tv3.

Sinopsis drama Andainya Takdir di Slot Samarinda Tv3

Mengisahkan ketabahan Fatihah dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil yang penuh cabaran. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleeya dan kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Setiap perbuatan dan gerak geri Fatihah diperhatikan Airil. Fatihah akan dipukul walaupun silapnya hanya sebesar kuman.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. 
Nasib malang Fatihah ditambah dengan sikap ibu mertuanya, Normah. Normah menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah menjadi mangsa buli emosi. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat.  Dia cemburu dengan kecantikan Fatihah, tambahan pula Fatihah mempunyai Aleeya. 

sinopsis drama andainya takdir tv3

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?


Lagu tema/ost Aindainya Takdir: Sabhi Saddi (Setia Menunggumu) , Aiman Tino (Permata Cinta) , Potret (Mungkin)

Entri sebelum ini - Cara beli Barang di Shopee

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Andainya Takdir di Tv3
Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Cerita ini mesti best kan..

    ReplyDelete
  2. jarang sekali tengok tv. jadi tak tau apa cerita baru sekarang yang ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tengok langsung. tahu update kat blog je.

      Delete
  3. Macam best je cite ni..nanti nak tgok lah. Tq ya atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  4. Macam best juga cerita ni. Nik follow ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok langsung.. sebab tak tengok tv sangat.. hehe

      Delete
  5. Salam..... best tak cerita ni? takut menghampakan saja...tlong bagi review nanti ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh nak review sebab saya sendiri tak tengok.. hehe!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top