Cara Jimat Data Internet Telefon Android. Penggunaan internet untuk kehidupan seharian sudah menjadi satu keperluan. Menggunakannya untuk menghantar pesanan ringkas, panggilan video, mencari maklumat, navigasi, dan media sosial, menonton video/filem dan sebagainya.
Penstriman Netflix, iFlix, menonton video di Youtube, dan semua mengalami ketagihan media sosial. Yang menjadi halangan dalam mengecapi keseronokan melayari internet adalah plan data yang anda langgan dengan syarikat komunikasi.
Baca: Cara Semak Vivo Original
Untuk mendapatkan data/kuota yang banyak tidak semurah yang disangka. Data tanpa had pula cukup mahal menyebabkan semua pengguna telefon pintar mampu membayarnya setiap bulan.
Jika anda pengguna peranti Android, terdapat beberapa settings yang mampu menjimatkan penggunaan data dalam masa yang sama tidak menjejaskan pengalaman melayari internet.
Cara Jimat Data/Kouta Internet Android
Matikan fungsi yang memuat turun media secara automatik pada WhatsApp
Mungkin anda tidak perasan yang anda memuat turun semua gambar dan video yang dikongsikan dalam aplikasi pesanan WhatsApp. Dengan menyertai banyak 'group' dan rata-ratanya aktif berkongsi gambar, tak hairan data cepat habis.
Matikan kemas kini aplikasi secara automatik pada Play Store
Semak Play Store, jika anda memilih kemas kini secara automatik maka setiap aplikasi akan melakukan kemas kini tanpa kebenaran anda setiap kali versi terbaru dikeluarkan. Proses kemas kini ini memakan data yang banyak. Anda boleh lakukannya secara manual jika mempunyai rangkaian Wifi tanpa had. Pilih Play Store > Setting > Auto-Update Apps > Do not auto update apps.
Minimumkan penggunaan data browser
Tahukan anda, browser (pelayar) seperti Firefox, Chrome, dan Opera memakan penggunaan data yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda kerap 'Google' maklumat, dan mencari gambar pada Google Image. Itu belum termasuk gangguan iklan berbentuk video yang terpapar pada sesetengan laman web.
Baca: Review BOSE Soundsport Wireless
Jika menggunakan Chrome, hidupkan fungsi 'Reduce Data Usage'. Fungsi ini menjadikan saiz laman web lebih kecil dalam masa yang sama tidak mengganggu dalam proses pencarian maklumat.
Guna Google Maps dan Waze secara Offline
Kita kebiasaannya penggunakan navigasi Waze atau Google Map untuk jangka masa yang lama terutamanya ketika melalui perjalanan jauh. Anda boleh menjimatkan penggunaan data dengan menggunakan aplikasi alternatif yang menawarkan sokongan offline.
Walaupun ia kaedah ini tidak memberikan kesan yang maksimum, dengan penjimatan sekurang-kurangnya 300MB sudah melegakan dan boleh digunakan pada saat kecemasan.
Maybe next time saya kongsi tips jimat data untuk iPhone pulak. Cheers!
Artikel sebelum ini - Kelebihan Bisnes Aiskrim
Terima kasih kerana membaca Cara Jimat Data Internet Android
Terima kasih nik. Maznee dan suami dah pun amalkan banyak tips diatas
BalasPadamUntuk gps tu saja belum pernah cuba
Nanti Maznee nak cuba juga
rugi kalau tak cuba. tak pasal2 data cepat habis
PadamSaya call sahaja yang unlimited..
BalasPadamInternet ada kouta
kalau ada kuota elok la cuba tips kat atas
Padamperkongsian yang menarik.. nak cuba nanti..
BalasPadamEntahlah. Selama ni saya tak terfikir tu semua. Mungkin malas kot.
BalasPadamrugi kalau tak cuba.. memang berkesan utk jimat data
Padambtol..auto update ngan auto download ni pemakan data yang begitu agresif...selain makan data auto download bahaya jgk kalau member hantar wasap mengarut haha..bagi kawe nk jimat data..buat flight mode kekeke
BalasPadambetul2... group whatsapp memang mengarut.. video entah hape2
PadamTerima kasih untuk info ni , kadang-kadang data habis kuota awal pula sebab leka berfacebook
BalasPadammedia sosial mmg boleh buat kita leka
Padamwah, tips yang sangat berguna..tq sis!!
BalasPadamtips yang berguna nik. nanti nak cuba
BalasPadamnanti nak cubalah, bagus info ni nik
BalasPadamsaya nak cuba juga la
BalasPadamtips yang berguna. patut larung semacam je data, lepas praktikkan tips ni alhamdulillah savingg sikit data hehe thank you!
BalasPadamjemput singgah ye
http://www.syakillaazam.my/
macam tu rupanya.info yang bagus.hehee
BalasPadam