Kelebihan Bisnes Aiskrim

7

Kelebihan Bisnes Aiskrim. Sebelum memulakan sesuatu bisnes, setiap usahawan perlu membuat kajian terhadap jenis perniagaan yang bakal dijalankan. Pastikan bisnes tersebut mampu memberikan pulangan jangka masa panjang dan bukannya perniagaan 'bermusim'.

Jika anda berminat untuk mulakan bisnes aiskrim, tahniah!  Kerana ia adalah salah satu perniagaan jangka masa panjang.

Sebelum ini saya telah pun terbitkan entri TIPS BISNES AISKRIM, dan saya cadangkan baca dulu artikel itu untuk lebih pencerahan.

Kelebihan Bisnes Aiskrim

Modal Kecil

Salah satu sebab bisnes aiskrim menjadi pilihan adalah kerana modal tidak terlalu besar tetapi margin keuntungan mampu mencecah lima angka.

Bahan mentah

Bahan mentah untuk menyediakan aiskrim juga mudah didapati. Anda boleh beli bahan buat aiskrim di kedai yang menjual bahan bakeri sahaja. Bahkan, bahan-bahan yang anda perlukan turut dijual di hypermarket seperti Giant atau Tesco.

  
Kerja sambilan

Jika anda sudah mempunyai pekerjaan tetap, bisnes aiskrim boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kedua. Ia langsung tidak mengganggu waktu kerja because you are the boss. Anda boleh boleh berniaga ketika hujung minggu atau ketika kelapangan sahaja.

Menurut ebook Panduan Bisnes Aiskrim yang ditulis oleh Chef Afiq, bisnes aiskrim tidak memerlukan kepakaran tinggi. Jika ada ikut resepi dan berniaga di lokasi panas, modal RM50 boleh dapat keuntungan hingga RM300!

Tempahan aiskrim di majlis perkahwinan

Jarang sekali kita ke kenduri kahwin tak ada aiskrim. Untuk buat tetamu happy dalam cuaca yang panas, tuan rumah biasanya akan tempah aiskrim. Bukan ke itu salah satu peluang peniaga aiskrim untuk dapat duit?

kelebihan bisnes aiskrim

Jika anda benar-benar serius untuk mulakan bisnes aiskrim, saya cadangkan baca Panduan Bisnes Aiskrim. Isi kandungan ebook ini cukup padat dengan ilmu selok-belok perniagaan ini. Ebook ini turut berkongsi pengisian penting seperti:
  • Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?
  • Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?
  • Rahsia Pemprosesan Aiskrim
  • Apa resepinya? Apa bahan-bahan asasi yang diperlukan? Bagaimana nak buat ais krim di rumah anda sendiri?
Untuk penerangan lanjut, baca >> Panduan Bisnes Aiskrim


Entri sebelum ini - Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Tv3

Terima kasih kerana membaca Kelebihan Bisnes Aiskrim
Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. budak2x kecil sukalah makan aiskrim.. :D

    ReplyDelete
  2. jual sedap...buat pun sedap ais krim nie..

    ReplyDelete
  3. Makan sendiri pun sedap ni nik

    Memang jimat duit

    ReplyDelete
  4. Memang ok bagi yang nak try berniaga tu.. aiskrim pun orang suka makan.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa alahai kalau dapat aiskrim tengah musim panas.. Killa tengah survey booth aiskrim untuk majlis perkahwinan Killa di terengganu, kalau ada kontek, please inform kat Killa ye?

    ReplyDelete
  6. Bisnes aiskrim kalau kena tempat dan cuacanya memang meletop

    ReplyDelete
  7. bisnes aiskrim mmg laku kat msia, faktor cuaca pun memainkan peranan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top