Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer. Menggantikan Hero Seorang Cinderalla masih lagi hangat diperkatakan, Astro membawakan sebuah lagi drama bersiri terbaik khas buat tontonan anda iaitu Mencintaimu Mr Photographer.
Drama terbitan MIG Production hasil garapan pengarah Eyra Rahman ini
merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta yang telah pun ditayangkan bermla 3 July lalu. Ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis,
jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD.
Mencintaimu Mr Photographer menampilkan gandingan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza, dan ramai lagi.
Sinopsis drama Mencintaimu Mr Photographer
Aira Qaisara, gadis lincah dan manja yang
bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti ibunya walaupun hubungannya dengan mama tidak rapat seperti orang lain. Mamanya diceraikan papa ketika dia masih kecil kerana salah faham menyebabkan Aira dan abang tersayang terpisah. Aira yang tidak
mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah
kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.
Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang
terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Panas baran, garang, tetapi mudah cair bila bersama Aira. Sepanjang kerjayanya, Nazmi pernah berkerja dengan ramai wanita namun meraka tidak mempunyai aura sehebat Aira.
Jemy, seorang anak
yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa
hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai
anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah
dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira
yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan.
Kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada
perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya?
Entri sebelum ini - Ulasan Filem Okja di Netflix
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer
wah..ada pelakon yang baru namun hebat..
ReplyDeletememang best la cerita ini nantu..
best kan drama nih ada pulak pelakon comel n cute...hehe
ReplyDeletecomelnya abang Syafiq
ReplyDelete