Aiskrim Durian di McDonalds Malaysia Bermula 24 Ogos 2017. Selepas Singapura dapat menikmati aiskrim durian, kini juga McDonald's Malaysia bakal memperkenalkan siri aiskrim berperisa durian bermula 24 Ogos 2017.
Perkara ini disahkan sendiri pihak McDonald's Malaysia melalui laman Facebook rasmi mereka dan siri aiskrim ini diberi nama King Of Fruits D24 Durian!
Biarpun aiskrim durian ini bakal tiba setiap out McDonald's seluruh Malaysia pada 24 Ogos, ia telah mula dijual di Sibu, Sarawak. Beberapa orang pelanggan telah membelinya di Sibu Parkson Shopping Mall dan memuat naik gambar di Facebook.
Baca: Tips Mudah Dapatkan Bibir Merah
Gambar: Ivy Yek
Aiskrim Durian di McDonalds Malaysia Bermula 24 Ogos 2017
Kehadiran aiskrim berperisa durian ini sudah lama dinantikan pelanggan rangkaian restoran makanan segera itu. Apatah lagi buat penggemar raja segala buah itu. Pengumuman aiskrim jenis McFlurry ini menjadi viral disetiap laman sosial. Gambar berformat GIF yang dimuat naik McDonald's Malaysia hampir mencecah 1 juta tontonan dalam masa kurang 24 jam.
Menurut mereka yang pernah membelinya di Sibu, aiskrim durian McFlurry berharga RM7.99.
Menu yang hadir dalam masa terhad sentiasa menjadi rebutan. Buat penggemar durian, tidak boleh lepaskan peluang untuk menikmati aiskrim terbaharu dari McDonald's kali ini!
Artikel sebelum ini - Jambatan Pulau Pinang Ditutup 2017
Terima kasih kerana membaca Aiskrim Durian di McDonalds Malaysia Bermula 24 Ogos
Laaaa ade ice krim durian pulak sekarang. Macam best jer! Mungkin hari ni ade certain McD tengah prepare lagi kot sebab baru tadi drive thru kat one of McD outlet, semua ice cream tak ada.
ReplyDeleteMak aihh boleh tahan mahal harganya, tapi sedap harga tolak tepi ;)
ReplyDeleteYummyyyy je tengok aiskrim tu... duhaiii kene try ni..
ReplyDeletememang nampak sedap, tapi bukan semua orang suka durian, bahkan aiskrim durian dan produk berasaskan durian, saya pun tak faham spesis tak suka durian nih
ReplyDeleteMama dah makan malam tadi
ReplyDeleteMemang bau durian kuat
Hehe
Terlepas hajat makan durian
memamg jadi tarikan utama orang nak ke Mcd nie..
ReplyDeleteuntung la bagi peminat aiskrim..
wahh.. mesti cuba juga ni, mesti sedappp
ReplyDeleteOkay thanks for this.
ReplyDeleteBaru taw. Kejap lagi keluar rumah gi McD. heheh ..
Hmmmm patutlah durian susah dapat
ReplyDeleteproduk berasaskan durian dah banyak
Sampai licin kat pasaran