Fakta Menarik Filem IT 2017

18
Fakta Menarik Filem IT 2017

Fakta Menarik Filem IT 2017. Buat penggemar genre seram, sudah pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem IT yang bakal ditayangkan pada 8 September ini. Lebih mengujakan, ia diadaptasi dari novel penulis popular, Stephen King.

Nama King sudah tidak asing lagi baik bagi pencinta buku mahupun mereka yan gemar filem seram atau thriller. Ini kerana karya King sudah banyak diadaptasi ke layar perak antaranya The Green Mile, Carrie, The Shining, Secret Window, The Mist, dan banyak lagi.


Walaubagaimanapun, novel IT yang diterbitkan pada 1986 dinamakan novel King yang paling seram dan dianggap sebagai mahakarya Stephen King.

Ini bukan kali pertama IT difilemkan, ia pernah mencipta fenomena tersendiri pada 1990 dan dijadikan siri televisyen pada tahun yang sama. Berikutan permintaan peminat serta terikut-ikut dengan trend 'remake/reboot' yang diamalkan Hollywood pada hari ini, filem badut puaka sekali lagi dihasilkan. Tetapi kali ini dengan visual yang lebih menarik.

Sinopsis filem IT

Diarahkan oleh Andy Muschietti, IT misteri yang menghantui penduduk Derry apabila seorang demi seorang kanak-kanak hilang. 27 tahun kemudian, sekumpulan kanak-kanak yang sering menjadi mangsa buli memulakan misi mencari siapa dalang disebalik kejadian ini.

Berpakaian warna-warni dan berwajah kelakar, badut mungkin menghiburan sewaktu meraikan hari jadi. Anda mungkin akan mengubah persepsi itu selepas menonton IT!

Fakta Menarik Filem IT 2017

- Watak badut seram, Pennywise,  dilakonkan oleh aktor yang berasal dari Sweden, Bill Skarsgard. Bill merupakan anak kepada aktor Stellan Skarsgard yang terkenal dengan watak Bootstrap (Pirates Of The Caribbean) dan Prof Erik Selvig (Thor) dan adik kepada Alexander Skarsgard (The Legend of Tarzan).


- Adik beradik Duffers pada asalnya berminat untuk mengarahkan IT, tetapi pada waktu itu portfolio mereka tidak begitu meyakinkan. Duffers kemudian mengarahkan Stranger Things yang kini menjadi salah sebuah siri yang paling berjaya.

Berkaitan: Ulasan Siri Stranger Things

- Nombor 27 berkait rapat dengan IT. Filem ini hadir 27 tahun selepas siri televisyen diterbitkan. Mengikut novel IT, badut ini akan muncul di perumahan Derry setiap 27 tahun. Jonathan Brandis, iaitu pelakon asal IT (1990) meninggal dunia pada usia 27 tahun. Manakala Bill Skarsgard kini berusia 27 tahun.

- Trailer pertama filem ini mendapat 197 juta tontonan dalam masa 24 jam mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh filem The Fate of The Furious.

- Warner Bros memberi keistimewaan kepadan Stephen King dengan membenarkan penulis itu menonton filem ini enam bulan lebih awal.

Fakta Menarik Filem IT 2017

- Skarsgard tidak bertemu dengan pelakon kanak-kanak sehinggalah pada hari penggambaran babak yang memerlukan kanak-kanak bersemuka dengan badut pertama kali.

- Selain badut, belon berwarna merah turut signifikasi filem IT. Untuk itu, belon berwarna merah diletakkan di beberapa bandar terkemuka dunia sebagai salah satu teknik pemasaran. 

Fakta Menarik Filem IT 2017


- Hugo Weaving dan Will Poulter antara calon terakhir pilihan Warner Bros untuk memegang watak badut. Watak itu kemudian diberikan kepada Skarsgard.

- Mengikut novel, kisah IT berlatarbelakangkan tahun 1958, namun untuk untuk filem ini ia diubah kepada tahun 1989.

- Beberapa filem popular yang ditayangkan pada musim panas 1989 seperti Lethal Weapon 2, Batman, dan Nightmare On The Elm Street 5. Poster filem-filem tersebut dilihat melatari beberapa babak IT.
- Penampilan Skarsgard memakai kostum dan makeup badut menjadi rahsia antara pengarah dan tiga jurusolek sahaja. Ini bertujuan untuk merakam reaksi pelakon lain disamping mengelak dari gambar tiris di media sosial.


- Patung badut dari siri televisyen 1990 boleh dilihat dalam salah satu babak filem ini.

- Berikutan sambutan yang luar biasa, IT disahkan bakal menerima sekuel yang akan ditayangkan pada 2019.

- Filem kali ini menjalani penggambaran di Ontario, Kanada. 

- Andy Muscheitti dan penerbit, Barbara Muschietti ingin melihat pelakon Jessica Chastain memainkan peranan sebagai Beverly versi dewasa dalam sekuel akan datang. Hanya Chastain pilihan utama mereka.
sumber: IMDb

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem IT 2017

Post a Comment

18Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Pernah tengok filem IT ni awal tahun 90an dlu. Serius mmg teringat2 sampai sekarang. Tak sangka filem ni dibikin semula. Memang wajib tonton ni

    ReplyDelete
  2. oo ada rupanya cerita ni dulu.. kena download la gamaknya yang lama punya ni

    ReplyDelete
  3. tengok rupa badut ni pun dah seram, belum lagi tengok full movie..camne tuh..

    ReplyDelete
  4. Nampak macam menarik cerita ni. Biasanya bandut suka membuat humor, kita tengok nanti humor yang bagaiamana akan disajikan dalam filem itu nanti.

    ReplyDelete
  5. hebat juga sinopsis cerita..

    naik seram juga membacanya

    hehehehe

    ReplyDelete
  6. disebabkan cerita it yang lepas ni la kawan kakak aku benci sangat dengan badut.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka, ramai sebenarnya yang tak suka dengan badut

      Delete
  7. TAK biasa nonton film seperti ini sebab mengidap penyakit irama jantung

    ReplyDelete
  8. OKla baca fakta jela. Seram pulak nak tengok kat cinema. haha

    ReplyDelete
  9. Kasihan kepada mereka yang menjadikan 'badut' ini sebagai cara menghibur anak-anak. Nanti anak-anak jadi takut!

    ReplyDelete
  10. masih lagi tak tahu sama ada IT ni antu ke ataupun manusia...hurmm..susah sangat nak bunuhnya

    ReplyDelete
  11. Ingatkan cerita ni pasal Joker watak jahat dalam filem batman... nampak gaya macam tak ada kena mengena la ni

    ReplyDelete
  12. Tulah tengok promo dia kat TV mcm best je. Mcm tingin pulak nak tengok...

    ReplyDelete
  13. patut la orang takut dengan badut..
    diorg buat cerita seram badut..
    bukan peminat ceria seram, tapi ada ternampak promo dia..

    ReplyDelete
  14. antara cite best patut tengok.

    hoho

    ReplyDelete
  15. Sesiapa yang belum tengik movie ni boleh la try lepas ni yee..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top