Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria

7
Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria

Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria. Selepas 'Duda Pujaan Dara' melabuhkan tirai, penonton setia Megadrama bakal menyaksikan sebuah drama bersiri terbaru berjudul AWAK SUKA SAYA TAK yang menampilkan Alvin Chong dan Emma Maembong sebagai pelakon utama.

Drama bersiri 16 episod terbitan oleh Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan skrip oleh Rozie Rashid & Amka Ahmad. Diadaptasi dari novel popular tulisan Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak mengisahkan percintaan di antara pasangan yang berlainan agama.


Selain Alvin dan Emma, drama ini turut dibarisi Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Raden Ahmad Faizal, Kael, Fieza Jolie, Aman Aziz, Mustapha Kamal, Susan Manen, dan Angeline Tan.

Awak Suka Saya Tak bersiaran mulai 25 September 2017, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Maya HD.

Sinopsis drama Awak Suka Saya Tak di Astro Ria

Mengisahkan antara Hilman Yong, jejaka kacukan Korea-Amerika-Cina dan gadis Melayu, Intan Zulaikha. Hilman jatuh cinta terhadap Intan sejak kali pertama bertemu gadis itu lapan tahun lalu.

Hilman yang baru mengenali Islam berdoa agar dia dipertemukan semula dengan Intan. Tidak lama selepas itu doanya dimakbulkan apabila secara tidak sengaja terserempak dengan gadis idamannya itu.

Tidak mahu kehilangan Intan lagi, Hilman beranikan diri melamarnya tetapi Intan menolak kerana masih belum bersedia.


Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria
Tiga tahun kemudian, mereka dipertemukan sekali lagi sewaktu mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Setelah mengenal hati budi masing-masing mereka menjadi semakin akrab dan merancang untuk bernikah.

Tragedi hitam berlaku tanpa diduga, Hilman terlibat dalam sebuah kemalangan dan menyebabkan dia hilang ingatan. Dia lupa akan Intan dan agamanya. Hilman kini 'Damien'. Inta kini berusaha untuk mengembalikan ingatan dan agama Damien serta cintannya yang telah hilang.

Lagu tema / OST Awak Suka Saya Tak: Aziz Harun - Jangan

Artikel sebelum ini - Cara Tukar Password Unifi

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria
Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik..

    ada tarikan kepada pelakon wanita hebat dan cantik : Emma Mambong

    ReplyDelete
  2. Cerita yang pernuh gula gula kapas

    Saja nak bagi otak keluarkan dopamine lebih dan hidup di awangan

    ReplyDelete
  3. Macam menarik juga jalan cerita dia. Boleh la follow cerita ni.

    ReplyDelete
  4. Lama juga tak menonton lakonan Emma Maembong ni..macam best saja wataknya dalam cerita ni

    ReplyDelete
  5. biasanya menarik kisah percintaan seperti ini

    ReplyDelete
  6. Tak sempat nak follow cerita ini hari-hari. Kena tengok siaran ulangan.

    ReplyDelete
  7. rumah kita xde tv, orang kata citer ni best :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top