Star World Tukar kepada FOX Life

8
Star World Tukar kepada FOX Life

StarWorld Tukar kepada FOX Life. Mulai 1 Oktober 2017, saluran StarWorld akan ditukarkan kepada FOX Life melalui proses penjenamaan semula. Saluran di bawah kendalian FOX Networks Group Asia (FNGA) diberi nafas baharu agar kekal relevan dan kandungan yang lebih berkualiti.

Berikutan penjenamaan semula ini, saluran yang terkenal dengan rancangan berbentuk hiburan antarabangsa di Astro 711 & 722 HD ini turut menampilkan logo, identiti, dan slogan baru yang lebih segar.
 StarWorld Tukar kepada FOX Life

Sejak diperkenalkan dengan nama StarWorld pada 1995, FNGA terus komited dalam memberi hiburan terbaik seperti drama, komedi, realiti televisyen, anugerah, mahupun konten original kepada penonton.

Dengan slogan terbaharu iaitu 'Turn On', FOX Life akan terus menyajikan rancangan yang sebelum ini diminati ramai seperti Masterchef, The Voice, Asia's Next Top Model, Empire, New Girl dan anugerah berprestij seperti Emmy Awards.

Penukaran nama dari StarWorld kepada FOX Life ini akan tampil lebih matang dari segi jenama, identiti, dan kandungan hiburan untuk terus kekal sebagai saluran terbaik di rantau Asia.

StarWorld Tukar kepada FOX Life

Untuk rekod, FOX Life merupakan salah satu saluran peneraju di Asia. Saluran ini dipancarkan ke 15 buah negara dan dapat diakses lebih 98 juta buah rumah.

Bagi mereka sebelum ini gemar menonton StarWorld, jangan keliru kerana hanya nama saluran sahaja yang berubah. Saluran kegemaran anda ini masih kekal dengan konten lama bahkan ditambah baik dan masih di saluran 711 & 722 HD.

Apa rancangan kegemaran korang di channel StarWorld? Mine is Masterchef US.

Entri sebelum ini - Tips Tingkatkan Jualan Air Balang

Terima kasih kerana membaca - StarWorld Tukar kepada FOX Life
Tags

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Aik dah tukar nama dah.. Jarang tengok tv tapi Master Chef US memang best.

    Memang emosi dan mendebarkan kalau saat penyingkiran tu :D

    ReplyDelete
  2. dirumah ada macam-macam fox tapi star world belum ada salurannya

    ReplyDelete
  3. Ooo dah tukar yek, tak perasan.

    ReplyDelete
  4. Takda saluran astro kat umaj, jadi tak tau dah channel ni

    ReplyDelete
  5. dah lama takde astro kat rumah..maleh nak amek kesah sangat

    ReplyDelete
  6. dah kene ambik alih oleh fox la ni...patut la iklan foxlife igt channel baharu hehe

    ReplyDelete
  7. Eh! tak perasan pula sudah tukar nama.
    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. Ala... saya tak langgan pakej yang ada saluran ni :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top