Tips Tingkatkan Jualan Air Balang. Bisnes air balang adalah antara yang popular kerana tidak memerlukan modal besar dan tidak bermusim. Permintaan tinggi terhadap air balang turut dipengaruhi oleh cuaca panas di Malaysia.
Berkaitan: Tips Bisnes Air Balang
Bayangkan ketika panas terik, adanya gerai yang menjual air kisar/ice blended dalam gelas besar pasti dapat menghilangkan dahaga.
Bagi peniaga air balang, ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh disia-siakan. Tapi bagaimanakah cara untuk tarik pelanggan dan tingkatkan jualan air balang?
Dengan perancangan yang teliti serta , peniaga air balang boleh jana keuntungan ribuan ringgit sebulan. Jika anda berminat dalam peniagaan air minuman dan ingin tingkatkan jualan, saya cadangkan baca panduan di bawah.
Tips Tingkatkan Jualan Air Balang
- Gerai di sebelah kiri jalan.
Point ini sering terlepas pandang. Hakikatnya kedudukan gerai sama ada di sebelah kiri atau kanan jalan memberi impak yang besar. Contohnya laluan dari pekan/sekolah ke kawasan perumahan. Jika anda berniaga pada waktu tengah hari hingga petang, bukalah gerai di sebelah kiri supaya pemandu mudah berhenti untuk beli air balang sewaktu pulang dari kerja. Bayangkan jika gerai diseberang jalan, mereka malas untuk melintas dan membuat pusingan U.
- Jenis air balang popular
Takkan masih nak jual kordial je? Sekarang ni dah banyak minuman timbul seperti ice blended pelbagai perisa, jus buahan segar, asam boi dan lain lain. Sekarang ni trend jual teh ais ala Thai, siap ada perisa vanila, aiskrim dan caramel. Pastikan air balang nampak menyelerakan untuk menarik pelanggan yang lalu-lalang.
![]() |
Foto: www.hairijuice.com |
Bukan semua lokasi mendapat sambutan. Walaupun ramai orang tidak semestinya bole melariskan bisnes anda.
- Air sedap dan ramuan yang cukup
Menjual pelbagai jenis minuman tidak menjanjikan keuntungan kalau air yang anda jual tidak sedap. Pastikan air balang yang anda jual cukup rasa. Jangan jadi seperti segelintir peniaga yang kedekut ramuan. Sekali pelanggan beli, terus serik.
Tu baru sikit, kalau nak tahu ebook Panduan Bisnes Air Balang menyenaraikan strategi lengkap bagaimana untuk menjalankan bisnes air balang dan cara tingkatkan jualan berdasarkan pengalaman penulis (Mizan Sulaiman) selama 8 tahun berniaga.
Baca: Kelebihan Bisnes Aiskrim
Panduan Bisnes Air Balang mendedahkan:
- Macam mana nak tarik pelanggan?
- Cara nak buat air sedap.
- Macam mana nak jimatkan kos?
- Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
- Cara mohon tapak niaga
- Tips memilih lokasi
- Peralatan & kelengkapan
- Persediaan & pengurusan masa
- Resepi 15 jus best seller
- Rahsia sulit jus yang laris
- Case study - Bagaimana penulis jana RM7k sebulan dengan bisnes air?

Entri sebelum ini - Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria
Terima kasih kerana membaca Tips Tingkatkan Jualan Air Balang
Air balang ni memang laku.. Lagi-lagi kalau bulan ramadhan. Kosnya pun bukan banyak sangat
BalasPadamjual air memang banyak untung la...
BalasPadammarginnya boleh 200% jika tahu cara..
nak tahu cara perli dapatkan ebook tersebut
menarik sekali jualan air balang pun ternyata ada tipsnya bhkn ebooknys juga ada
BalasPadamjual air memang untung sebab benda orang sentiasa mahu..tambah2 lagi bila luar dari rumah..panas pulak..pergghhhh
BalasPadamnama ja jual air balang. tp untungnya tu berpuluh ribu.. mmg menguntungkan.. best!
BalasPadamRasa nak berniaga air balang pulak lepas ni..
BalasPadamsekarang ni ramai nak cari air yg unik, tapi sedap..memacam campurnya..tembikai laici tu kira biasa :D
BalasPadamKalau anak dia suka sangat lah air tembikai time panas terik macam sekarang. Memang untung siapa yang menjual air balang ni
BalasPadam