Webe Tukar kepada Unifi

8
Webe Tukar kepada Unifi

Webe Tukar kepada Unifi. Telco di bawah naungan Telekom Malaysia (TM), Webe, kini mengubah nama rangkaian mereka kepada Unifi berkuatkuasa bermula 16 September 2017. Perubahan ini hanya pada nama rangkaian sahaja kerana syarikat Webe masih beroperasi seperti biasa.

Walau bagaimanapun, pengguna tidak perlu risau kerana pertukaran nama dari Webe kepada Unifi ini tidak akan menjejaskan langganan dan bil bulanan anda. Pengguna masih boleh menikmati data, suara, dan pesanan pada harga RM79 sebulan seperti biasa.

Webe Tukar kepada Unifi

Bermula 16 Sept, pelanggan dapat lihat perubahan pada nama rangkaian yang tertera bahagian atas (kanan) telefon anda.

Baca: Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia


Tukar APN kepada Unifi

Berikutan perubahan ini, anda tidak perlu mengubah apa-apa pada telefon kecuali jika berada di luar negara. Anda hanya perlu menukar Access Point Name (APN) kepada Unifi di bahagian Settings. Cara tukar APN adalah seperti berikut:

Peranti Android: Settings > More > Mobile Networks / Cellular Networks > Access Point Names

Peranti iOS: Settings > Mobile Data > Mobile Data Network ATAU Settings > Cellular > Cellular Data Network

Webe Tukar kepada Unifi

Pertukaran nama ini berikutan sambutan menggalakkan dan syarikat induk, TM, ingin membawa rangkaian ini ke peringkat yang lebih tinggi. Perubahan ini dilaksanakan pada Hari Malaysia iaitu 16 September, simbolik dengan usaha mereka dalam memberikan perkhidmatan komunikasi terbaik untuk rakyat Malaysia.


Webe mendapat sambutan luar biasa biarpun baru dilancarkan pada tahun lalu (menggantikan P1). Ini kerana mereka membuat penawaran data, suara, dan SMS tanpa had pada harga rendah selain rangkaian 4G LTE yang pantas dan stabil.

Dalam pengumuman lain Unifi memberitahu, 31 Oktober kelak adalah tarikh akhir bagi pelanggan baru yang ingin menikmati internet tanpa had pada RM79 sebulan. Sekiranya anda merancang untuk bertukar kepada Unifi, sekarang adalah masa terbaik untuk mendaftar.


Entri sebelum ini - Sinopsis Titian Cinta di Tv3

Terima kasih kerana membaca Webe Tukar kepada Unifi
Tags

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. webe lajuuuuuuuuuu..bestttt sangat... yg penting, unlimited.. hihi

    ReplyDelete
  2. Internet tanpa had adalah pilihan saya sebenarnya..

    Unifi boleh dijadikan wishlist..

    ReplyDelete
  3. Oh dah tukar nama ya. Kawasan kami ni tak berapa bagus untuk semua telco buat masa sekarang. Maybe next time boleh guna webe

    ReplyDelete
  4. Duk tengah cari internet untuk semua peranti, maybe webe/unifi pilihan yang ada dalam senarai.

    ReplyDelete
  5. Tukar nama dari awal kan senang wahai unifi

    Sebab brand UNIFI ni orang dah kaitkan dengan kelambatan dan banyak songehnya

    Brand yang buruk. Webe tu lagi baik sebab dah branding berapa lama.

    Hehe. Apa pun semoga makin maju dan baik perkhidmatan

    ReplyDelete
  6. satu langkah strategik dari TM :)

    ReplyDelete
  7. Dengar Webe/Unifi punya servis ni tip top.. Mungkin kena cuba

    ReplyDelete
  8. Best saya dah guna dari bulan 1 2017..mmng trbaik tngk astro on the pn x bfring..hrap akn trus maju lgi dri masa ke smasa brbaloi2 bak hang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top