Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

13
Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano (www.plano.co). Memberikan gajet kepada anak-anak sudah menjadi perkara biasa. Tablet, iPad, telefon pintar bagaikan 'sahabat baik' anak-anak. Mana tidaknya, sejak bayi lagi mereka telah didedahkan dengan peranti ini.

Ramai ibu bapa menggunakan alasan gajet sebagai cara untuk mengalih perhatian anak supaya tidak meragam. Memang benar, jika dilihat dari sisi positif gajet boleh memberi faedah untuk tujuan pembelajaran.

Namun perkara yang baik boleh memudaratkan jika diguna secara keterlaluan dan tidak terkawal.


Penggunaan gajet secara berlebihan akan memberi membawa perilaku negatif kerana mereka terlalu asyik dan bergantung kepada peranti itu serta tidak mahu bersosial. Dengan kecanggihan teknologi masa kini dan lambakan laman sosial, entah apa yang boleh diterokai oleh mereka.

Baca: Lokasi yang Dikaburkan Google Earth

Malah, melihat gajet pada jarak dekat dengan terlalu lama akan menyebabkan mata menjadi rosak. Disebabkan itulah ibu bapa disaran mengawal anak-anak dalam menggunakan gajet.

Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

Peka dengan masalah ini, Pusat Mata Kebangsaan Singapura membina PLANO (parental control app) iaitu aplikasi yang membantu ibu bapa dalam mengawal penggunaan gajet anak.


Plano membolehkan ibu bapa memantau peranti anak-anak supaya mereka menggunakannya dengan sihat, selamat, dan seimbang serta melindungi keluarga dari unsur negatif.

Antara fungsi menarik yang terdapat dalam aplikasi Plano:

1. Mengurus masa mereka dengan peranti
- Membuat jadual tidak boleh guna ketika menyiapkan kerja sekolah, makan, & tidur
- Mematikan peranti mengikut arahan anda
- Menetapkan penggunaan peranti sebanyak 4 kali sehari
- Menetapkan peringatan waktu rehat & aktiviti lain

Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

2. Mengurus kandungan yang boleh dilihat
- Tidak membenarkan mereka akses aplikasi yang telah dimuat turun
- Menyembunyikan pelayar web
- Memantau aplikasi yang digunakan

3. Menjaga mata anak
- Memastikan menggunakan peranti pada jarak yang betul
- Penapis sinar biru supaya mereka boleh tidur nyenyak
- Menerima notifikasi pemeriksaan mata
- Mengurangkan sindrom ocular


Menariknya Plano turut hadir dengan fungsi 'mata ganjaran' di mana anak akan menerima rewards jika mereka menggunakan peranti dengan baik.

Anda boleh memuat turun aplikasi Plano pada peranti iOS dan Android. Nikmati Plano secara percuma selama 30 hari.


App Store: https://itunes.apple.com/sg/app/plano-parental-control-app-for-families/id1261481045?mt=8
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=co.plano&hl=en

Entri sebelum ini - Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Terima kasih kerana membaca Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

Catat Ulasan

13Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Untuk pengguna Malaysia take boleh ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. app ni available di seluruh dunia termasuk malaysia

      Padam
  2. kawal sebelum parah...mujurlah skill pass out tu budak dewasa yang cuba...semua datang dari internet la ni hehehe

    BalasPadam
  3. Memang bahaya bagi gajet tanpa kawalan

    Jadi ketagih

    BalasPadam
  4. Saya rasa.. bukan budak je perlukan ni. Saya pun perlukan ni.. terlalu banyak luangkan masa di media sosial :(

    BalasPadam
  5. Kami memang suami isteri tak berikan gajet langsung pada anak, takut diorang leka dan kami pulak risau kami tak boleh nak control.

    Aplikasi macam ni bagus juga untuk parents yang berikan anak mereka gajet untuk mengawal penggunaannya

    BalasPadam
  6. ade juga rupanya apps macam ni..bagus..kalau tv pula macam mana? kdng2 masalah juga tu

    BalasPadam
  7. instal harus install app ini anak saya kalau dah berhadpan dengan gajet jadi lupa waktu

    BalasPadam
  8. miera baru tau ni.. kena pesan kat abang la..risau bila anak buah pun dah mula cari gadget sekarang

    BalasPadam
  9. kena try kat mak bapak jugak ni..baru ke anak sbb parents pun sama ligat kat soc med ni..hehehe

    BalasPadam
  10. menarik sangat apps ni. Bimbang bila dah makin besar ni, pandai minta bodek-bodek minta gadget.

    BalasPadam
  11. Sy x boleh nk install pon..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top