Sinopsis Drama Dia di Tv3. Stesen televisyen nombor satu Malaysia sentiasa komited dalam mengyajikan kandungan terbaik untuk penonton setianya. Terbaharu, bakal menyaksikan sebuah drama yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia berjudul "DIA".
Drama rantaian Dia bakal menggandingkan Janna Nick dan Irwansyah sebagai teraju utama dan dibantu oleh barisan pelakon tersohor seperti Izara Aishah, Adi Putra, Fazlina Ahmad Daud, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Emma Maembong, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, dan ramai lagi.
Bersiaran sebanyak 60 episod, Dia, yang diterbitkan oleh produksi OrangeTree Production ini diarahkan oleh tiga pengarah berbeza iaitu Eoon Shuhaini, Omar Olly Alaydrus, dan Zamri Zakaria.
Selain itu skrip juga digaram oleh lima pengarah berbeza.
Baca: Menu Best di Hayaki Cafe
Drama eksklusif yang diramal bakal mencetus fenomena ini bakal bersiaran mulain 14 Oktober 2017, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Tv3.
Sinopsis Drama Dia di Tv3
Adit, jejaka Indonesia menerima surat wasiat dari ayahnya yang dia bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia. Akan tetapi menguruskan perniagaan keluarga bukan satu-satunya amanat yang perlu dituruti.
Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan ayahnya di Malaysia. Sebagai seorang anak yang baik dan jujur, Adit akur dan menuruti amanat orang tuanya itu walaupun sudah mempunyai pilihan hati.
Namun untuk merealisasikan impian ayahnya bukan mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapinya di Malaysia.
Artikel sebelum ini - Ulasan Filem Mother!
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Drama Dia di Tv3
meski judulnya / titelnya pendek namun mengundang rasa penasaran untuk tonton drama ini
BalasPadamcomel pelakon2nya
BalasPadamtak berapa rajin nak menengoknya
BalasPadamsama la.
PadamBoleh tahan panjang juga episod cerita ni, mesti lakonan mantap dari semua pelakonnya selepas digarap oleh 3 pengarah yang berbeza
BalasPadammudah-mudahan saya ingat dan ada masa untuk menonton drama ini..
BalasPadammacam best sahaja..
pelakon juga hebat.
Makin banyak drama-drama dekat tv3 kan. Menjadi kegilaan orang untuk menontonnya.
BalasPadamTapi saya jarang tengok drama-drama melayu ni
saya tak tengok langsung. lagi banyak download series dari us.
PadamAssalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis Nik
BalasPadamSelamat bercuti ya
Sambil cuti habis kan masa dengan keluarga
Lama sangat episodnya... jenuh nak tunggu.. hahaha
BalasPadam60 episod..wow..
BalasPadam