Gara-gara budaya KPOP yang semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia, ramai yang memilih Korea Selatan sebagai lokasi destinasi percutian kerana terpengaruh dengan drama/filem, muzik dan fesyen dari negara itu. Apatah lagi bila Air Asia kini melancarkan penerbangan terus dan harga murah ke Korea.
Berkaitan: Pengalaman Menonton Man United di Old Trafford
Di mana tempat menarik di Korea Selatan? Forget about Seoul, let's do something different dengan bercuti di Pulau Jeju yang terletak di selatan Semenanjung Korea. Pulau Jeju ibarat Hawaii bagi Amerika Syarikat kerana pulau ini terkenal dengan keindahan pantai dan alam semula jadi, serta cuacanya yang panas.
I've never been to Jeju Island before, not even South Korea!. Tapi dalam post ini saya kongsikan tempat menarik di Pulau Jeju supaya ia dapat menjadi panduan serta idea destinasi percutian anda kelak.
Tempat menarik di Pulau Jeju Korea Selatan
Seongsan Ilchulbong
Untuk pengetahuan, Seongsan Ilchubong merupakan salah satu daripada tapak warisan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan diiktiraf antara 7 Wonders of The World.
Seongsan Ilchulbong kelihatan seperti sebuah kawah terbentuk daripada letusan gunung berapi ribuan tahun dahulu. Selain dari pemandangan yang memukau, ia turut menjadi lokasi terbaik untuk melihat matahari terbit sehingga ia diberi jolokan 'Sunrise Peak.'
Jeongbang Waterfalls
Satu-satunya air terjun di Asia di mana air terjunnya terus turun ke laut. Bagi yang suka akan keunikan alam semula jadi, Jeongbang Waterfalls merupakan tempat menarik yang wajib pergi memandangkan ia merupakan satu-satunya air terjun seumpamanya di Asia.
Manjanggul Cave
Diiktiraf UNESCO World Heritage, Gua Manjanggul merupakan terowong lava gunung berapi yang terbentuk sejak 2.5 juta tahun dahulu. Stalagmite dan stalactite sepanjang 70cm pasti membuatkan anda terpegun disaat lampu yang dipasang menghasilkan pantulan cahaya yang mengagumkan. Walaupun gua ini sepanjang 13km, hanya 1km dibuka untuk tatapan pelancong.
Woljeong Beach
Sebuah pulau tidak dapat dipisahkan dengan pantai yang indah. Bagi Pulau Jeju, Woljeong Beach adalah pantai tercantik kerana pengunjung dapat menikmati air biru yang bersatu dengan pesisir pantai yang ditaburi pasir putih. Woljeong Beach turut dilengkapi dengan deretan restoran/cafe di sepanjang pantai. Musim panas di Jeju tidak akan lengkap tanpa lawatan ke Woljeong Beach.
Muzeum O’Sulloc (Muzium Teh Hijau)
Sama seperti UK, Korea turut terkenal dengan budaya minum teh. Di mana tempat terbaik untuk mempelajari tentang teh kalau bukan di muzeum teh? Huruf 'O' pada nama O'Sulloc bermaksud menghargai dan kegembiraan, manakala 'sulloc' bermaksud teh hijau.
O'Sulloc Museum terbahagi kepada 6 pameran berbeza. Pelajari pelbagai jenis teh di Korea dan serata dunia sambil menghirup teh hijau di taman indoor dan ladang teh yang terbentang luas. Penggemar teh khususnya teh hijau (matcha) pasti tidak mahu melepaskan peluang ini.
Harga tiket: Percuma
Berkaitan: Percutian Menarik di Hatyai Part 1
Mount Hallasan
Satu lagi lokasi yang diiktiraf UNESCO World Heritage. If you are up for a hike, Gunung Hallasan yang terletak di tengah-tengah Pulau Jeju pasti tidak akan mengecewakan. Meskipun berketinggian 1950m, Gunung Hallasan mudah didaki melalui laluan hiking yang disediakan.
Kalau nak tahu Mount Hallasan adalah tempat menarik di Jeju musim salji. Kawasan ini akan dipenuhi dengan salju memutih dan inilah masanya untuk anda mengambil peluang main salji.
Ada juga yang tertanya-tanya adakah Mount Hallasa adalah tempat main ski di Jeju. Ada yang pernah cuba? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.
Teddy Bear Museum
Jika bercuti bersama anak-anak tidak sah kalau tidak melawat Teddy Bear Museum. Jeju Teddy Bear Museum mempamerkan ribuan teddy bear yang kebanyakkan adalah buatan tangan. Pelajari sejarah pembuatannya berserta teddy bear yang menyerupai figura terkenal sepert Mona Lisa. Kanak-kanak pasti tak senang duduk!
Waktu operasi: 9 am - 6pm
Harga tiket: RM30 di Klook.com >> Book tiket di SINI
Alamat: 2889 Saekdal-dong, Seogwipo, Jeju-do, South Korea
Dokkaebi Road
Pernah dengar jalan misteri di Jeju di mana kenderaan bergerak ke arah bukit walaupun enjin dimatikan? Ya, ia terletak di Pulau Jeju. Dokkaebi Road cukup popular bahkan cecair pun mengalir ke atas. Hakikatnya, Dokkaebi Road bukanlah kawasan mempunyai kuasa mistik tetapi ia hanya optical illusion disebabkan keadaan sekeliling.
Daepo Jusangjeolli Cliff
Terletak di hujung hutan, anda akan menemui curam unik yang dipanggil Daepo Jusangjeolli Cliff. Menariknya, curam ini kelihatan seperti gabungan ribuan tiang berbentuk segi empat dan enam (hexagonal).
Kalau nak tahu batu-batu berbentuk hexagonal ini terbentuk secara semula jadi hasil dari lava letusan gunung berapi. Lava kemudian mengalir ke laut Jungmung dan bertemu dengan air laut yang sejuk. Seterusnya menjadi batu hitam seperti yang boleh dilihat sekarang.
Sunggu unik bagai mana ia terbentuk menjadi segi enam yang sempurna.Terdapat laluan pejalan kaki untuk pelancong melihat pemandangan dan mengambil gambar.
Alamat: Jungmun-dong, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea
Seopjikoji
Seopjikoji turut menjadi pilihan pelancong sebagai salah satu tempat menarik di Jeju. Ini kerana Seopjikoji menawarkan pemandangan pinggir laut berbukit yang cukup indah.
Dengan rumput yang menghijau, ditambah pula dengan adanya rumah api, ini menambahkan lagi keindahan kawasan ini.
Terdapat sebuah gereja di sini dan ia menjadi lokasi penggambaran drama All In.
Tiket masuk ke Seopjikoji adalah percuma, tetapi anda perlu membayar 1000 won untuk parking kenderaan. Rugi kalau tidak ke sini kerana panoramanya bak Eropah.
Alamat: 262 Seopjikoji-ro, Seongsan-eup, Seogwipo
Canola Field
Waktu terbaik untuk ke Canola Field adalah pada musim bunga. Pada musim ini anda akan dapat lihat bunga canola yang berwarna kuning kembang mekar.
Lokasi ini boleh dikatakan tempat wajib pergi pada musim bunga. Iaitu sekitar April, malah mereka mengadakan Jeju Canola Flower Festival untuk pelancong. Bayangkan bunga canola ini terbentang luas dab berlatar belakangkan Gunung Sanbangsang.
Harga tiket: 1,000 won
Alamat: Sanbangsan Andeok-myeon, Seogwipo-si
Sangumburi Crater
Kawah Sangumburi merupakan salah satu kawah gunung berapi di Pulau Jeju. Apa yang membuatkan ia lain dari yang lain adalah kerana kawahnya lebih besar dari yang lain. Malah yang tercantik di dunia.
Terletak di Gyorae-ri, Jocheon-eup, kawasannya menjadi subur dengan tanam-tanaman seperti buah-buahan. pengunjung berpeluang melihat pokok red-thorn, magnolia, winter strawberry, evergreen, maple, mountain strawberry, dan flamegrass di sini.
Sangumburi adalah tempat menarik di Jeju pada musim sejuk. Pada musim ini tumbuh tumbuhan mekar dan angin dingin menambahkan lagi keseronokkan percutian anda.
Waktu operasi: 9am - 5.40 pm
Harga tiket: Dewasa 6,000 won | Kanak-kanak 3,000 won
Alamat: Gyorae-ri, Jocheon-eup, Jeju city.
Jeolmul Recreational Forest
Untuk pencinta alam sekitar, jangan lepaskan peluang ke Jeolmul Recreational Forest. tempat rekreasi ini kaya dengan flora dan fauna yang mampu memikat hati anda.
Pengunjung disediakan laluan pejalan kaki di celah-celah ribuan pokok tinggi.
Jika bernasib baik, anda dapat menyaksikan kawah Seongsan Ilchulbong pada hari tidak berkabus dari puncak bukit.
Nama pun tem rekreasi, maka banyaklah kemudahan yang disediakan untuk pengunjung mengabiskan masa bersama keluarga. Terdapat taman permainan, tasik, kemudahan bersukan, tempat makan, dan lan-lain.
Udara nyaman di sini memang seronok untuk dinikmati tanpa mengira musim.
Harga tiket: Dewasa 1,000 won | Kanak-kanak 3,000 wom
Alamat: 584 Myeongnim-ro, Bonggae-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea
Yongmeori Coast
Pesisiran pantai yang tebingnya terbentuk dari lava gunung berapi lalu menghasilkan corak unik. Sekilas pandang, ia kelihatan seolah Grand Canyon di Amerika Syarikat.
Berjalan-jalan di atas batu ini memberikan pengalaman yang berlainan. Saksikan juga kolam semula jadi yang terhasil.
Harga tiket: Percuma
Alamat: South Korea, Jeju-do, Seogwipo, 안덕면 Andeok-myeon, 사계리
Yongyeon Bridge & Pond
Salah satu tempat menarik di Pulau Jeju pada waktu malam. Selepas matahari terbenam, lampu lampu akan mewarnai jambatan, laluan pejalan kaki, serta gazebo yang dibina di sini.
Sungguh mengasyikkan. Pada waktu siang, pengunjung dihiasi dengan panorama tasik yang airnya sangat jernih. Fun fact, tasik ini sangat dalam dan terlindung oleh 8 dinding batu tinggi.
Mereka membina jambatan yang menghubungkan dua tebing ini dan kawasan ini menjadi daya penarik buat pelancong untuk mengambil gambar kenangan.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Yongdami-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
Oedolgae Rock
Memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam pendakian untuk ke puncak. Pendakian tidaklah berliku dan terlalu mencabar tetapi agak tidak sesuai untuk warga emas.
Sesampainya di puncak, segala penat lelah akan hilang kerana anda dihidangkan dengan pemandangan laut dan sebuah batu besar yang unik. Malah, Oedolgae Rock juga dikelilingin beberapa buah pulau kecil Pulau Bum, Pulau Sae, dan Seonnyu Rock.
Kalau nak lebih indah, datang ketika matahari terbenam. Anda pasti akan jatuh cinta akan panorama di sini.
Alamat: 791 Seohong-dong, Seogwipo, Jeju-do, South Korea
Alive Museum
Muzium 3D memnag tak boleh dipisahkan dengan percutian bukan? Pulau Jeju turut memiliki muzium 3D iaitu Alive Museum untuk anda mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga dan rakan.
Banyak sekali lukisan dan mural 3d yang tampak realistik sekiranya dilihat dari sudut tertentu. Anda boleh penuhkan Instagram feed dengan gambar pelbagai pose.
Harga tiket: Dewasa 12,000 won | Kanak-kanak 10,000 won
Waktu operasi: 9 am - 9.30 pm
Alamat: South Korea, Jeju-do, Seogwipo-si, 특별자치도, Saekdal-dong, 2629 KR
Jeju Dongmun Traditional Market
Membeli buah tangan sudah menjadi kewajiban sekiranya melancong ke luar negara. Jeju Dongmun Traditional market adalah tempat shopping terkenal di Pulau Jeju.
Ia boleh dikatakan seperti Uptown atau pasar malam. Banyak barangan seperti pakaian dan aksesori yang boleh didapati dengan harga murah. Aksesori cute, fashion K Pop, cenderamata seperti keychai, fridge magnet, memang banyak sangat.
Alamat: 20 Gwandeong-ro 14(sipsa)-gil, Idoil-dong, Cheju, Jeju-do,
Tempat makan halal di Pulau Jeju
Mencari restoran halal di Jeju? Yelah, takkan nak makan me segera sahaja di bilik hotel. Terdapat beberapa buah restoran halal di Jeju yang boleh anda kunjungi. Restoran ini kebiasaannya dipenuhi pelancong Muslim
- Bada Janchi - Menyediakan makanan laut ala Korea.
- Mulmegol - Hidangan vegeterian mesra Muslim. Menu tofu, pancake, salad, dan rice wrap memang sentiasa menjadi kegemaran pelanggan.
- Bagdad Halal Jeju - Restoran ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan seperti ayam tandoori, roti naan, samosa, dan lain-lain.
Hotel menarik di Jeju
Playce Camp Jeju
Nak menginap di mana? Saya cadangkan anda menginap di Hotel Playce Camp Jeju iaitu sebuah hotel bajet yang terletak di Seongsan-eup.
Hiasan dalamannya sangat minimal iaitu bertemakan warna putih yang menenangkan. Pemilihan perabot juga bijak. Ringkas tetapi masih ada unsur elegan. Sesuai untuk mereka yang ingin berjimat atau bagpackers ke Jeju.
Agak dekat dengan tempat menarik. Kalau nak lebih jimat, naik bas di Jeju adalah pilihan ideal untuk jalan-jalan.
Jarak dengan tempat menarik:
- Seongsan Ilchulbong: 2.2 km
- Seopjikoji : 3.1 km
Harga: RM77 di Agoda > TEMPAH DI SINI
Alamat: 20, Dongnyuam-ro, Seongsan-eup, Seongsan, 63640 Seogwipo, South Korea
Untuk memastikan percutian di Pulau Jeju berjalan lancar, saya cadangkan anda memilih travel agent berpengalaman dan di percayai iaitu, Arba Travel. Mereka menyediakan pakej percutian yang diisi dengan lawatan dan aktiviti menarik. Harganya juga berpatutan. Anda boleh rujuk di pautan Pakej Percutian Jeju 2019 / 2020.
Semoga artikel ini bermanfaat sekiranya anda bercadang untuk ke tempat menarik di Pulau Jeju, Korea.
Wish place untuk honeymoon nie..
BalasPadamRasa menggeletik jer nak pergi ke Pulau Jeju nih, cantik betul kat sana P
BalasPadamMemang gara-gara cerita Korea lah kenal Jeju Island ni...hehe
teringinnya nak pi. kena menabung la ni
BalasPadamjeju sekarang dah senang nak pergi...kapal terbang banyak ke sana hehe
BalasPadamTeddy bear pun ada muzium ye
BalasPadamCantiknyer pulau jeju
BalasPadamCantiknya Pulau Jeju tu, teringin nak pergi...
BalasPadambestnyer all this places.. i miss travelling and i think that jeju will definitely be on my list of travels! especially the beach.. cantik sangat!
BalasPadamDah sampai korea tapi pulau jeju tak sampai lagi..harap2 dapat lah pergi ke sana one day..thanks for sharing bolelah buat rujukan nanti
BalasPadamKorea memang banyak tempat menarik kan. Suka tengok tempat tempat yang ada kat Korea. Pulau Jeju tu kalau tak pergi memang rasa rugi je kan. Nanti ade rezeki nak jugak datang sini.
BalasPadamantara lokasi dalam wishlist akak ni. memang teringin nak datang tengok view pokok dan dan pemandangan yang sangat cantik. hopefully one day boleh datang sini, dengan suamilah haha, honeymoon kesekian kalinya
BalasPadamBanyaknya tempat
BalasPadamMenarik di jeju. Semuanya best dan macam kena peegi ni hehehehe. Tak pernah lagi sampai jeju tapi ingat nak rancang bawa famili ke sini satu hari nanti
cantiknya, kita memang nak ke korea. bilalah dapat agaknya. pemandangan cantik sungguh.
BalasPadamBanyak tempat menarik dekat korea ni..tengok gamabr dulu, listkan..one day akan pegi juga ke negara orang ni..hehee..
BalasPadamCantiknya Pulau Jeju ni. Memang teringin sangat nak ke sana. Si dah pernah ke Korea tapi Pulau Jeju tak jejak pulak..rugi rasanya
BalasPadamwowww.. cantik semua pemandangan di pulau jeju tu.. alangkah seronoknya sesiapa yang dah sampai ke korea ni.. TB pun teringin gak.. sebab tengok ramai yang bergambar di pemandangan yang cantik kat sana
BalasPadamAwww your post makes me want to buy a ticket and fly myself off to Jeju Island, the scenery is just beautiful!
BalasPadambanyaknya lokasi menarik dan cantik2 di sekitar pulau jeju nie. rasa macam nak pergi ke sana sekarang jugak. skrg nie tengah ada rpomo rasanya tiket penerbangan ke sana. okay bolehlah start slow2 buat itinerary
BalasPadamJeju merupakan one of new 7 wonders didunia. Okay nampak artikel ni nak survey tiket murah dan jalan-jalan di Jeju.
BalasPadamCousin pernah pergi bercuti di korea.
BalasPadamDia kata cantik sangat. Air sungainya pun terlalu bersih dan jernih.
Beruntungnya siapa yang dapat pergi sana.
Best kan! I rasa I nak booking flight pergi Jeju again coz now got promo.
BalasPadam