KFC Malaysia Perkenal Chizza. Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia memperkenalkan hidangan terbarunya, Chizza, yang menggabungkan ayam dan pizza.
Awal tahun lalu KFC Singapura mempromosikan menu Chizza, ia menjadi viral dan Malaysia turut terkena tempias kerana tertanya-tanya bagaimanakah rasanya. Chizza pernah dijual di beberapa negara Asia seperti Filipina, dan Thailand. Terkini, Chizza dijual di Malaysia bermula 21 November 2017.
KFC Malaysia Perkenal Chizza
Chizza adalah gabungan dua makanan kegemaran ramai iaitu ayam KFC dan pizza. Tetapi ia tidak mempunyai doh seperti pizza biasa tetapi digantikan dengan ayam. Chizza menggabungkan kepingan ayam Hot & Spicy dan topping wajib pizza seperti tomato sos, nenas, bawang, cili dan serbuk parsli, serta keju istimewa KFC.
Baca: Antara Tempat & Aktiviti Menarik Pulau Jeju, Korea
Harga KFC Chizza
Chizza boleh dibeli secara ala carte berharga RM7.90 atau combo, iaitu Chizza Box (RM11.90) yang hadir bersama ubi kentang (Crispier Fries), dan minuman berkarbonat. Anda juga diberi pilihan untuk menambah ayam sebagai hidangan tambahan (RM15.90).
KFC Chizza review!
I had a chance to try Chizza yesterday and here is what I think. Bila tengok gambar promosi, ia memang nampak menyelerakan dan saya tidak memberi harapan yang tinggi terhadap
Honestly, saya tidak memberikan harapan yang tinggi terhadap Chizza kerana saya yakin kita semua sering kecewa selepas membeli menu terhad. Masih ingat menu Hot & Spicy Shrimp? Saiz udang cukup menyedihkan.
Tapi untuk Chizza, kepingan dada ayam agak kecil tapi lebih besar dari apa yang saya jangkakan. Berbeza dengan kotak take-away biasa, Chizza hadir dengan kotak pizza (yang tebal).
Bagaimana rasanya? Basically what you see is what you get iaitu ayam goreng dengan sos pizza. Pada saya gambungan ayam dan sos pizza itu cukup berkesan. My only problem was PINEAPPLE. I just don't like pineapple on my pizza! 🙅
Tapi kalau korang suka Hawaiian Pizza, korang akan suka Chizza.
Sedap? YES
Berbaloi? YES
Buat belian kedua? YES
Is it better than pizza? HELL NO!
Entri sebelum ini - Sinopsis Dekatkan Jarak Kita
Terima kasih kerana membaca KFC Malaysia Perkenal Chizza
gimana ya rasanya pizza campur ayam gitu terliur jadinya
BalasPadamkalau dah makan leh la ambil gambar yang realitinya...hehe
BalasPadamWahh.... Menarik ni. !!
BalasPadamLeh plan bawak anak-anak cuba.
Kontroversi betul lauk baru key ep cee ni
BalasPadamAda orang kata saiznya kecik je
Tak sama macam dalam iklan
Macam mana lah rasanya, tak sabar nak tunggu Nik review
BalasPadamMesti sedap kan menu baru ni. Akak pebret ayam Kay ep ci
BalasPadamSedap ni, Saya mau coba.
BalasPadamini pun belum cuba. orang cakap rasa dia lebih kurang macam Zinger.
BalasPadamSedap ni ayam goreng kfc.
BalasPadam