McDonald's Fish and Fries Malaysia Review

7



McDonald's Fish and Fries Malaysia Review. Awal November lalu ia hanya dijual di beberapa kiosk sekitar Lembah Klang sahaja. Kini McDonalds Malaysia mula menjual menu terbaru iaitu Fish and Fries di seluruh Malaysia.

McDonalds Malaysia sering tampil dengan menu terhad menarik. Contohnya beberapa bulan lalu penggemar rangkaian makanan segera disajikan dengan Spicy Korean Burger, Thai Fish Burger dan Aiskrim Durian.


Tidak mahu kalah dengan pesaing terdekatnya, KFC, yang kini rancak dengan menu Chizza, McDonald's memperkenalkan sajian klasik British iaitu fish & chips. Memandangkan, rakyat British memanggil 'chips' untuk ubi kentang instead of  'fries', dan McDonald's sendiri menamakan kentang goreng mereka 'fries', maka terhasilah FISH AND FRIES.  

Berkaitan: KFC Perkenal Chizza

McDonald's Fish and Fries Malaysia Review

Hidangan Fish & Fries hadir bersama kepingan ikan yang bersalut tepung rangup, pilihan sos tartar atau green curry, kentang goreng, dan air berkarbonat.

Saya sempat mencubanya semalam. Sedap, rangup di luar dan isi ikannya sangat lembut apatah lagi apabila dicicah sos istimewa. It was a real fish, guys. Rasanya seakan-akan menu sama di Manhattan Fish Market.



Malangnya ia dijual pada harga yang agak mahal. Harga Fish and Fries adalah RM12.95 (1 keping ikan) dan RM17.95 (2 keping ikan). Sangat tidak berbaloi memandangkan ikan yang dihidangkan sangat kecil. Dengan harga semahal itu saya mengharapkan ia lebih besar dan hadir bersama hirisan lemon.

McFlurry Party

Selain itu,aiskrim McFlurry Party yang berharga RM9.95. Okay, tiada apa yang istimewanya dengan McFlurry Party. Ia hanyalah McFlurry Oreo + Sunday Strawberry. Cuma ia dihidangkan dalam bekas yang lebih besar. Sesuai jika dikongsi bersama 2 hingga 3 orang, saya kira kerana itulah ia diberi nama 'party'.


Entri sebelum ini - Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca McDonald's Fish and Fries Malaysia Review

Catat Ulasan

7Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. pergh..sedap nie

    memang feel kalau makan bersama orang tersayang..

    BalasPadam
  2. dah banyak kali tengok orang review menu baru ni. kena fikir dululah nak cuba ke tidak sebab tengah diet. mungkin boleh cuba bila cheat day. tapi tengok pada harga, macam tak setanding dengan serving portion dia.

    BalasPadam
  3. mcd dah jual ikan juga wah semakin banyak menu cocok sekarang buat yang lagidiet

    BalasPadam
  4. Pergh nik makan tak ajak. Haha. Yang ni boleh makan time dah gaji awal bulan dan perut tak lapar teruk boleh kot. Kalau kebulur, tak kenyang ni. Hahaha

    BalasPadam
  5. Sekali sekala best la layann Mc D, Mc Flurry. hehehee...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top