Oppo F5 Ini Antara yang Menarik. Dalam sejumlah jenama pengeluar telefon pintar dari Cina kita tidak boleh nafikan Oppo adalah paling menyerlah. Sering hadir dengan peranti berspesifikasi dan design menarik, harga yang berpatutan juga merupakan salah satu penyumbang kejayaan peranti di bawah naungan BBK Electronics ini.
Oppo memang terkenal dalam penawaran kamera hadapan yang berkualiti dan mereka masih melakukannya hingga ke hari ini. Peranti terbaharu, Oppo F5, tidak terhad pada kepakaran selfie sahaja, bahkan menyokong ciri-ciri menarik yang mampu menarik perhatian.
Oppo F5 Ini Antara yang Menarik
#1 Skrin
Pada tahun 2017 kita telah melihat sejumlah peranti menyokong skrin hampir penuh dan Oppo semakin hampir untuk mengikut jejak langkah Galaxy S8 dan iPhone X.Oppo F5 hadir dengan dengan skrin yang mempunyai nisbah 18:9 iaitu paparan lebih lebar hampir ke bingkai. 2.5D Corning Gorilla Glass turut membuatkan peranti ini tampak premium.
#2 Chip, RAM, dan storage
F5 dikuasakan dengan sistem pemprosesan Helio P23 lapan teras dan dibina menggunakan chip Cortex A53. Biarpun dikira kelas pertengahan, ia sudah dikira berkuasa bagi pengguna sederhana tambahan pula ia dilengkap pilihan RAM 4GB atau 6GB.
Baca juga: Ciri Menarik dan Harga Oppo F9 Malaysia
Selain itu ia hadir dengan Android versi terkini iaitu Nougat 7.1.1 dengan pelancar ColorOS 3.2 yang sudah menjadi trademark Oppo.
Baca: Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone x
#3 Kamera hadapan
Nilai utama yang menjadi fokus Oppo F5 adalah kamera hadapannya. Bagi mereka yang gemar mengambil selfie, berita baik kerana kamera hadapan disokong 20MP dengan aperture f/2.0. Malah, ia hadir dengan teknologi A.I (Beauty Recognition) yang mampu merakam selfie pada kualiti terbaik
#4 Face Unlock
Inilah yang saya maksudkan ciri yang mampu menarik perhatian. Oppo F5 bukan sahaja terbina dengan pengimbas cap jari, bahkan hadir dengan 'face ID' iaitu pengimbas wajah salah satu ciri paling hangat tahun 2017. Oppo memberi kebebasan kepada anda sama ada ingin menggunakan pengimbas wajah, cap jari, ataupun pattern unlock.
Baca: Punca Data Internet Telefon Cepat Habis
Spesifikasi Oppo F5
OPPO F5
|
|
Saiz
|
6.16 x 2.99 x 0.30 inci
|
Berat
|
152 gram
|
Skrin
|
TFT FHD+ (402 PPI)
|
CPU
|
Octa core 2.3 GHz Cortex A53
|
Chipset
|
Mediatek MT6763T Helio P23
|
Sistem Operasi
|
Android Nougat 7.1.1
|
Memori
|
4gb RAM: 32GB ;
6gb RAM 64GB
|
Kad SD
|
Dibenarkan sehingga 256gb
|
Kamera
|
Belakang: 16mp, f/1.8, PDAF ;
Hadapan: 20mp, f/2.0, A.I
|
Pengimbas cap jari
|
Disediakan
|
Pengimbas wajah
|
Disediakan
|
Bateri
|
Li-Ion 3200 mAH (tidak boleh ditanggalkan
|
Kad Sim
|
Dwi-sim
|
Warna
|
Black, Gold, Red (6gb sahaja)
|
Harga Oppo F5 Malaysia
Dalam pasaran Malaysia, harga Oppo F5 bermula pada RM1298.
Bagi yang tercari-cari smartphone Android high-end dengan spesifikasi terkini pada harga mampu milik, mungkin anda boleh consider Oppo F5.
Sebagai pengguna dan peminat peranti Oppo, saya sendiri cukup teruja dengan spesifikasi dan harga F5. Anda boleh pre-order di Lazada dan nikmati beberapa free gift menarik! Pre-order di sini > Oppo F5
Entri sebelum ini - Kalendar Cuti Sekolah & Cuti Umum 2018
Terima kasih kerana membaca Oppo F5 Ini Antara yang Menarik
Saya minat nak beli handphone tapi tengah kumpul bajet
BalasPadamSudah ramai juga kawan-kawan sekerja guna Oppo ni , tengok spefikasi pun dah cun
BalasPadamDah ada Oppo F5...saya masih guna Oppo F1. Tengok spec mmg menarik la.
BalasPadamTak dinafikan OPPO punya gambar sangat-sangat shantek. Pernah guna OPPO juga. Tapi skrg tak lagi sebab bateri sudah out. Hahahaha...
BalasPadamentah mengapa brand oppo tidak terlalu meletop di Indonesia banyak oppo yang diletak di counter tak ada peminat
BalasPadamkamera oppo memang daboom
BalasPadamFuah fuah fuah.. Spesifikasi yang merecik dan harganya berpatutan berbanding jenama yang lain..
BalasPadamMemang berbaloi ni kalau beli..
mesti berbaloi pakai ni
BalasPadamBoleh beli bila dah cukup tabung ayam nanti
BalasPadammacam typo je harga RM129 tu hehe.. murah sangat tu. pelik ngan oppo.. aku pakai oppo f7 2014.. cam ne dia boleh patah balik f1 pastu f5... aigoo.. patot terus f8 ke f9 ke..hahaha. pakai sekarang f7 still the best.. tak hang..
BalasPadamhahah! mcm mana bleh tak perasan. thanks. dah edit
Padamzaman sekarang spec camera kalah mp dslr huhu..baik beli henfon..dslr yang bodynya tak melebihi rm3k la hehe
BalasPadamsebab tu jualan dslr merosot
PadamHuh..ada rezeki murah lebih sikit boleh angkat satu oppo F5 ni..
BalasPadam