Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

9


Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu. Telah terbukti secara saintifik dan sejak turun-temurun yang pokok lidah buaya atau aloe vera mempunyai nilai khasiat yang tinggi.

Ekstrak lidah buaya menjadi sebahagian daripada rawatan alternatif kerana khasiatnya baik untuk bahagian dalaman mahupun luaran. Maka tidak hairanlah jika sudah banyak produk berasaskan aloe vera dihasilkan.

Saya yakin anda semua pernah dengar tentang gel aloe vera. Ia popular kerana memberi kesan positif dan sesuai untuk semua golongan. Tidak kira berdepan dengan merawat masalah kulit kering/berminyak, sunburn, atau jerawat, gel aloe vera sentiasa menjadi penyelamat.

Baca: Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Tapi tahukan anda yang gel aloe vera itu banyak kegunaannya? Setiap sen yang anda keluarkan untuk membeli gel aloe vera tu cukup berbaloi. Pepatah mat saleh ada menyebut "It's worth every penny!"

Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

1. Merawat rambut dan kulit kepala

Masalah rambut rosak, bercabang, kusam dan berminyak boleh diselesaikan dengan gel ini. Malah, ia juga melebatkan rambut kerana lidah buaya membuang sel kulit mati pada kulit kepala seterusnya merangsang pertumbuhan rambut.

2. Sunburn/selaran matahari

Merawat sunburn adalah antara kegunaan utama gel aloe vera. Sesuai sangat dengan cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun. Ia bertindak memberikan kelembapan, menenangkan, dan meredakan keradangan.

Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

3. Pelembab seluruh badan

Gel aloe vera mampu melembabkan kulit kering, mengurangkan minyak pada wajah. Ia meningkatkan kandungan air pada kulit tanpa membuatkan wajah anda berminyak. Saja nak ingatkan yang gel aloe vera ni tidak dikira sebagai daily moisturizer untuk muka okay? Anda kena guna pelembap khas untuk wajah.

Berkaitan: Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

4. After shave (selepas bercukur)

Anda perlu tahu, tidak kira lelaki atau perempuan kulit menjadi lebih sensitif selepas mencukur.
Gel aloe vera boleh digunakan sebagai rawatan aftershave kerana sifat penyembuhannya boleh merawat luka kecil yang disebabkan oleh pencukuran.

5. Makeup tahan lama

Untuk memastikan makeup yang dipakai tahan lebih lama, jadikan gel ini sebagai makeup-base. Sapukan gel sebelum memakai foundation.

Berkaitan: Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

6. Merawat jerawat

Aloe vera bersifat anti bakteria dan anti radang membolehkan ia merawat jerawat dengan cepat. Ia juga merangsang pertumbuhan sel baru dan mencegah parut bekas jerawat daripada menjadi lebih teruk.

Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

7. Mengelak tanda awal penuaan

Kedutan dan garis halus akan muncul di saat umur semakin meningkat. Lidah buaya meningkatkan keanjalan kulit dan menjadikannya lebih licin dan lebih lembut.

8. Eye mask

Tidak cukup tidur dan sering menghadap skrin telefon/komputer menyebabkan wujudnya lingkaran gelap bawah mata. Ini menyebabkan anda nampak lesu dan tidak bermaya. Untuk mencegah, sapukan gel pada kapas, kemudian letakkan pada mata san biarkan selama 10-15 minit.

9. Kuku

Asyik menjaga wajah membuatkan kita lupa akan kesihatan kuku. Sapukan gel in pada kuku supaya ia nampak bersih, segar, dan bersinar. Ingat, kuku sering dinilai dan menjadi penanda aras tahap kebersihan seseorang.

Kat mana nak beli gel aloe vera?

Gel aloe vera dari jenama Nature Republic dari Korea Selatan memang tengah 'in' bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Aloe Vera 92% Soothing Gel antara yang terlaris di pasaran. Setakat ini saya belum pernah tengok gel aloe vera di drug store seperti Watsons dan Guardians. 


Jadi beli online lebih murah. Untuk memastikan anda beli 100% produk original, saya cadangkan beli di e-dagang kecantikan seperti Hermo. Saya tinggalkan link kat bawah.

- Soothing Gel 300ml
- Soothing Gel Mist

Entri sebelum ini - Filem Superhero Terbaik 2017

Terima kasih kerana membaca Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu
Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. dah try produk ni memang bagus , 100% dari bahan organik

    ReplyDelete
  2. lidah buaya ternyata banyak fungsinya ya untuk kecantikan

    ReplyDelete
  3. masa saya kecik dulu popular gak gel aloe vera

    ReplyDelete
  4. Banyak khasiat aloe vera ni. Dekat kampung pun ada jugak ni orang tanam pokok lidah buaya. Kalau nak senang beli je secara online dari blog ni kan?

    ReplyDelete
  5. Yang saya tahu memang boleh hilangkan jerawat dan parutnya sebab tu dulu arwah mama selalu pesan suruh potong lidah buaya tu sapu di muka

    ReplyDelete
  6. untuk parut memang sesuai.

    sangat berkesan.

    ReplyDelete
  7. dulu masa kecil saya suka patahkan daun aloe vera..

    saja nak bermain dengan lendir yang berbentuk gel

    ReplyDelete
  8. Banyak juga kebaikkan aloe vera ni.. Mungkin sesuai dengan muka saya ni

    ReplyDelete
  9. Banyak juga ya kebaikan aloe vera ni rupanya :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top