Teknik Dapatkan Jawline Tajam

11
Teknik Dapatkan Jawline Tajam

Teknik Dapatkan Jawline Tajam. Memiliki jawline tajam atau 'V' dianggap antara aset berharga dan menjadi idaman baik wanita mahupun kaum lelaki.

Apa itu jawline? Ia adalah tulang rahang (jaw) yang bermula dari tepi dan bawah telinga. I know, everyone has jawline, tapi jawline yang tajam lebih menarik dan kriteria ini sangat penting bagi mereka yang mementingkan penampilan.

Kenapa? Kerana memilik rahang tajam membuatkan wajah tampak cantik dalam gambar tidak kira diambil dari sudut mana sekalipun. Lihat sahaja selebriti-selebriti terkenal seperti Angelina Jolie, Robert Pattinson, dan Margot Robbie. Ketajaman jawline mereka menjadi penarik yang paling utama.


Walau bagaimanapun, tidak semua individu dilahirkan bentuk rahang yang menawan.Tetapi terdapat beberapa teknik senaman yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan jawline tajam. Paling best, anda tidak perlu keluarkan duit.

Saya kongsikan 8 cara / rutin senaman mudah untuk menonjolkan rahang!

Teknik Dapatkan Jawline Tajam

Buang double-chin

Jangan harap nak jawline cantik kalau ber double-chin! Jaga pemakanan dan jangan biarkan anda mendapat double-chin. Kemudian, ikut rutin yang bakal saya sebut di bawah.

Ketapkan gigi

Mengetap gigi sambil menegangkan bahagian bawah muka selama 10 saat. Ia mungkin membuatkan anda berasa kurang selesa dan lenguh. Cara ini sangat mudah untuk dijadikan rutin harian.


Berkaitan: Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Buat bibir

Sama seperti cara kedua, muncungkan bibir seperti ikan juga boleh membentuk otot rahang.

Urutan wajah

Urutan wajah bagus untuk meningkatkan peredaran darah. Luangkan masa selama beberapa minit untuk mengurut seluruh wajah menggunakan jari dengan gerakan bulat.

Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam berlebihan bukan sahaja mengakibatkan buncit atau bloated, bahkan memberi kesan pada kulit. Elak dari makan makanan masin terutamanya junk food. Nak cantik, makan kena jaga!


Untuk dapatkan panduan pemakanan sihat yang lengkap, anda boleh rujuk link ini >> https://www.eratuku.com/piramid-makanan-malaysia-makanan-berkhasiat-dan-seimbang/

Teknik Dapatkan Jawline Tajam

Tidur yang mencukupi

Tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk mendapatkan badan dan minda yang sihat. Tidur lambat, bangun awal, itu bukan gaya hidup yang sihat. Kesan tidur tidak mencukupi seperti muka sembab dan lingkaran gelap bawah mata. Jawline? Forget about it.


Kunyah gula-gula getah

Bunyi macam remeh, tapi kunyah gula-gula getah merupakan teknik untuk mendapatkan jawline paling mudah dan menyeronokkan. Mengunyahnya melibatkan banyak pergerakan rahang sekaligus memberi senaman otot rahang. Jika and berada di Singapura, jangan ikut cara ini 😝.

Senyum

Ternyata senyum bukan sahaja pembangkit mood dan memberikan impak kepada orang sekeliling. Bahkan, ia merupakan senaman otot!

Entri sebelum ini - Cara Delete Akaun Facebook

Terima kasih kerana membaca Teknik Dapatkan Jawline Tajam
Tags

Catat Ulasan

11Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kalau kurus confirm runcing kan nik

    BalasPadam
  2. jawline tajam tajam ni...balik kampung boleh tolong kopekkan kelapa hehehe..gurau saja..ramai la jadi model lepas ni..terbaik

    BalasPadam
  3. memang tidak dinafikan memiliki dagu yang tajam memang cantik seperti wani hasrita..

    kalau lelaki saya sendiri kot hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perasan plak jawline wani hasrita tu mcm mana

      Padam
  4. Klu lelaki mmg nampak macho klu ada jawline tajam hehe :)

    BalasPadam
  5. miera tak pernah terfikir pulak bab nak dapatkan jawline sebab muka memang tembam.. tapi kalau ada, memang cantik kan.. pakai shawl pun nampak cantik..

    BalasPadam
  6. Good tips!!😊
    Tapi bab buang double chin tu yang payah..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top