Kegunaan Hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan

6
Kegunaan Hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan

10 Kegunaan Hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan. Hand sanitizer sudah lama digunakan untuk tujuan membersihkan tangan. Tidak kira berada di luar mahupun dalam rumah, kita sering terdedah kepada bakteria.

Risau terkena jangkitan penyakit melalui tangan setelah menyentuh objek yang sering disentuh orang lain seperti armrest, tombol pintu, tandas awam, pili paip, bahkan, keyboard laptop dan komputer juga antara tempat paling kotor. Untuk lebih mudah dan pantas, kita sering membersihkan tangan dengan hand sanitizer.

Surprisingly, rupanya banyak lagi kegunaan hand sanitizer yang kita tidak tahu selain mencuci tangan. For that little bottle, hand sanitizer is quite pricey you know. Tahukah anda yang hand sanitizer tidak terhad pada satu tujuan sahaja?

10 Kegunaan Hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan

#1 Bersihkan skrin telefon

Picitkan hand sanitizer pada skrin (elakkan bahagian speaker) dan lap dengan kain bersih. Bukan sahaja habuk malah menghapuskan kuman. Percayalah, terdapat banyak kuman pada telefon bimbit anda!


#2 Menghilangkan kesan pen marker (permanent)

Terconteng marker seperti Sharpie pada pakaian sudah menjadi perkara biasa. Hand sanitizer boleh menghilangkan kesan dakwat kekal dan berkesan pada kebanyakan jenis kain. Selain itu ia juga meghilangkan dakwat permanent marker pada whiteboard. Cubalah!

#3 Menanggalkan kesan pelekat

Sering kali kita membeli barang dan kesan pelekat tanda harga atau kod bar susah untuk ditanggalkan. Sapu sedikit hand sanitizer pada kawasan pelekat dan gosok dengan kain bersih.

#4 Deodorant

Kita pernah melalui hari-hari di mana terlupa untuk memakai deodorant. Ketiak berbau amat memalukan dan boleh mengganggu keselesaan orang lain. Untuk mengelak daripada perkara ini berlaku, sapu sedikit hand santizer. Waktu kecemasan sahaja ya? Anda TIDAK digalakkan melakukannya setiap hari kerana produk ini bukan untuk ketiak. A pinch could save your day!

#5 Ketika menggunakan tandas awam

Kalau anda seorang yang meragui kebersihan tandas awam seperti saya, pastikan hand sanitizer sentiasa ada dalam tas tangan. Tuangkan pada tisu dan sapu pada tempat duduk mangkuk tandas kerana bayangkan berapa ramai yang telah menggunakan tandas itu. UGHHH!

#6 Membersihkan habuk pada cermin

Sama seperti skrin telefon bimbit, hand sanitizer juga menghilangkan habuk pada cermin dan termasuklah skrin komputer dan tv.

#7 Kotoran degil

Tompok air / kotoran pada kusyen atau pakaian boleh dihilangkan dengan hand sanitizer sebelum membasuhnya dengan air dan sabun.

Kegunaan Hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan


#8 Membersihkan berus makeup

Ladies, tahukah anda betapa kotornya berus makeup yang digunakan setiap hari? Muka yang tidak dicuci pun kotor, apatah lagi berus makeup? Anda perlu membasuhnya dengan mengikuti langkah INI, kemudian sapukan sedikit hand sanitizer dan biarkan kering.

Baca juga:
- Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu
- Minyak Kelapa Dara Terbaik - D'Fera
- Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Entri sebelum ini - Ulasan Filem The Mountain Between Us

Terima kasih kerana membaca Kegunaan Hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan
Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ehh baru tahu ia bagus untuk permanent marker!! Kalau whiteboard marker yang susah nak tanggal sebab dah lama terbiar tak dipadamkan tu pun boleh gak kan..

    ReplyDelete
  2. kesan sticker boleh juga barangkali kalau permanent pen leh remove..leh ganti 4wd ni eh silap wd40

    ReplyDelete
  3. saya juga baru tahu juga...

    bagus juga kalau pelbagai juga.

    jimat kos untuk membeli kalau nak guna sekali sekala

    ReplyDelete
  4. banayk ya kegunaan hand sanitizer ini boleh sekali sekala di praktekkan bila perlu

    ReplyDelete
  5. La ingatkan sanitizer untuk cuci tangan jer

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top