Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu Astro Ria

8
Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu. Menggantikan My Coffee Prince yang telah melabuhkan tirainya minggu lalu, saluran Astro Ria membawakan sebuah lagi drama bersiri hebat menghiasi slot MegaDrama iaitu LAFAZKAN LAKIMAH CINTA MU.

Dibintangi Datuk Farid Kamil dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama, drama ini turut mengikut jejak langkah naskah sebelum ini iaitu diadaptasi dari novel cinta popular tulisan Siti Rosmizah.

Baca: Skinfood Black Sugar Mask Review

Diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah Along Kamarudin,Lafazkan Kalimah Cintamu turut dibintangi Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar.

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu Astro Ria

Bersiaran sebanyak 32 episod, drama ini bakal menemui penonton bermula 15 Januari 2018, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam, di Ria (104) dan Maya HD 135.

Sinopsis drama Lafazkan Kalimah Cinta Mu

Sedari kecil, Tengku Aqilah disisihkan bapa kandungnya sendiri kerana Tengku Hisham menganggap Aqilah lah punca kematian isterinya. Selepas 13 tahun hidup di perantauan, Aqilah ingin kembali ke Malaysia dengan harapan ingin mengeratkan kembali ikatan keluarga yang telah lama renggang.

Kakaknya, Tengku Natasha jugamasih menyimpan dendam terhadap Aqilah. Dia menggunakan posisinya sebagai anak kesayangan dengan memberikan jawatan penyambut tetamu di syarikat keluarga kepada Aqilah. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu Astro Ria

Di pejabat, Aqilah bertemu dengan Tengku Ryan Ameer, jejaka kacukan Inggeris-Melayu yang angkuh kerana kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang saham terbesar syarikat.

Kedua-dua insan ini pantang bertemu mata, pasti perang mulut akan meletus. Akan tetapi, bapa Ryan cukup mengasihani Aqilah dan menganggapnya sebagai anak kandungnya sendiri. Bertambah marah lah si Ryan Ameer.

Sebelum Tengku Hashim menghembuskan nafas terakhir, dia telah membuat satu wasiat yang bakal mengubah ramai individu dan antaranya ialah Tengku Aqilah.

Lagu tema/OST Lafazkan Kalimah Cintamu - Datuk Siti Nurhaliza: Kesilapanku, Keegoanmu

Entri sebelum ini - Senarai 63 Filem Menarik 2018

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu Astro Ria
Tags

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kenapa pelakon kena rambut warna warni?

    ReplyDelete
  2. Terbaik!

    Entri terbaru sstribe - http://sstribestore.com/penawarmujarabdengkur.html

    ReplyDelete
  3. Terbaik!

    Entri terbaru sstribe - http://sstribestore.com/penawarmujarabdengkur.html

    ReplyDelete
  4. Farid Kamil pun dah lama tak berlakon drama

    ReplyDelete
  5. Gandingan pelakon yang best.

    ReplyDelete
  6. adeh, terkejut tengok rambut sensorang.hahaha
    btw, karya Siti Rosmizah memang best cuma tak sempat lagi baca novel ni

    ReplyDelete
  7. Lama tak tengok drama Melayu. Yg coffee prince tu pun itu hari orang rumah aku duk cari tak tengok lagi.

    ReplyDelete
  8. pukl 10 malam... jarang akak tgk tv malam.... apa pun nice sharing, mcm best... klu dh flo mesti xleh tgl ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top