Ulasan Filem Battle of The Sexes. Tahun 1973, menyaksikan pertembungan antara dua nama besar dalam sukan tenis Amerika Syarikat iatu Billie Jean King, juara tenis wanita melawan veteran lelaki, Bobby Riggs.
Perlawanan itu menjadi tumpuan kerana kedua-dua pemain ini cukup hebat di mana King sebagai pemain wanita nombor satu dunia manakala Riggs pula veteran yang disegani. Mendapat lebih 90 juta tontonan, menjadikan ia antara acara sukan paling banyak mendapat liputan.
Walau bagaimanapun, jika anda mengharapkan filem bertemakan sukan yang memaparkan kisah pahit getir seorang atlet untuk bergelar juara, anda akan kecewa.
Battle Of The Sexes hadir tepat pada waktunya di mana rata-rata penggiat seni Hollywood kini mengisytiharkan perang ke atas budaya penganiayaan terhadap kaum wanita. Ini termasuk gangguan seksual yang selama ini diamalkan mereka yang berkepentingan dan bayaran rendah yang diterima pelakon wanita berbanding lelaki.
Pengarah: Jonathan Payton & Valerie Faris
Pelakon: Emma Stones, Steve Carell, Sarah Silverman, Alan Cumming, Andrea Riseborough.
Genre: Drama/komedi
Tarikh tayangan Malaysia: 25 Januari 2018
Ulasan Filem Battle of The Sexes
Tarikan utama filem ini adalah sejarah perlawanan tenis itu sendiri yang pada zaman itu cukup hangat diperkatakan. Barangkali kemenangan Emma Stone pada Anugerah Akademi tahun lalu bagi La La Land masih segar, membuatkan filem ini ada daya penarik.
Naratif bermula bagaimana Billie Jean King yang pada waktu itu sudah menempa nama sebagai pemain tenis wanita nombor satu Amerika Syarikat. King tidak berpuas hati dengan penganjur di mana mereka menawarkan hadiah wang tunai jauh lebih tinggi kepada juara lelaki berbanding wanita. Walhal, jumlah tiket yang terjual bagi kedua-dua perlawanan adalah sama banyak.
Sejak dari itu King lantang memperjuangkan hak sama rata antara pemain tenis lelaki dan wanita. Kemudian hadir pula Bobby Riggs, bekas pemain tenis yang telah bersara mencabar pemain wanita untuk mengalahkannya. Pada Riggs, kaum wanita tidak akan menang.
Pujian harus diberikan kepada jabatan production design kerana berjaya menghidupkan filem ini dengan latar belakang persis era 70an. Ditambah dengan sinematografi yang kreatif menghasilkan tona selari dengan garis masa.
Jika anda tonton rakaman sebenar perlawanan King dengan Riggs di Youtube, apa yang diterjemahkan oleh Battle Of The Sexes begitu menakjubkan. Setiap perincian dari segi kostum, bahasa badan pelakon, dan suasa sewaktu perlawan cukup sama dengan perlawanan sebenar pada tahun 1973.
Meskipun Battle Of The Sexes agak menghiburkan, kelemahan terletak pada lakon layar dan ceritanya yang saya sifatkan sebagai hilang identiti. Terlalu banyak mesej yang ingin disampaikan seperti perlawanan epik, feminism, dan menyingkap seksualiti King. Biarpun semuanya terarah kepada tajuk Battle Of The SEXES, ia tetap diabadikan dengan lemah.
Baca juga: Ulasan Filem The Mountain Between Us
Bagi memberikan lebih warna pada jalan cerita, mereka turut menyelitkan isu LGBT sehingga menenggelamkan titik fokus. Entah macam mana filem ini melepasi Lembaga Penapis Filem Malaysia.
Latar belakang King tidak diteroka dengan baik, bagi mereka yang tidak dilahirkan pada tahun 70an pastinya tidak tahu sejauh mana kehebatan dua atlet ini dan membuatkan audiens tidak berada dibelakang King. Sayang sekali kerana dalam arena tenis, beliau ialah lagenda.
This is not a bad film, tetapi kisah hebat King tidak diterjemahkan dengan begitu mendalam.
#NKMovieRating
BATTLE OF THE SEXES
6.5/10
Entry sebelum ini - Jadual Liga Super JDT 2018
Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Battle of The Sexes
bukan biasa2 ayat dia ni "menghasilkan tona selari dengan garis masa. " perghhh
BalasPadamhahaha! adoiii
Padammantap la nik khazami!
PadamTinggi jugak rating filem ni ye?...
BalasPadamThanks for sharing. Tak tahu movie apa yang baru keluar sebab dah lama tak tengok wayang.
BalasPadambest cerita yang based on true story ni. nak tengok la nnt
BalasPadamkita jarang tengok movie genre macam ni..
BalasPadamwow cerita apa ni nampak macam bosan je or genre dia bukan I punya minat i rasa husben i mesti layan, genre I kpop seram dan romantik hahaha
BalasPadamTajuk dia tengok trailer macam tak buatkan aku teringin nak pergi tengok. hahha
BalasPadamAlamak, dah teruja nak gi tonton. Pasaipa la gi selit LGBT.
BalasPadamHmm macam best.. Tak tahu pulak bakal ditayangkan di Malaysia. Nampak sangat lama dah tak tengok wayang.
BalasPadamwuuu ada juga isu LGBT terselit.. memang kena pantau filem macam ni, takut akan beri mesej yang salah kepada penonton
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Pertama kali dengar pasal cerita ni..
BalasPadammovie ala2 cerita lama...tapi sarat dengan nilai moral ni
BalasPadambila tgk warna tu, mood nk tgk lain sket haha
BalasPadamlama tak pergi ke panggung.
BalasPadamulasan yang baik. betullah, filem ni pasti lagi menarik kalau dia fokus lebih pada watak. mesti banyak sisi-sisi menarik yang orang boleh tahu
Jarang tgok cerita ala2 cam gini..takut tertido je nanti hehehe. Tapi kalau cerita seram tu haa..memang laju je sis tengok
BalasPadamMalas nk komen berbanyak psal Lembaga Penapis Filem Malaysia...
BalasPadamKalau negara luar komplen atau timbulkan isu, baru mereka akan bertindak walaupun sebenarnya xde apa2 pun.. just publisiti untuk menaikan filem tersebut je.
thanks for sharing... dah lama tak layan movie. skg mcm mcm lepas tadi pun pengacara lelaki pakai tindik pun lepas huhuhu
BalasPadamI think I will enjoy a movie like that, shall search for it and give it a go on movie night.
BalasPadamI agree that women n men should be treat equally. Nothing different in term of knowledge n power between man n women.
BalasPadam