Jualan Gudang Karangkraf 2018. Buat pencinta buku, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku pada harga murah di pesta Jualan Gudang Karangkraf 2018 yang berlangsung selama 10 hari bermula 23 Feb hingga 4 Mac ini.
Acara tahunan yang berlangsung di Kompleks Karangkraf Shah Alam ini memberi peluang kepada orang ramai membeli pelbagai jenis buku pada harga terendah. Tahun ini, penganjur menawarkan buku-buku pada harga tak masuk akal iaitu serendah RM5, RM3, dan RM1!
menawarkan pelbagai jenis genre buku seperti fiksyen, bukan fiksyen, akademik, kesusasteraan, kanak-kanak, masakan, kembara, agama, Bahasa Inggeris, dan motivasi.
Jualan Gudang Karangkraf 2018
Okay, untuk memudahkan anda rujuk buku apa yang ada diskaun, saya sediakan points di bawah.
Pakej istimewa al-Quran al Hafiz untuk cepat hafal Al-Quran: RM38 + percuma Al-Quran mushaf
Pemegang kad ahli VIP Karangkraf : Diskaun tambahan 60% untuk judul buku pilihan
Potongan sehingga 20% untuk novel terbaru keluaran 2018
Buku kanak-kanak Didi & Friends: SATU naskah RM11 ; TIGA naskah RM30
Peta Minda Genius Sains: RM12.70
Baca juga: RPK dan RSM JPJ: Ini yang Perlu Anda Tahu
Buku akademik pula adalah antara yang paling laris sejak hari pertama lagi. Kebanyakan buku yang dijual sesuai untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR seperti Panduan Menjawab Soalan, Kertas Ramalan, dan Kertas Model Intensif. Ia dijual pada harga serendah RM5.
Yang saya senaraikan ni baru sikit. Ada banyak lagi buku-buku yang dikenakan diskaun
Pelbagai acara & aktiviti menarik
Selain jualan buku, pengunjung juga bakal menikmati pelbagai acara menarik sepanjang pesta berlangsung seperti:
- Slot bertemu novelis dan penulis seperti Ramli Awang Murshid dan penulis popular dari Alaf 21.
- Pemberian baucer KFC bernilai RM10 kepada pengunjung bertuah.
- Demonstrasi makanan menerusi Temu Mesra Chef bersama chef terkemuka
- 'Happy Hour' pada bila-bila masa.
Saya sarankan kalau nak pergi, bawa bakul sendiri. Baru boleh borong banyak-banyak! 📚
Tarikh: 23 Februari - 4 Mac 2018
Lokasi: Kompleks Karangkraf, Shah Alam
Masa: 9am - 7pm
Entry sebelum ini - Aplikasi Samsung Members Ganti mySamsung
Terima kasih kerana membaca Jualan Gudang Karangkraf 2018
lama juga saya tak baca buku..
BalasPadamdah berkarat juga otak nie..
nasib baik selalu baca blog.
Jauhnya. Setiap tahun, selalu mengidam nak pergi pesta buku antarabangsa la, Big Bad Wolf la. Tapi semua jauh-jauh area KL, yang saya di Perlis. Ada 2 bulan lagi event pesta buku antarabangsa. Harap-harap tahun ni mampu pergi.
BalasPadamcuci gudang ya namanya kalau di negeri kami , mesti asyik belu=i buku murah jimat
BalasPadam