Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus

18

Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus. Peranti siri - S daripada Samsung sentiasa menjadi penanda aras biarpun pelbagai telefon pintar berkuasa tinggi Android di pasaran. Pada hari ini Samsung melancarkan dua peranti terbaru iaitu Galaxy S9 dan S9 Plus.

Seperti jenama lain, edisi 'Plus' semestinya sedikit besar dan premium dari segi kamera. Jika dilihat dari sudut design, Samsung masih mengekalkan rekaan sama dengan Galaxy S8 sebelum ini iaitu paparan Infinity Display.

Tidak banyak perbezaan ketara kali ini sehingga pengkritik menggelarkannya sebagai 'SAMEsung'.


Sebelum anda melihat berbezaan antara kedua peranti ini, mari lihat pembaharuan dan ciri baru yang di bawa oleh Samsung pada S9 dan S9 Plus.

Kamera

Pada 2016 takhta kamera terbaik Samsung dirampas oleh Pixel iaitu peranti keluaran Google. Samsung kemudian menduduki kedudukan ketiga pada 2017 selepas iPhone X menaik taraf kamera mereka. Kini, tarikan utama pada S9/S9+ terletak pada kamera dengan harapan ia dapat meletakkan Samsung ditangga pertama pada 2018.

Baca juga: Kelebihan dan Kekurangan Galaxy S8

Kedua-dua peranti disertakan dengan kamera 12 megapixel dengan lensa Dual Aperture yang boleh merakam gambar pada f/1.5 atau f/2.4 bergantung pada pencahayan sekeliling. Ini bermakna dengan f/1.5 anda mampu mengambil gambar lebih canti pada cahaya malap.

Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus

Rakaman video gerak-perlahan 'Super Slow-Mo' pada kadar 960fps turut disertakan. Walau bagaimanapun, hanya S9+ hadir dengan dwi-kamera dibahagian belakang.

Imbasan wajah dan AR Emoji

Kaedah pengesahan biometrik pengecaman wajah bukan lagi sesuatu yang baru dan ia telah diterapkan pada beberapa peranti. Sistem nyah-kunci (unlock) menggunakan wajah, turut dilihat pada S9/S9+ yang dipanggil 'Intelligent Scan'. Pada masa yang sama turut mengekalkan pengimbas cap jari. Bercakap tentang pengimbas cap jari, Samsung mendengar rungutan pengguna yang tidak gemar akan kedudukan pengimbas di sebelah camera pada S8. Kini ia berada di bawah kamera dan senang dicapai.



AR Emoji semestinya diinspirasikan dari Animoji Apple di mana pengguna menjana emoji 3D yang menyerupai wajah masing-masing. 

Audio Dolby Atmos

Selari dengan paparan Infinity Display, Samsung memperkenalkan audio Dolby Atmos yang memberikan kualiti bunyi yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Ini memberikan pengalaman menonton video dan mendengar muzik pada tahap maksimum.

Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus



GALAXY S9
GALAXY S9 PLUS
Screen
5.8 inci (2960 x 1440 pixel)
6.2 inci (2960 x 1440 pixel)
CPU
Snapdragon 845
Snapdragon 845
RAM
4GB
4GB
STORAGE
64gb
64gb, 128gb, 256gb
MicroSD
Sehingga 400gb
Sehingga 400gb
Kamera belakang
12MP Dual Pixel (f/1.5 ; f/2.4)
Dwi-kamera 12MP Dual Pixel (f/1.5 ; f/2.4), 12MP 2x zoom
Kamera selfie
8MP (f/1.7)
8MP (f/1.7)
Saiz
5.8 x2.7 x 0.33 inci
6.2 x 2.9 x 0.33

Bateri
3,000 mAh
3,500 mAh
Warna
Midnight black, coral blue, lilac purple
Mdnight black, coral blue, lilac purple
 
Kali ini Samsung hadir dengan warna Midnight Black, Coral Blue, dan Lilac Purple. Saya yakin warna purple ini bakal menjadi ikutan jenama lain pada 2018. Satu perkara yang melegakan adalah Samsung mengekalkan audiojack 3.5mm. Mereka tidak mudah terikut-ikut dengan trend kerana audiojack 3.5mm lebih mesra pengguna. Selain itu pembantu pintar, Bixby, juga dibaik pulih dengan sokongan Bixby Vision dan Live Translation yang memerlukan anda menghalakan kamera kepada perkataan yang ingin diterjemah.

Baca juga: Cara Semak Samsung Original

Harga Galaxy S9/9 Plus Malaysia 

Galaxy S9 dan S9 Plus akan memasuki pasaran Malaysia pada 16 Mac 2018. Harga yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy S9 64GB (RM3299) ; Galaxy S9+ 64GB (RM3799), Galaxy S9+ 128GB (RM3999), dan Galaxy S9+ 256GB (RM4399).


Jika pre-order pada 1 Mac - 4 Mac, anda akan diberikan Harman Kardon Onyx Mini Bluetooth Speaker yang bernilai RM699 secara PERCUMA. Saya sendiri memiliki speaker Harman Kardon ini. Memang padu bunyinya!

Entry sebelum ini - Jualan Gundang Karangkraf 2018

Terima kasih kerana membaca Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus
Tags

Post a Comment

18Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Such an informative comparison... Both phones looks great actually!~

    ReplyDelete
  2. menarik ni. baru launch semalam kan? sekali dengan telefon pisang cokia. huhuhu. dah S9 dah. kita masih pakai S5. tggu maxis or celcom buat package S9, boleh tgok2.

    ReplyDelete
  3. Makin lama makin canggih. Ana stick pada s7 je sebab banyak yg masih mencari s7 ni. Puas hati dengan spesifikasi yg ada so far.

    ReplyDelete
  4. Dah makin banyak version dah Samsung ni..tak leh nak follow dah...dulu ada Note 2 pas tu rosak..hahaha...

    ReplyDelete
  5. I so out as I do not notice that Samsung has release S9. I still excited exploring S8. Seem this phone worth to be invested.

    ReplyDelete
  6. Macam makin lama acam makin byk version, bersaing dgn apple but thanks for the good info. Lps ni anyone yg nak beli phone boleh try consider samsung s9 dulu

    ReplyDelete
  7. wah, next phone i ingat nak target yang xiomie yang baru tu, nanti keluar kat malaysia, husband cakap murah sekitar rm600++ ada 2 kamera... hahaha memang target nak samsung sebab low radiation instead of huawei.... tapi i nak beli murah ikut bajet sebab banyak komitmen lain selain daripada beli gajet mahal, yang penting dapat aksess so-sial pun Alhamdulillah leeee

    ReplyDelete
  8. Dasyat...tak tau pun dah keluar samsung s9...perghhhhh mmg cepat betul technology samsung ni...dah 7 tahun pakai mcm2 samsung fon

    ReplyDelete
  9. hehehe
    samesung
    pakai huawei puas hati lagi

    ReplyDelete
  10. Macam Ip juga beza dengan plus tak banyak hanya dari segi kamera dan beberapa yang lain

    ReplyDelete
  11. sangat menarik samsung ini patut untuk jadi target , dari iPhone sangat mahal namun susah pakai

    ReplyDelete
  12. Saya peminat Samsung juga tapi bila di panggil 'SAMEsung', rasa lucu pula. hahaha

    ReplyDelete
  13. Wahh macam-macam phone canggih ada sekarang ni, sampai pening kepala nak buat pilihan...tapi apa2 pun masih setia dengan yang ada sekarang ni...:D

    ReplyDelete
  14. Semakin hari semakin canggih!! Comparison yang padat ngan info. Peminat Samsung boleh pilih mana yang berkenan ��

    ReplyDelete
  15. Tak mampu nak angkat phone memahal sekarang nie.... beli yang asal pakai, kalau rosak ke hilang ke.. xde rasa apa2 sangat hahahah

    ReplyDelete
  16. Bestnya!! Leh apply teknik pencahayaan & use it.. teknik slow mode yg betul2 woww & win!! Cayalah!!

    ReplyDelete
  17. Thanks for the comparison, I am looking forward to test out the S9 plus, especially the camera quality.

    ReplyDelete
  18. walaupun spesifikasinya lagi hebat from my current phone...but spending more than rm2500 for a phone is a difficult task for me..T.T it feels like buying a laptop...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top