Punca Diaz Keluar dari JDT

2
TMJ dedah punca Diaz Disingkirkan dari JDT

Punca Diaz Keluar dari JDT. Selepas Ketua Jurulatih, Ulisses Morais meletak jawatan tempoh hari, Jorge Pereyra Diaz pula dilaporkan meninggalkan Johor Darul Takzim (JDT) ketika pasukan kini dalam persiapan bagi saingan Piala AFC di Singapura.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Kelab Bolasepak JDT, JOHOR Southern Tigers mendedahkan punca sebenar kenapa Morais dan Diaz meninggalkan kelab elit itu.

TMJ mendedahkan pemergian dua watak penting JDT itu berpunca daripada jurulatih kecergasan, Fernando. Fernando kurang senang dengan kesemua ketua jurulatih yang pernah bersama dengan JDT.

TMJ dedah punca Diaz Disingkirkan dari JDT

Bermula dari Bojan Hodak, Mario Gomez, dan Benjamin Mora, ketiga-tiga jurulatih ini membawa pasukan mereka sendiri yang terdiri daripada jurulatih kecergasan dan pegawai fisioterapi.

Fernando kurang senang dengan hal ini kerana bimbang kedudukannya akan tergugat dan mungkin akan kehilangan pekerjaan.


Apa yang Fernando lakukan, beliau menggunakan hubungan rapatnya dengan pemain dengan menghasut mereka supaya ada masalah dengan jurulatih.

Melalui video yang berdurasi tiga minit itu TMJ turut menyebut:
“Jadi mengapa Jorge Pereyra Diaz bergaduh dengan jurulatih sampai keluar kata-kata kesat sehingga jurulatih pun hilang hormat terhadap orang tersebut....oleh kerana Fernando tu asyik menyocok, menyocok, menyocok sampai meletup dan di sini semua masalah bermula."

"Selepas siasatan, saya pecat jurulatih kecergasan itu, saya bercakap dengan ketua pencari bakat dan wakil delegasi asing JDT, Martin Prest, bahawa saya jamin Diaz itu pun akan pergi juga kerana mereka amat rapat."
Tunku Ismail turut menjelaskan Morais dalam masa yang sama ingin bersama keluarga kerana isterinya akan menjalani pembedahan di Portugal dan pasukan menghormati keputusannya.

Punca Diaz Keluar dari JDT

Berita ini mengecewakan peminat JDT kerana Diaz merupakan salah seorang key player dan menjadi penyumbang kepada jumlah gol buat pasukan. Ini bukan kali pertama Diaz disingkirkan dari JDT. Pada 2017 TMJ buka mulut yang Diaz merupakan pemain yang sentiasa mempunyai masalah disiplin.

JDT tidak teragak-agak untuk memecat orang yang mengganggu keharmonian pasukan.
Sumber: Utusan

Entry sebelum ini - Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus

Terima kasih kerana membaca Punca Diaz Keluar dari JDT
Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top